Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, October 24, 2016

mee bandung abu bakar hanipah, mee bandung muar yang sedap

hai hai!
sambung entry tentang trip ke muar.
orang muar ni makan sate pagi-pagi.
so by the time dah pukul 1pm macam tu,
tak nampak dah pemandangan orang bakar sate semeriah di waktu pagi.
ada yang dah siap kemas-kemas basuh kedai dah. haha

kitorang mula-mula lost tak tau nak makan kat mana.
mula-mula berhenti kat kedai satay warisan.
ada la sate sikit.. tapau bawak balik rumah.

lepas tu google mana tempat makan yang sedap kat muar ni.
to be precise; tempat yang jual mee bandung sedap.
then terjumpalah pasal mee bandung abu bakar hanipah.
famous kedai ni.
location kat tengah-tengah bandar.
kitorang pun masih dalam bandar masa tu.
terus pusing cari.


aha! jumpa dah kedainya. papan tanda dah pudar-pudar sikit.

kat kedai ni ada 3 bahagian; yang jual mee bandung, yang jual sate and air.
bayar semua asing-asing.
tapi mereka semua hidup dalam harmoni. ecewah :)
semuanya pun nampak friendly dan baik.

bila masuk kedai,
barulah teringat yang dulu pernah sampai ke kedai ni masa kerja kat IC*U.
IC*U dulu kalau kat negeri manapun,
if sampai kat particular state tu, diorang akan bawa ke tempat makan paling famous/sedap.
best kan. tinggal memori semua tu. haha

ok back to our kedai mee bandung abu hanipah yang superfamous.


time ni dekat pukul 2 kot. masih penuh dengan customers.

nasib baik la ada meja kosong.
mungkin sebab hari kerja dan dah nak dekat pukul 2.
so dapatlah meja.
kitorang order mee bandung dengan sate.
walaupun sebelum ni dah tapau sate kat kedai satay warisan,
ni duduk makan pun nak order satelah jugak. hahaha


the kids and i.

redah pakai tudung semalam je,
sebab kat hotel tu tak ada iron. bahaha
ada la bilik menggosok kat luar,
tapi nak gosok macam mananya dengan budak-budak kat bilik.
takkan nak tinggalkan.
alangkan anaqi tu kalau kita dok dalam bilik air mandikan kakak dia,
punya pilu menangis, cari-cari mama.
bila buka pintu bilik air,
nampak dia tengah ketuk-ketuk pintu bilik hotel kitorang,
mesti dia ingatkan kitorang keluar tinggalkan dia. haha
sayu wo dengar.


kat dinding-dinding penuh dengan gambar-gambar mereka yang pernah datang makan di sini. wall of fame.



kedainya tak besar sangat, tapi ramai jugak customers kalau nak ikutkan time-time bukan peak hour macam ni.

dan.. nah!
ni lah dia semangkuk/pinggan mee bandung yang sedap daripada kedai mee bandung abu bakar hanipah.

mee bandung abu bakar hanipah.

kuahnya pekat, udangnya kecil-kecil dan banyak *generous*, ada telur dan sayur.
spotted sedikit daging jugak.
rasanya sedap-sedap manis.
supersedap lah.
lain kali datang muar memang kena singgah lagi ni.
tak pernah jumpa meee bandung sesedap ni kat lembah klang. haha
RM5 semangkuk/pinggan.


sate yang dijual sekali. ambik 10 cucuk buat rasa.

verdict; sate pun sedap.
saiz kecil sikit daripada sate kajang yang biasa kita makan.
*because this is satay muar, yaw!* :D
dagingnya nipis-nipis, juicy dan rasa perapannya. manis. sedaplah.
harga 70 sen secucuk.

lepas habis makan tu,
kitorang pun gerak balik ke putrajaya.

kalau yang nak beli nenas tu (atau buah lain),
sepanjang jalan tu banyak jugak gerai buah-buahan.

sekianlah trip ringkas kami ke muor.
muar bandar di-Raja.
till we meet again! :)

0 comments: