Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, August 11, 2016

durian time!

musim durian muncul kembali!
walaupun dengarnya buah durian tak berapa menjadi tahun ni disebabkan cuaca panas melampau.

so hari tu kelab kebajikan dan sukan ofis kitorang ada bukak jualan durian kat luar lobi ofis.
durian kampung, sekilo RM10.
petai pun ada haa.
disebabkan craving durian kita tak habis lagi sejak raya hari tu,
kami umat manusia kat ofis ni pun turunlah membeli-belah. haha


tak banyak sangat duriannya. sikit je tu ha. orangnya ramai.

yosh, orang ramai, beratur sampai ke belakang.
tak tau la yang kat belakang sekali tu dapat ke tak.
sy sampai awal, so dapat kat area depan jugak.


ni dah sampai belah depan.

time tu beli sampai 5 kilo.
bawak balik shah alam sekali.
makan ramai-ramai.

dan agaknya disebabkan tak cukup,
hari ni ada orang ofis arrangekan lagi lori durian datang.
kali ni lebih banyak.
ni lori lain pulak.

tengok tu betapa ramainya.
gambar sekeping kat bawah ni pinjam kawan punya; bilik dia dok tepi tingkap mengadap ke luar lobi.
so boleh nampak.

haa tu dia!

memandangkan sy baru kehabisan uang membayar road tax *huahaha menangis di sudut*
so ingat tak nak beli la.
tapi ada ex-staff daripada ofis lama yang memang hantu durian,
diorang nak datang beli.
so guide jalan ke diorang and konon dok kat lobi la tunggu diorang sampai.
time ni dah pukul 3 kot camtu, so orang dah tak ramai.
alih-alih TERbeli jugaklah sebiji. haha
buat rasa-rasa je kan.

masih ada yang membeli. orang dari luar pun ada.



ni durian IOI.

kali ni ada kepelbagaian sikit la.
ada durian kampung sekilo RM10, durian kahwin macam D24 & IOI sekilo RM25.
ada jugak buah manggis sy nampak tu.
tapi dengarnya sebelum tu ada cempedak jugak.
habis dah kot cempedak.


ni lah kak bai, ex-staff ofis sy. memang suka sangat dengan durian. tu yang holler ke dia. ahaha

ni balik rumah dapatlah rasa sikit durian.
sedap ya ampun.
lagi sedap daripada lori pertama hari tu.
lori pertama ada ulas-ulas yang rosak.
yang ni isi lawa, lembut, lemak berkrim. lolx
warna kuning cair je (durian kampung kan), tapi sedap sungguh la.
kena dengan selera sy.
*husband sy lagi suka musang king*
nasib la kena saman dengan kena bayar road tax hari tu kan, kalau tak, mesti bermaharajalela membeli durian :P

0 comments: