Saturday, November 19, 2016

backdated : ikea time!

perkara yang mengerikan adalah sorang demi sorang meninggalkan dunia blog.
i know blogging takes our time;
nak upload gambar, nak kecikkan gambar, nak karang entry.
berbanding dengan instagram or fb.. tap tap tap.. terus siap 1 post!
nak masukkan video pun cepat.
BUT I LOVE TO READ BLOGS.
so kudos kepada yang masih berblogging. you made my day :)

sy pun sedaya upaya cuba mengekalkan hobi berblogging ni.
selagi blogger ni tak tutup, insyaAllah la sy cuba keep up.
walaupun busy sikit, tak dapat nak update selalu.
nampak tak betapa setianya sy ni *ekeke puji diri sendiri* :D


ni cerita lepas.. macam biasa.
baru sempat nak tepek gambar.

last week kitorang pergi ikea.
konon nak belanja husband meatballs ikea.
lepas tu sampai sana.. sy tak bawak purse! hahaha. nenek betullah, purse pun lupa :P
jadi, beli meatballs pakai duit orang yang bawak duit lah *note: husband sy. hahaa*

anaqi boring duduk dalam carseat.
menggeliat geliut dia nak melepaskan diri.
tak bawak mainan pulak tu.
so bagi dia biskut untuk makan.. baru diam.

tengok tu tengok tu! hahaa



ni muka kekenyangan lepas makan 2 keping biskut coklat heinz. mata dah layu tunggu masa je tu nak pergi planet pluto :P

then sampai ikea.
pergi makan dulu.
lepas makan baru jalan-jalan kat dalam.

them three.



anaqi yang 24 jam makan.

anaqi ni serius suka makan.
kalau tak dapat makanan, dia bising ye.
kat taska pun cikgu cakap dia macam tu.
nak makaaan je.
tapi membuang sama banyak dengan yang makan. hahaha
tak jadi chubby la macam ni. jadi slim melim je.


our usual meal.

harga meatballs tu lebih kurang RM1 seketul.
so kalau beli 15 ketul in a plate, dapat dengan mesh potatoes and jem, harga RM15.
tapi kalau beli 5 ketul je in a plate.. harga RM6.90.
kepak ayam 5 ketul berharga RM12.
air kosong dalam botol pulak RM1.



bapa mithali, rajin suap anaqi makan.

kat rumah pun selalu babahnya suapkan.
kadang-kadang je sy suap. sebab sy sibuk masak kat dapur. kihkih


yang ni dah pandai suap sendiri. jemput makanlah ye.

tapi kadang datang manja dia,
ariana pun akan minta kita suapkan dia.








myself at ikea cafe.


lepas tu masuk jalan-jalan dalam ikea.
dah nak krismas kan.
so pokok krismas banyaklah kat situ.






tiap kali datang,
tiap kali singgah kat 'dapur' ni.
dapur idaman kami hahaha.
kecik je kan. comelness.



lampu berbentuk hadiah.. sempena dah nak krismas.

window shopping je.. tak beli apa-apa.
balik tu tak singgah beli ais krim dengan karipap ikea pun,
sebab tengok kaunter kecik yang biasa jual tu tutup..
semua beratur kat kaunter besar yang jual makanan lain.
so jadi panjang la barisan.
malas la nak beratur panjang semata-mata beli karipap.
next time may be.

sekian.
habis dah cerita kat ikea. xD

No comments: