Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, November 19, 2016

macaroni bakar malaysian style

when it comes to baked macaroni/macaroni bakar,
sy lebih sukakan yang malaysian style.
western style yang ada perisa sos bolognese sy tak suka sangat untuk macaroni bakar.

dah lama tak bakar macaroni.
so hari tu ada la buat sebekas. hihi






MACARONI BAKAR.

bahan-bahan:

  • 200 gram ayam cincang
  • 1/2 bawang besar (potong dadu)
  • 2 bawang putih (cincang halus)
  • 1 tangkai cili merah (cincang halus) - nak pedas boleh pakai 2 atau 3, or cili padi.
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 cawan macaroni
  • 100 gram cheese - mozarella/cheddar/mix cheese (parut)
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng (hiasan/bau wangi)
  • minyak untuk menumis


bahan-bahan untuk kastard:

  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3/4 cawan susu segar
  • garam sikit - ada orang tak pakai. sy letak untuk lebih sedap
  • lada sulah (optional)



cara penyediaan:


  1. rebus macaroni hingga lembut. angkat dan toskan. put aside.
  2. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. masukkan serbuk kari.  tunggu naik minyak. then tambah air kalau kering.
  4. masukkan isi ayam cincang dan gaul sebati.
  5. masukkan cili dan garam. (asingkan sedikit tumisan ayam ni untuk topping)
  6. masukkan macaroni dan gaul rata.
  7. tuang campuran ke dalam bekas. sy guna acuan non-stick bersaiz 9 inci. -kalau pakai bekas biasa, mungkin akan melekat. so better alas dengan kertas timah atau guna bekas acuan timah pakai buang yang biasa digunakan untuk jual kek tu.
  8. taburkan tumisan ayam yang diasingkan tadi bersama cheese di atas permukaan.

cara penyediaan kastard:
  1. bancuh tepung gandum dengan susu.
  2. masukkan telur. kacau rata.
  3. masukkan garam dan lada sulah.
  4. tapis aduanan kastard terus ke bekas macaroni tadi.
  5. bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
  6. tabur bawang goreng. bakar lagi sekejap. dalam 10 minit.
SIAP! xD






jemput makan!



close up

0 comments: