Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, November 11, 2016

friyay!

hoyeah it's friday! *or friyay as some say. hihi*

sorrylah lama pulak abandon blog ni.
time nak update tu, kemalasan menjelma.
ataupun sebab tengah seronok tengok movie, tu yang malas nak update.

the kids were alright.
ariana went well with the potty training.
i managed to buy her a small telekung *finally! after ages!*
anaqi berjaya ambik chicken pox's vaccine umur setahun (ariana dulu tak sempat nak ambik dah kena chicken pox. hihi)
anaqi taklah berjalan secara steady lagi, tapi ada la 2-3 steps ahead tu.
dia ni seorang yang agak kelakar sikit.
word yang dia selalu sebut adalah "ehh!" "ehh!" HAHA
ko kena dengar dia kata eh ehh tu memang macam kelakar lah.
lepas tu kalau dia tak dapat sesuatu benda tu, kemain obvious dia tunjuk devastation HAHAA
contohnya tak dapat capai barang ke apa kan. nanti dia bising-bising.
kalau tangan tersangkut dalam towel pun punyalah cemas dia macam towel tu dah sedut tangan dia. hahaha


time ni ariana tengah suap anaqi makan calciyum.



budak kuat makan tapi badan maintain (kanan) LOL!


cerita lain.
hari ni 11.11, 'jualan murah' online adalah berleluasa.
so pergilah kat lazada.
tengok ada flash sale.
flash sale ni adalah dia akan keluarkan 4 item baru setiap jam, and harga boleh tahan murah la.
contoh tadi ada milo 1kg 2pek, harga dalam RM20.90 ke macam tu.
pressure cooker phillips yang harga RM599 pun jadi RM299.
benda-benda macam tu memang laku and cepat habis.
sy dok beli barang maybelline je.. sebab memang murah diskaun 50%.
kalau check harga kat website lain pun, memang betul yang kat lazada ni half price.
ko beli lipstick dapat harga belas-belas ringgit je. jimat banyak tu.
sy suka beli lipstick maybelline sebab tak melekat, senang ko nak basuh untuk solat ke apa.
ada orang suka make-up yang tahan lama berjam-jam kan.
tapi nak membersihkannya tu leceh la nak pakai make-up remover lah apa.
then kalau nak bersihkan, kena check betul-betul sama ada dah bersih atau belum.
kalau tak nanti ambik wuduk, bawa ke solat, tak sah.
tak lah, sebab teringat hari tu ada tengok video prof muhaya.
dia kan ada klinik mata yang buat lasik tu.
dia cakap masa check mata patient (biasanya ada mesin check mata tu kot.. yang boleh nampak mata secara super dekat)
dia nampaklah bekas-bekas mascara kat mata patient dia.. tak bersih betul.
so benda-benda yang nampak simple macam tu pun boleh menghalang air daripada kena kat kulit.. boleh jadi tak sah solat.
sy pun teringat kalau kita pi surau awam.. macam kat mall ke, R&R ke..
if pakai telekung yang ada kat situ,
kan kadang ada bekas bedak coklat-coklat.. or mascara hitam terpalit kat telekung. tak tau la siapa punya.. yang pakai sebelum-sebelum ni.
maknanya make-up tak bersih betul-betul.
a reminder to everyone to make sure we are clean when we perform ablution (wuduk).
eh jauh pulak daripada cerita sale bawak ke cerita berwuduk haha.
tapi betullah tu.
make up, make up jugak. tapi time nak bersihkan muka, make sure betul-betul bersih.

oklah nanti sambung lagi.

siapa-siapa yang nak bershopping tu, sempat lagi before today ends.
tapi berbelanjalah dengan bijak.
tak semua barang yang diclaim as murah dalam sale tu; murah.
ada lah yang betul-betul murah,
tapi kadang ada yang harga sama atau lebih kurang sama je dengan harga pada hari-hari biasa.
so kena rajin-rajin compare.

okie dokie..
tata!

0 comments: