Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, October 15, 2016

makan-makan, masak-masak

eh, dah weekend! :D

macam biasa, ni siri gambar-gambar masakan bila-bila yang sempat kita masak.
sy suka memasak, suka jugak ke pasar (sebab kat pasar bahan-bahan semua fresh).
kalau boleh, everytime nak masak tu baru keluar pergi beli bahan.
tapi apakan daya, kedai bukanlah kat sebelah rumah.. haha.
pasar tani putrajaya pun ada 2 kali seminggu je.
(pasar harian is jauh sikit).

and kadang kalau dah penat sangat tu, memang tak masak pun.
kang balik rumah ada je benda nak buat.
now anaqi kan dah makan, so sy memang akan masak untuk dia.
so kalau sibuk sikit tu lebih mudah makan kat luar. atau tapau.
bila free baru kita masak. typical working mom with two kids *alasang! hahaa*


ayam masak kicap. kegemaran rakyat malaysia. haha



spaghetti aglio olio sayur-sayuran. cendawan dengan terung.



kari ayam berkhasiat. sebab guna blended oil dengan susu untuk gantikan santan. (santan habis! kehkeh)



tempe berkhasiat.

recently selalu jugaklah makan tempe.
sedap ok kalau ko pandai bumbukan dia. tak la rasa plain. hahah
tempe ni kaya dengan anti oksidan dan high in protein.
orang cakap awet muda jugak? bahaha.
alah tak kisahlah nak tua pun, kan berkadaran dengan waktu.
kang ko muda je manjang, tak tele la dengan usia. :P
but seriously, tempe is good.


once in a while akan masak ini; singgang tulang.

tulang ni beli 400 gram boleh sekali masak untuk 2 orang.
habis tang-tang tu jugak.
tak sempat nak simpan.


ayam masak cili.



sayur campur.

sy suka sayur campur ni,
tapi malas nak masak.. camne? hahaha.
sebab nak kena potong satu-satu.
ko fikir wani e banyak masa nk potong sayur? kihkih
oklah fine kalau sempat sy potonglah.
tak sempat, tak potong.
kalau tak dan tu biasanya sy masak masakan yang bersekali dengan sayur dalam 1 kuali/periuk.


again.. pada hari yang berlainan. spaghetti aglio olio lagi.



ikan goreng masak kicap. extended.

ada yang tanya.. apa yang extendednya ikan kicap ni?
sebab ni masak dengan detail.
ikan tu belah belakang.
dibumbu dengan rempahan.
goreng, angkat.
lepas tu buat kicap, tumbuk bahan tumis termasuk cili kering.
ada serai, ada blackpepper.
bukan kicap saja. tu yang jadi extended kot. hahaha


tengah malam yang kelaparan, kita buat cheese toast. sedap woih!



ikan masak lemak cili api.



ikan goreng dengan tempe. tempe lagi! ahaha


ok habis dahhhh.
haha

0 comments: