Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, August 07, 2016

wrap up bulan raya

masih musim makan-makan hari raya.
in fact, semalam dan hari ni masih ada program makan-makan raya (tu nanti cerita) :D

ni cerita yang lepas;
hari raya ofis.

hari tu berpeluang ke rumah terbuka kampong bharu.
ofis sediakan bas ke sana.
sampai sana ada meja hidang.
bagus jugak tu, sekali sekala tak payah beratur.
tengok queue pun panjang (walaupun tak sepanjang kat open house putrajaya. lolx)


ni lah gambar kenangan yang sempat snap. dengan budak-budak rombongan dari ofis :D



kat luar khemah ada stalls makanan. orang pun ramai.



akhirnya step out jugak daripada meja hidang dan beratur kat gerai apam balik for the experience. me, zahirah & kak sarimah.



dapat ole-ole daripada kampong bharu. lawa lukisan (catan) kat pembungkus dia.

lauk-pauk yang menyeronokkan kat kampong bharu;
macam sate abang long fadil, durian musang king (dapat la seulas sorang kat meja tu), nasi arab, apam balik, ais krim potong pun ada tapi sy tak makan sebab tengah berpantang ais lagi.
and there's a lot more makanan tapi tak dilistkan semua.


lepas tu yang paling last adalah sambutan raya kat ofis sy.
ni ofis yang betul-betul, bukan sambutan peringkat wilayah.
tahun ni diorang buat konsep 'tertutup' dan lebih rapat sesama warga ofis.
so buat kat tingkat atas sekali, kat area ofis KSU & TKSUs.


meriah kan. ni yang datang hari tu.



dengan geng-geng ofis. gembira masing-masing nak serbu makanan. ahahah



kat backdrop raya.

walaupun konsep tertutup,
makanan semua adalah meriah ok.
ada menu yang hampir sama dengan kat open house putrajaya hari tu.
macam ayam kenny rogers kat bawah ni.
wuah kalau tau, tak yah queue panjang-panjang kat open house putrajaya hari tu.
kat open house ofis ni pun dah boleh dapat without need to queue long. ekeke

ayam kenny rogers.



kuih-muih, dessert station.



deco-deco kat dinding.



ni meja pisang dan cempedak goreng panas.

even cempedak goreng (sy suspect cempedak madu) pun generous sangat.
tak de yang tak cukup,
semua dapat rasa.
malah bertambah-tambah.
nak tapau bawak balik pun cukup.


meja sate.



ambik buat rasa. hehe



haa yang ini wajib ada. cendol songkok tinggi! xD



bahagian kitorang in charge air. mujur ada cc razi ni, rajin dia jaga meja air. itu air teh bunga tak silap. (sy ambik air mineral tu je)

kat beranda luar pulak ada juadah yang biasanya berasap atau berbau kuat.
contohnya durian *yah haha*, kambing golek, char kwey teow goreng live dan ada jugak buah-buahan tempatan.

oh helo, rambutan dan mata kucing!



pemberaturan di meja kambing golek. haha

sy ni tak berapa makan kambing.
tapi bila nampak kambing golek ke, kambing grill ke, teringat kat husband suka makan.
so memang dah get ready dengan tupperware, ambik sikit untuk bawa balik ke husband.


meja durian.. yay!

yang kelakar tu durian dah sampai,
tapi parang atau pisau besar tak ada.
gigihlah masing-masing mengopek pakai pisau lipat atau yang paling extreme, cungkil pakai garfu! hahaha
ni durian musang king ok.
memang heavenlah.


lepas tengah hari sikit, KSU tiba and bagi ucapan. kat hujung tu station karaoke lagu-lagu raya.



ni lah yang sy cakap tadi; kopek durian pakai garfu! haha. credits kepada en syariff dalam gambar ni yang tengah gigih mengopek durian walaupun pisau limited.



dua lagi office peeps; izmal & azuan.



char kwey teow baru lepas goreng panas-panas.


orait tu je lah.
nak tido, ngantukkkkk. kbai!

0 comments: