Monday, May 23, 2016

resipi sup ketam chinese style / egg drop crab soup


sup likat macam ni agak susah nak jumpa,
kecuali kalau kita pergi makan kat chinese restaurant.
*which is kalau sy.. kadang-kadang aje kot! lolx*

jadi di sini sy share resipi sup ketam chinese style,
atau nama sebenar dia; the egg drop crab soup.
dimasak untuk adik sy harith yang demam denggi hari tu.
ini adalah option lain selain daripada sup ketam yang biasa kita masak (clear soup).

BAHAN-BAHAN UNTUK 1 EKOR KETAM:
1 ulas bawang merah (saiz sedang) (dihiris)
1 atau 2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)

1 ekor ketam saiz sederhana/besar (dikeluarkan isinya)

1/2 biji telur ayam (dipukul)

2 tangkai cendawan shiitake (dipotong)
sedikit lobak merah (dipotong)

2 sudu besar tepung jagung (dilarut dan dicairkan dengan air)

1 sudu besar serbuk ayam / chicken granules (sy gunakan jenama knorr dalam botol tu)

sedikit sos tiram

2-3 titik minyak bijan (kalau nak. tak nak pun tak apa)

air secukupnya

minyak untuk menumis


CARA-CARA:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia di dalam periuk.

2. selepas naik bau, masukkan air secukupnya dan isi-isi ketam. sy masukkan juga kulit badan ketam dengan sepit-sepit kecilnya untuk menambah dan mengeluarkan perisa ketam ke dalam sup.

3. biarkan mendidih kejap. masukkan serbuk ayam dan sedikit sos tiram. garam tak perlu sebab serbuk ayam dah masin. kalau nak masin lagi, tambahlah serbuk ayam lagi mengikut kesukaan tahap kemasinan. kacau sebati.

4. masukkan lobak merah dan masak seketika, kemudian baru masukkan cendawan. sebab cendawan cepat masak. (boleh gantikan dengan bahan-bahan lain mengikut kesukaan. salah satu yang selalu juga orang gunakan adalah isi jagung).

5. kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau sehingga sup menjadi likat.

6. sambil sup dikacau, masukkan perlahan-lahan telur yang telah dipukul.

7. biarkan seketika dan tutup api. boleh masukkan minyak bijan untuk bau sup ala masakan cina yang menyelerakan. sedia untuk dihidang.



selamat mencuba! :)

No comments: