Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, October 13, 2016

updates ariana & anaqi (the AAs)

hai hui!
bersiaran lagi kita. haha

tak sangka, nak dekat setahun dah budak kecik mutup pomel nama anaqi ni.
and he grows quite a personality.
contohnya dia pandai main hembus kat perut kau sambil buat bunyi protprotprott.
lepas tu dia gelak-gelak ye.
lepas tu dia buat lagi. hahah
i suspect ni hasil didikan babah dia yang suka hembus perut anak-anak beliau.
last time i heard from the kitchen, babah diorang ni tengah ajar ariana lagu 'pen pineapple apple pen (PPAP)'. amboi sangat!

kegemaran : tembikai. nampak tembikai je mata bercahaya. serius!



konsentrasi.

husband pernah tanya, kenapa bagi tembikai besar-besar macam tu.
kenapa tak potong.
jawapannya supaya nak dia asah gusi.
untuk galakkan pertumbuhan gigi yang tak keluar-keluar lagi hahaha
and sebab nak ajar dia makan suap sendiri.
budak-budak ni manja lebih, biasanya nak suruh sy suapkan.
tak ada ye. kalau buah macam ni sila makan sendiri.
kalau bubur dengan nasi, ye sy suapkan. hihi


ariana punya tembikai portion besar sikit. "nak besar!" demanding ye. lolx



ni gambar time hantar ariana pergi taska. anaqi stayed sebab nak ke hospital.

hospital?
biasalah, check telinga dia yang kemasukan hingus dari hidung tu.
solution dia adalah makan ubat selsema sampai next check up bulan 12.
sebab kalau dah tak selsema, lubang dalam telinga tu biasanya akan tutup balik.
kecik gile je lubang tu.. sy tengok daripada kamera doktor.
kecik macam 1 dot lubang jarum.
tapi kesianlah, sebab anaqi tak selesa kan.


kat klinik pakar ENT, hospital putrajaya.

gambar kat bawah ni pulak adalah semasa hari sukan negara, sabtu lepas.
hangkut ariana ke ofis.
ofis kitorang ada la buat senamrobik dengan jalan pusing tasik.

ariana nak bawak basikal dia. memandangkan hari sukan, ye lah. bawaklah basikalmu itu. haha



geng BPSE dengan dudukan separa bulatan. hahaha macam ayat dalam buku maths.



the office peeps. nak senamrobik ni.



while orang lain gigih bersukan, dia ni sibuk berbasikal ke sana sini. mama la yang mengejar, siapa lagi. :P



lepas diorang-diorang pergi pusing tasik, bawak ariana naik berbasikal kat pavement luar ofis.

kitorang tak join pusing tasik sebab sy kerisauan nanti ariana penat naik basikal, dia suh sy angkut basikal dia AHAHA.
so bawak main kat tepi-tepi je sebelum ke masjid putra pulak untuk main kat situ.
lagipun memang meriah jalan-jalan kat pusat bandar putrajaya.
tak de kereta sangat sebab semuanya penuh dengan orang yang berjalan kaki atau berbasikal.


hari lain; makan di luar. bapa mithali, as i call him. haha

nampak tu budak-budak kat tepi cermin tu.
hahaa diorang dok main-main dengan AAs sebelum makanan sampai.
dok tepek-tepek muka kat cermin.
si AAs melayan pulak. kelakar je tengok diorang ni.


hamboi kemain banyak sumbat mee. muat ke masuk dalam mulut tu? wah haha.



makanan sy paling lewat sampai. so sementara tu kasi anaqi makan timun supaya distracted tak panjat-panjat meja.



the AAs. nampak tu anaqi hobinya bersilang kaki.

i think he follows me.
sebab sy kalau berdiri ke, tanpa sedar akan tersilang kaki ye.
tetiba anaqi pun macam tu.
duduk silang kaki, tidur silang kaki. hahaha
tang bangun awal pagi pun menurun kat dia.
tang kurus pun menurun kat dia. (janganlah underweight wuii)
hahaha

ariana tu tengah makan ais krim durian.
gila bapak besar ais krimnya.


dah panggil-panggil nak minum susu kot time ni. tak duduk diam dah.



four of us.

ok on other days pulak..
anaqi now tengah explore sana sini.
tengah sibuk nak bukak tutup bekas, botol susu dan lain-lain.




usaha tangga kejayaan, nak!



hari-hari menyepah bersama ariana dan anaqi.



lepas sepah, kemas, lepas tu sepahkan balik. memang tak de kerja budak-budak ni. rofl.

sekian saja.
lain kali update lagi.

0 comments: