Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, August 14, 2016

habiskan raya

haha ni betul-betul punya habis raya ni.
walaupun syawal telah berlalu beberapa hari,
masih ada jamuan raya / open house.

tak terkecuali jugak kuarters kitorang ni,
last week sabtu macam tu ada jamuan raya.
blok masing-masing buat collection duit daripada penghuni-penghuni,
then setiap blok akan bawak menu masing-masing.

jamuan kat dewan, dekat blok hujung.
kitorang jalan kaki je la ke sana.


ariana dan anaqi dah bersiap sedia!



yeah dah sampai!



ramai jugaklah penghuni-penghuni kuarters yang datang.


macam biasa, tempat kambing bakar sure beratur panjang punya.
nasib baik kita ni tak berapa makan kambing bakar.
ada ok, tak ada pun tak pe.
tapi husband la beratur. kihkih


budak yang suka bergerak ke sana sini.



ada sesi bagi duit raya jugak. tu bukan mama ambik ye, tapi tolong ambikkan bagi pihak. haha

esoknya ada makan-makan lagi.
repeat baju yang sama.. haha.
yelah, pakai sekejap je pun.
nak gosok baru tak berbaloi :P

ni majlis makan company minyak wangi kawan husband.
untuk agen-agen dia kot.
tapi sebab kawan, dapat jemputan jugak.
ada contest selfie instagram la, karaoke, teka-teka, anugerah baju-baju & anugerah paling sporting, tak dilupakan juga cabutan bertuah.

husband kemain ambik sampai 4 nombor untuk kitorang berempat.
daripada 4 tu, 3 dapat cabutan bertuah.
salah satu nombor tu sampai 3 kali panggil, termasuk grand prize *tapi sebab dah dapat hadiah awal, tak dapatlah :D*

husband cakap dia kalau cabutan bertuah memang selalu dapat. haha

untunglah macam tu kan. wahaha.
satu sy ambik, satu husband ambik, satu lagi 'ariana' ambik :'DD

ni lah 3 hadiah tu!


habis jamuan raya company minyak wangi,
kita ke cafe kucinglah sebab on the way. kikiki

gambar sekaliiii.

ops sebenarnya gambar berkali-kali. hahaha
apa barang datang cat cafe tak ambik gambar dengan cat kan :P
tapi tak letak photos semua kat blog lah.
simpan sesaja je. kenangan.

ni lah badang yang famous kat cat cafe ni. agak besar dia ni. the biggest kot.



kucing oriental yang sy suka. akhirnya berjaya tangkap gambar yang statik!

kalau tak, kucing oriental tu suka lari sana sini ok.
gile lincah.
memang padan denngan badannya yang kurus tu.


husband and kucing parsi gebu gileeee.

oklah tu je! *wave*

0 comments: