Monday, January 28, 2013

jalan-jalan endau

jumaat lepas, 25 januari 2013 sy and husband buat road trip ke endau.

endau ni berada di daerah mersing, johor. bersebelahan dengan rompin.

main purpose adalah untuk melawat family angkat yang telah 'mengangkat' sy time DP*A dulu.. hihi. diorang dah macam family betul dah. sebelum ni tak ada pun family belah kat johor. now dah ada satu ;)

husband & i mintak cuti hari jumaat tu. so off we go! xD

bertolak dari olak lempit, banting.

kitorang tak tau jalan pun sebenarnya. hahaha
berbekalkan google map yang diprint oleh husband,
dengan 'abah map' (kept calling my dad for like.. three times everytime sampai kat papan tanda bersimpang utama lolx. thanks, abah!).. kami meneruskan perjalanan.





ni haa google map tu. memang boleh dipercayailah.

laluan kitorang adalah BANTING-NILAI-SEREMBAN-TAMPIN-GEMAS-SEGAMAT-MUADZAM SHAH-ROMPIN-ENDAU.
perjalanan ambik masa lebih kurang lima jam setengah.
lenguh-lenguh jugak la belakang badan..
nasib baik ada kusyen buat alas.
lepas tu mengiring ke kiri, ke kanan.
kadang siap baringkan seat penumpang tu lagi! ahahaaa
dasar wani tak boleh travel jauh-jauh T_Tv


view dalam perjalanan. awesome!



memang banyak hutan di kiri dan kanan, especially kat rompin. sebab kawasan orang asli.

kalau nak terkench memang azab la.
sebab nak mencari tempat stop kat tengah-tengah hutan tu.. mana ada! :P
terpaksa menahan sampai jumpa stesen minyak. haha


mercu tanda kat kuala rompin. gambar ikan todak *betul kan?*


sampai-sampai sana kitorang singgah lunch dulu kat rumah family angkat sy..
rumah pak razali sekeluarga.
sy panggil bak, mak je. sebab dah macam parents sendiri kan.

lepas lunch tu baru gerak ke chalet untuk check in.
bersungguh orang chalet call.. sebab kitorang tak sampai-sampai lagi. haha

kat rumah family angkat di endau.



sampai-sampai je kitorang disajikan dengan lauk-pauk ni. wallah ada asam pedas, ikan bakar, ketam rebus etc etc. kenyang makan. thanks korang! :)



lepas tu kitorang ke pantai penyabong sebab menginap kat sana.

kitorang stay kat pantai penyabong resort.
jaraknya dari rumah family angkat.. kalau nak kira waktu, lebih kurang 20 minit kot.
sampai sana terus check in.
ambik bilik standard je.. katil queen.
RM95 satu malam. tapi tak ada tv, iron dengan breakfast ye, harap maklum.
tv boleh tengok kat lobi depan.
iron pun ada satu bilik dekat dengan lobi.


pintu masuk.



the papan tanda di pintu masuk and i :P



tu haa bilik kitorang, no. 12.

yang slacknya kawasan ni adalah sebab tak ada connection.
nak berinternet memang tak dapat la.
no connection memanjang.
kalau nak call pun tak dapat. biasanya putus.
kalau sms, dapatlah sikit. haha


despite that, tempatnya bersih dan cantik, sebab betul-betul mengadap laut.



ni antara rumah chalet lain kat resort ni.



betul-betul kat sebelah pantai penyabong resort adalah endau beach resort.

EBR ni fancy sikit la..
sebab ada swimming pool, tv semua tu.
tapi time kitorang call, dah penuh.
so kalau nak datang sini, sila book awal-awal ye.


dalam bilik chalet kitorang.. dapat drinking water, tisu dengan sabun may dua ketul.

satu lagi slack is masuk-masuk je lantai dia melekit.
tak tau kenapa.
may be visitor sebelum ni tumpahkan air manis ke apa atas lantai.
melekit-lekit.
so sy ambik tisu, basahkan dengan air. lap sikit lantai tu. tak tahan pijak lantai melekit.


the bed.



yang bagusnya, tandas dia memang bersih.

petang tu pulak husband & i pergi minum petang dekat-dekat area tu je.

ke gerai pisang goreng dll! :)



husband tengah pilih cucur udang.



tadaah! inilah hasilnya!! ada cucur udang, popia goreng, udang cucuk dan ketam goreng. sos ada dua jenis; cili dan kicap pedas.



model gerai pisang goreng sedang makan. hoahaha

lepas-lepas tu pulak,
kitorang pergi kat pantai/jeti dan snap sini sana. haha
memang depan resort je pun.










view yang majestic!



dari sini nampak satu lagi jeti kat belah sana.






keadaan pantai penyabong.

time kitorang datang ni,
johor tengah musim banjir.
air laut macam keruh je.
tak ada siapa pun yang mandi-manda.




dan gambar-gambar kat area boat house..

melompat lebih tinggi! hieyah!!



sy tak mampu nak lompat.. hahaha



damainya kat sini.



yang belah kanan tu macam laluan berbatu nak menuju ke pulau di hujung sana. cool kan.






sini kawasan nelayan tangkap ikan.. so memang banyak perahu-perahu gini.

malam tu budak-budak ni treat kitorang kat kedai cikgu rahman.

kedai ni ada macam pondok style..
yang korang naik atas pondok dan makan kat situ. coolness.

tapi mak & bak tak ikut..
sebab mak tetiba pitam kat rumah. mak ada darah tinggi kan.
so biar mak rehat-rehat kat rumah. bak teman dia.

kat kedai makan.



adik-beradik angkatku! :) from left; ila, fairuz, farida. yang si kecik tu, anak ila, syira. baru darjah satu :)



kitorang order sate.



ikan bakar! =p~ yang ni cencaru.



then ada ikan bawal.



the ikan bakars. hahaha



hidangan untuk malam tu. meriahnyaaa.


then keesokannya kitorang nak bertolak balik dah.
check out daripada chalet.. lepas tu tertinggal novel 'i love you, stupid!' pulak kat sanaaaa. cis.
tapi malas nak patah balik, sebab jauh.
so halalkan je kat orang chalet tu. hahaha

dah berpakat dengan jafri (kawan kitorang) nak ke endau ni.
jafri sampai lambat sikit.
sabtu tu baru dia ada.
so dia join la lunch kat rumah family angkat sy.

jafri ni pun anak angkat kat endau ni jugak time DP*A dulu..
anak pakcik mat mustapha kat kampung belukar juling.. hihi.

jafri and husband.



lauk tengah hari yang menyelerakan!

husband memang dari semalam tu teringin nak makan kari ayam pekat.
tetiba sampai-sampai rumah family je,
sy gi dapur nampak mak tengah kacau kari ayam dalam periuk.
pekat pulak tu! haha
doa husbandku termakbul :P

family yang lain pun ada datang jugak. tapi ni baru first time sy jumpa diorang ni :) meriah la. best!



last sekali, mari kita bergambar sebelum balik. hihi



inilah mak bapak angkat sy! peace, mak.. bak! ;)



diorang siap bagi sy hadiah kahwin lagi. awww so sweet!! ;')



bye bye, endau (dan orang di endau!) panjang umur jumpa lagi!!



i'm gonna miss them all. diorang sangat baik.
nasib baik ada teknologi. hihi

so kitorang bertolak balik ke shah alam tengah hari tu..
and sampai rumah dalam pukul 8 malam. penat woah. tapi happy.

till then.
selamat bercuti, semua!

6 comments:

Anonymous said...

sungguh kau memang baik melawat keluarga angkat kamu....! Tahniah!! =)

wani ezryl * said...

ada cuti panjang sikit tu yg pergi visit kejap hihi. kalau cuti pjg, balik rumah ada masa utk rest lg ^^

::zLyNn:: said...

ko memang anak angkat mithali!! *tepuk tgn kuat-kuat*

wani ezryl * said...

kekeke. mithalikah? buat perabis beras je rasa diriku ini :P

AA said...

kalau ye pun nak ambik hambar saya. gitau lah awal2 ... hahaha macam mana lah boleh terjumpa blog nih. hahaha ^^

wani ezryl * said...

hahaha awak ke yg jual pisang goreng tu? baru perasan!! :P