Sunday, October 20, 2013

midvalley holiday

haha tahun lepas sy & husband pun ada buat jugak percutian midvalley ni.
book bilik kat cititel hotel untuk satu malam, lepas tu jalan-jalan and shopping kat midvalley.

mudah sebab :
1. book online je
2. parking free (parking midvalley kan selalu penuh)
3. jalan kaki je pergi midvalley. sebab hotel tu connect dengan midvalley. laluan keluar dia kat starbucks, berdepan uniqlo.

beza cuti tahun ni dengan tahun lepas :
1. dulu pergi berdua je. tahun ni angkut ariana sekali.
2. dulu ambik bilik superior. ni ambik deluxe. so luas sikit. mintak baby cot 1. (free je baby cot)


katil saiz king. memang selesa.



tv LCD jangan dilupa. kihkih.



sofa.



bilik air dia pun luas.



toiletries.




bergambar depan cermin almari baju. haha



ariana suka bergolekan kat atas tilam. hihi

sebenarnya holiday kat hotel ni adalah hadiah birthday sy kepada husband.
dapat rate RM280 untuk 1 malam.
kalau nak harga macam ni, better beli online kat website cititel.
jangan beli via phone call atau agoda etc etc. itu lebih mahal.


kemudian teman husband makan kat popeye's.

huish husband suka makan kat sini.
tapi sebab popeye's ni tak de kat banyak tempat kan.
so bila sampai kat midvalley ni, serbu popeye's la apa lagi :P
husband cakap dia suka biskut popeye's. rangup dan lembut.
sy suka cajun fries dia. yummy!


tengok tu muka excited dapat makan kat popeye's. lolx



ni gambar ariana melepak di dalam baby cot.

sebenarnya sy tak belikan lagi ariana baby cot atau playpen.
so ni first time la dia duduk dalam baby cot.
ok la, tapi sekarang ni dia tengah musim bergolek.
kena sendal bantal kat tepi time dia tidur, takut terhantuk ke apa.

sambung cerita.

so malam tu teringin nak makan thai food.
lagi satu best pasal cititel hotel ni, dia akan bagi wifi free kat bilik.
so sy pun google la kot-kot ada restoran thai kat midvalley.
ada. restoran nama amarin.
ok dia tulis situ makanan halal.
so mari kita ke sana. xD

ariana tidur dah time ni.
restoran dia ambiance jenis cozy.
yang malap-malap gitu.
so lagi sedap la ariana tidur.
group kat belakang (dalam gambar) tu punyalah bising.
pung pang pung pang cerita, gelak-gelak.
redha je la, jah. :P


huiyo terang betul pakai flash. ekeke



suasana di dalam restoran.



duo selfie.

kitorang order menu biasa je.
tak de ikan siakap ke apa,
sebab time tu sy rasa nak makan tomyam je.
so kawankan dengan nasi goreng.

i ordered nasi goreng isi ketam, husband nasi goreng udang.
then tomyam udang.
air. simple je kan.

air dah sampai!! air durian belanda and laici.



tomyam udang.
sedap tomyam dia!
pekat and masam! :)
ni pun order untuk seorang makan. mangkuk kecik la kiranya.
tu pun cukup makan untuk kitorang berdua.
siap ada lebih lagi.


my nasi goreng isi ketam.
sy suka ayam goreng dia tu!
panas-panas, garing di luar, lembut di dalam.
ah heavennya~

lepas makan jalan-jalan window shopping.
pergi ke babiesRus.
babiesRus ni sebenarnya terletak kat dalam toysRus.
cumanya section untuk baby.
ada baju, barang-barang, mainan semua.





rambang mata woots! rambang duit woots!
yelah.
barang baby harga mahal.
ingat nak belikan ariana toys.
sebab lion dia tertinggal kat kampung.

ada i read somewhere, mak bapak sibuk bekerja tak sempat spend masa dengan anak. beli mainan takkan dapat gantikan semua tu.
sy agree dan disagree jugak dengan statement tu.
ye, parents kena spend masa dengan anak.
tapi keluar bekerja mencari rezeki tu harus, untuk tampung hidup.
beli mainan pulak bukanlah nak spoil, tapi as an education.
beli mainan yang merangsang minda budak-budak. sebab time-time macam ni otak diorang berkembang. their brain is like sponge, it can absorb everything so quick.
jadi beli benda-benda untuk rangsang otak baby ni bukan la useless,
sebaliknya fikirkan ia as investment untuk future. walaupun kita tak nampak secara lahiriah.
just my 2 cents. :)


outfit of the evening. lolx

memang gila rambang mata la tengok toys!
TOYSSSSSSSSS!!!

sy suka toys.
dulu even time sy belajar kat univ,
sy suka singgah kat toysRus.
even pernah singgah dengan kawan-kawan coursemates, boys and girls.
and kitorang fooling around main macam-macam dalam tu. haha
tak nak grow up sungguh perangai -_-v
sy jugak ada membership toysRus bahaha. tapi kadnya dah hilang. >.<


ini sudut mainan untuk baby.
memang kaler mainan semua terang-terang,
sebab babies sukakan vibrant colours.
kalau ada cahaya, bunyi, lagi diorang suka.
mainan macam ni untuk develop motor skills dengan cognitive development.
hah jangan ingat beli mainan ni saja-saja. kihkih


lawaaaaaa. so colourful!! xD


and this one is my favourite :
LOL elmo!! :')

ok.
sy rasa macam nak beliiiii je.
ok wani, tahan diri.
LOL elmo adalah sangat cute.
bila geletek, dia akan gelak hentak kaki laju-laju.
so funnayh.
sy ada tickle me elmo. beli zaman dulu.
lebih kurang sama la macam LOL elmo.
tapi tickle me elmo lagi havoc, boleh gelak guling-guling.
kalau nak tau macam mana dia guling, sila search sendiri kat youtube. lolx

haih benda-benda macam ni menarik perhatian betul.
wani senang dipengaruhi oleh permainan -_-'


ni apa pulak ni weyhhhhh. permainan 'just like home'??
waaaaaaaa *nangis*
zaman kanak-kanak dulu main masak-masak pakai kuali mainan plastik je kottttt.
ni dah macam periuk kuali porcelain enamel sebenar!
comelness sangat!

dah.
lepas jamu mata tengok barang (belinya tak),
kami balik bilik. sebab kedai pun dah nak tutup semuanya.
pukul 10pm dah tutup.
ok la tu 10pm.
kalau tutup pukul 9pm macam kat kompleks PKNS, tak ke haru.
tak sempat nak cuci mata. akaka


pagi esoknya, breakfast (lah sangat, cinonet macam tu) puding caramel dalam balang mini. hihi. RM4.50 saja, beli di lavender.
lavender ni kan kedai bakery favourite kami husband and wife.
selalu beli yang kat AEON bukit tinggi tu.
ada jugak cawangan kat midvalley.
tapi rupanya diorang ada jugak jual kek yang letak alkohol.
cumanya diorang ada bagitau la kat tag; 'THIS CAKE CONTAINS ALCOHOL'. macam tu la lebih kurang.
jadinya benda halal haram ni bukan setakat kat pork.
kek, ais krim, spaghetti pun boleh jadi tak halal bila campur alkohol.


good morning, ariana! aih, stretching nampak! ^^



view dari tingkap bilik. nice!

lepas tu hungerness to the max.
fikir.... ni pagi-pagi buta ni mesti kedai makan kat midvalley belum bukak.
tak beli breakfast kat hotel pulak tu.
tapi tak pe lah.
dalam pukul 9 lebih tu,
kami merayau cari breakfast.

ariana dah siap-siap mandi. muka nak tidur. haha

rupanya,
ada food court kat tengah-tengah antara laluan dari midvalley nak ke gardens. LG.
rupanya food court ni memang bukak awal,
may be untuk pekerja-pekerja yang bukak kedai pukul 10.
ohhhhh tahniah wani, kerana menemui food court ini! *pat bahu sendiri*

food court! jyeah!!
tapi dalam food court tu memang buruk gila la.
tak melambangkan midvalley langsung.
salur aircond, paip semua terdedah, tak cover dengan siling.
macam kat terminal bas lama punya food court, lebih kurang la. lolx
tapi yang best, harga makanan memang murah.
sy ambik sepinggan nasi goreng dengan sosej, baru RM2. fuahh.


dua orang yang kenyang selepas breakfast. hihi

lepas tu sy ke metrojaya cari barang.
husband kat kamdar and AEON cari barang dia.

kat living quarters di dalam metrojaya. waaa barang semua lawa-lawa!!

lepas tu sy jumpa toy untuk ariana kat metrojaya.
ok beli! xD

cangg! ariana dengan toy barunya.

lepas shopping tu,
kitorang check out and balik terus ke shah alam.

best.
lain kali nak buat lagi la.
haha

No comments: