Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, August 23, 2016

portion makanan bayi 9 ke 11 bulan

happy tuesday, everyone!

pagi semalam sy jumpa dietitian kat klinik kesihatan.
hoh bukan sy yang berdiet! :D
ini sebab kes anaqi underweight, underheight masa check hari tu (ada ke term underheight ni? pandai-pandai buat term sendiri kan haha)
BMI dia ok, tapi berat dan tinggi tak sesuai dengan usia dah 9 bulan.

jadi pakar pemakanan ada suggest berapa banyak portion makanan untuk bayi berusia 9-11 bulan.

here's a little sharing for moms and for my own record :


HIDANGAN UNTUK 1 HARI - anggaran 125 ml makanan (dalam 3 kali makan)

1 HIDANGAN - setengah cawan

PROTEIN UNTUK 1 HARI - ikan/daging/ayam, 2 sudu teh

SAYUR UNTUK 1 HARI - carrot/sawi/broccoli/kentang etc., 1.5 sudu besar (lebih pun tak apa)

MINYAK UNTUK 1 HARI - zaitun/canola/minyak campur(cap pisau&helang)/unsalted butter, 1 sudu teh


*makanan boleh jugak dicampurkan dengan sedikit santan untuk perisa. atau susu.

*strictly no garam & gula sehingga usia bayi setahun. no kicap oso.

*untuk perisa lain, boleh goreng ikan bilis dan tumbuk.

*selain nasi, boleh masak pasta dengan keju. tak perlu blend halus. potong2 je pasta.


dan satu perkara baru yang sy tau, walaupun gigi baby belum tumbuh, pada usia 9 bulan dia dah boleh munch munch. so biarkan tekstur makanan kasar untuk dia kunyah bagi menggalakkan pertumbuhan gigi.
kalau makanan yang keras macam epal contohnya, boleh stim dulu bagi lembut, then potong kecik-kecik bagi baby makan. kalau lembut bolehlah kunyah.



ok tu lah sharing untuk kali ni.

till then! :)

0 comments: