Wednesday, October 05, 2016

ngapfest putrajaya

last week ada dapat flyer pasal festival makanan 'ngapfest', putrajaya.
diadakan pada 30 september sehingga 2 oktober 2016.
dibuat bersekali dengan kejohanan futsal.
so ahad tu kitorang singgahlah kejap sebelum gerak ke shah alam.
dekat gile kot dengan rumah.

aim sy adalah nak beli char kwey teow yang nampak sangat tempting dalam gambar di instagram ngapfest.. wah haha.


ariana yang rajin meneman.

panas berdenting kot.
husband tunggu dalam kereta je dengan anaqi.
ariana pulak nak ikut.
siap pow payung sy, okeh.
sibuk nak pegang payung walaupun payung lagi besar daripada tuannya. :D


pagi dalam pukul 11 nak dekat ke tengah hari.. tak ramai sangat orang.


memang jumpa char kwey teownya.
tapi tak sebanjir berbanding dengan yang di dalam gambar instagram.
tapiiiiii sedap bak hang ok.
sedapness!
nah sempat sy tangkap gambar kwey teownya. hihi

delicious!

yang menggorengnya macam teragak-agak.. :D
mungkin sebab berniaga part time kot.
kalau kat pasar malam tu, yang menggoreng siap dengan api menjulang, 1 minit siap.
ada few peniaga yang memang ambil masa sikit la nak memasak kat ngapfest ni.
ada yang time sy order makanan, baru nak pasang api gas.. tunggu minyak panas segala.
jadi sy suspect diorang bukan berniaga harian, tapi occasional saja.
ada adik yang bitau diorang memang meniaga sebab hujung minggu.

macam ada food fest yang sy pergi sebelum ni,
sy tanya kat adik yang jual ayam goreng ala korea..
diorang pun cakap tak de kedai, sebab jual part time masa food fest tu aje.
so part prepare and cooking time tu mungkin boleh improve.
nasib tak ramai orang, so tak pe la tunggu lama sikit pun.

selain char kwey teow sedap,
ada jugak beli makanan lain; mana yang nampak best tu kita belilah.
husband pun siap kirim.
nak macam cendawan goreng, meatballs.. nasib baik ada yang dia mentioned tu.. haha.
sy siap belikan dia buah jambu batu dengan serbuk asam sebab one of his favourites too.
alhamdulillah semua yang dibeli, semuanya sedap.


terserempak gerai ais krim nitrogen.

nitrogen ni gas yang berasap-asap tu.
now ada ais krim nitrogen. hipster sangat. lolx
since sy tak pernah try, sy pun belilah secawan ais krim.
harga RM10, which sy tak tau la murah atau mahal untuk teknologi makanan sebegitu.


smokey!

ada jugak sy videokan, tapi ada dalam instagram sy lah.
bila kita makan ais krim (biskut?) tu, mulut pun akan keluar asap.
macam dragon.. hahaha.
serius sy tak tau itu ais krim atau biskut.
dia macam biskut yang rangup.
tapi bila gas/asap dia dah habis, biskut tu jadi lembut.
rasanya kepelikan sikit.
not the usual ice cream taste.
not the usual biscuit taste either.
so kalau nak tau, boleh try sendiri bila-bila jumpa kedai yang jual ais krim nitrogen macam ni.


nutella balls.

ada juga pelbagai topping macam kacang, pearl, lain-lain..
tapi sy minta nutella je.
nak tambah topping, tambah RM1 jugak.
ni harga RM5 untuk 7 ketul bola :D


cendawan goreng RM3. dah nak habis makan baru sempat snap gambar. husband kata sedap.



anaqi also enjoyed his cendawan goreng. haha

tak padan tak ada gigi tu,
makan tetap makan. :P


ariana lebih kepada.. bermain dengan makanan. lolx

tak menyempat-nyempat,
kitorang semua ngap dalam kereta.
lapar katanya. hahaha

ni pun dah makan secucuk baru nak tangkap gambar the remaining; meatballs.

meatballs dengan kuah salsa (kuah asing).
inipun mungkin jual part time,
sebab bila minta kuah asing, diorang tak de bekas untuk kuah.
just pakai bekas yang sama macam bekas isi meatballs tu saja.
walaupun begitu, meatballs nya adalah super sedap.
my husband and ariana enjoyed eating it a lot.
RM5 untuk 6 ketul meatballs (2 cucuk bersama bawang dan cherry tomatoes).

malam tu balik dari shah alam ingat nak singgah lagi,
nak beli pizza tariklah kononnya (sebab siang tu kedai dia tutup).
and sebab katanya 10pm baru habis.
tapi sy sampai 9pm pun kebanyakan kedai dah bungkus-bungkus nak balik.
pizza tarik pun entah ke mana. hahaha

tak ada rezeki malam tu di ngapfest,
kitorang pi beli tapau kat restoran kat presint 8 je lah :D

No comments: