Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, August 05, 2016

minggu kesihatan

hai hai & salam!

minggu ni namanya minggu kesihatan sebab bawa anaqi sekali ke hospital dan sekali ke klinik kesihatan (KK).

hospital tu isnin lepas,
follow up ENT kes telinga dia ada hingus hari tu.
telinganya dah ok, dah kering.. tapi masih follow up and bulan 12 nanti nak kena follow up lagi ujian audio pulak.

suasana di klinik ENT, hospital putrajaya.

memang ramai umat-umat pesakit kat sini.. hihi
sebelah tu klinik mata.
depan klinik ENT ni kafeteria, so senanglah sambil menunggu tu boleh beli makanan kudap-kudapan :D
kafe dia banyak gile makanan kot.

dalam tengah hari baru selesai.
petang tu bawak anaqi ke ofis.
dah separuh hari, malaslah nak hantar ke taska.
jauh pusingnya.
so let's ikut mama kerja, aight!

ingatkan nak tidur, bawak alas dengan bantal semua. ehh cergas je dia main sana sini.



ni dia pergi sendiri, bukak kabinet (slide) dan keluarkan semua kertas-kertas tu. ambui sangat!

kat rumah pun kan anaqi suka keluarkan barang-barang macam bedak, losyen dari bakul kecik.
serakkan atas lantai.
hari tu ada terbaca,
budak-budak kecik, babies ni memang percaya apa yang ada depan mata diorang.
kalau benda tu disimpan, dia akan fikir yang benda tu dah tak ada.
same goes kalau mak dia pergi dapur sekejap, bapak dia pergi toilet ke.. tetiba hilang dari pandangan.
dia akan fikir yang mak bapak dia hilang.
sebab tak nampak depan mata. tu yang menangis mencari.
and that explains jugak kenapa budak-budak kecik 'sepah'kan barang-barang or mainan dia.
sebab nak nampak di depan mata!
lama-lama dah besar sikit pandailah dia mengemas.
macam ariana yang terlebih garang pulak kalau adik dia menyepah.
padahal kadang dia pun dah main tak kemas balik.
kena ugutan baru nak kemas. kekeke


busted tengah membuat sepahan!!


then semalam khamis ada appointment check up anaqi 9 bulan pulak kat KK presint 18.
check up saja, tak dapat nak cucuk sebab dia demam dari semalam.
baru tau, kalau demam tak boleh cucuk.
selama ni anak-anakku pergi check up, tak demam. so memang terus cucuk.
jadinya kena re-set appointment balik untuk cucuk sahaja.

height and weight anaqi di bawah ideal.
maknanya terkurang berat dan terkurang tinggi.
tapi dalam graf, bawah sikit je dari yang ideal.. kat area kawasan kuning. bukan merah.
nurse setkan hari untuk jumpa dietitian, dengar ceramah pemakanan pulak. hihi
padahal budak ni kerap minum, makan 3 kali sehari.
sy pun habaq ke nurse,
nurse, dulu sy high metabolisme. pun underweight jugak.
tapi sy suspect sebab bulan puasa hari tu kan..
time raya sibuk sana sini, so kadang tak sempat nak makan. minum je.
ataupun memang si anaqi ni high metabolisme macam sy. lolx
so semalam dah tambah sikit bahan dalam bubur dia.
letak daging, carrot and kentang.
dia tak nak makan pun kita sumbat je. :P
(mama sayang awak la tu yang mama sumbat bubur)

main kat cermin dalam bilik menyusu di KK.

semalam macam lama gile tunggu.
sebbaik la sy cuti.
tak tau sebab ramai orang atau sebab apa.
tapi bilik yang kami masuk tu memang lambat gile.
mungkin nurse examine betul-betul.
sebab tengokkan nombor giliran, bilik lain dah ting-ting masuk nombor baharu.
bilik kitorang lambat panggil nombor.
mommies lain yang dok dalam bilik menyusu tu pun cakap macam tu.
sebab masing-masing anak dah tak duduk diam kat luar, resah gelisah sebab lama tunggu.
ada yang nak tidur, yang time makan etc.


dah pandai panjat sendiri sekarang. tapi kena tengok-tengokkan.



anaqi and i.

anaqi selalu disalah faham as baby girl.
"girl ke?" soalan yang selalu ditanya masyarakat.
aiyoh. haha
sebab bulu mata dengan keningnya yang terbentuk tu, kata diorang.
gigih hoih mamanya pakaikan stoking kaler kelabu :PPP

orait.
doakan anaqi (dan ariana) sihat-sihat selalu.

tata!

0 comments: