Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, August 02, 2016

good meowning cat cafe, cheras



sekarang ni nampaknya kafe-kafe kucing semakin berkembang di malaysia.
ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan pencinta-pencinta kucing macam husband, ariana dan sy.
*anaqi mungkinlah soon-to-be. haha*
lagi pulak kitorang tak lagi membela kucing sebab ruang terhad di kuarters.
kalau tak, dulu ariana kemain suka masuk bilik kucing dan main dengan depa semua :)

jadi petang sabtu lepas, kitorang berempat pergi ke good meowning cat cafe di cheras.
husband kata kenal ownernya daripada group dunia kucing.
dia rajin masuk group-group cat lovers ni.
jadi two in one lah.
lepas makan, kita boleh main dengan kucing.
bayaran cuma RM5 seorang untuk setengah jam.
if tak nak makan, nak main dengan kucing je pun boleh.
tapi rugilah ko, sebab makanan dia boleh tahan sedapnya.
(aiseh tak snap gambar pulak sebab dah terhabis makan! kihkih)


sekarang anaqi dah boleh duduk (since dia 8 months). jadi senang kat luar dapat dudukkan atas kerusi macam ni :)



suasana di dalam kafe. cantik kan!

yang bahagian bertutup kaca di belah kanan dan atas tu adalah kawasan kucing *cat territory. ewah mandai je bagi nama kan :P*
kalau nak main kucing, boleh bayar dan masuk dalam tu.
masa penamat akan ditulis di atas sticker dan lekatlah kat mana-mana.
sebelum masuk kena pakai hand sanitizer dulu ye untuk menjaga kebersihan diri dan kucing-kucing juga.

time ni ariana baru bangun tidur. that explains muka dia yang macam ada masalah dunia tu. hahaha

lukisan-lukisan (sama ada yang diframekan atau di dinding) kat kafe ni pun comel-comel!
jemputlah menjamu mata!

husband and a BSH cat.

setiap kucing kat sini ada nama.
tapi maaflah sy tak tau nama-nama diorang *yet*, sebab tak follow group.
husband tau la. dia memang pencinta kucing sejati.
sy ni pencinta kucing jugak, tapi dari dulu banyaknya dengan kucing-kucing kampung.
sy appreciate kucing-kucing yang cantik ni, tapi kucing-kucing sy dulu walaupun 'kampung', penuh personaliti ok. haha
dah macam family sendiri pun.
oh tetiba rindu kat carpet, biskut, majrin and the rest.
may they all rest in peace. :')

ariana yang monyok tadi kini berubah ceria lepas dapat jumpa kucing-kucing.

ariana memang suka gila dengan kucing.
she grew up with cats. BSH cats.
dari dia baby kot.
so dia memang sangat sayangkan kucing walaupun sekarang kitorang dah tak lagi ada kucing kat rumah.
insyaAllah one day akan bela kucing balik.


fluffynyaaaaaa *mata ada bentuk love love*



sebab waktu petang, kebanyakan kucing tengah mood nak berehat atau tidur. mungkin penat main seharian.



yang ini gorgeous! dan besar jugak. (sorry hey tak tau nama awak)



family selfshot. haha



appreciating the lovely drawings.



ariana and the cats' drawing.



suka tengok telinga dia :)

husband hafal la kot jenis-jenis kucing.
semua dia tau ok.
habit kucing, makanan kucing apa semua dia tau.
dah boleh bukak kedai kucing dah haha


yang ini memang sangat sangat lawa. tengah zzz.



gambar satuuuu.



sy suka yang ini! oriental cat.

husband tak gemar sangat, sebab kurus sangat katanya haha
tapi sy suka.
sebab ni lah kucing sebenar.
yang orang dok kata, cat walk cat walk.
haa cat walk sebenar adalah kaki yang kurus dan panjang macam kucing oriental ni lah! :)
kucing ni memang baka kurus.
makan banyak pun kurus.
kalau makan terlalu banyak macam mana?
ye masih kurus tapi perut ada buncit sikit! kihkih


kitorang di tingkat atas.



shot tengah tidur. lawa kan!!

aih semua kucing-kucing kat sini adalah lawaaa.
nampak medal penuh kat papan! haha


ramai jugak yang datang petang-petang ni.



seronoknya ariana dapat main dengan kucing-kucing.



oh helo hai!



family photo.



nak pegang jugak kucing oriental yang cantik niii. walaupun time tu dia dah nak melompat pergi. haha



dengan kucing berpampers (again, sorry tak tau nama awak) sebab suka memancut merata kalau jealous.


ok bye bye kucing-kucing.
lain kali boleh datang lawat korang lagi! :)

0 comments: