Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, March 06, 2016

jujukan cerita dan gambar-gambar dalam satu entry

ni lah yang terjadi bila dikumpulkan semua gambar menjadi 'satu'. kihkih
(orang tak sempat nak mengupdate huii)

ai buat numbering lah ye,
biar korang senang nak membaca ;)


1. check up anaqi 3 bulan

hari tu ke KK untuk check up and vaksin 3 bulan.
estimate time di KK dengan orang yang ramai; 2 hours.
appointment time pukul 11.20 pagi.
habis around 1 pm.
lepas penat berlama-lama di KK,
kitorang balas dendam pi lunch kat seoul garden.
dua-dua cuti hari tu, so pergi makan pun tenang aman je tak ramai orang. haha

keluarga riang ria di KK.


diselangi dengan gambar-gambar sampingan :

anaqi in a stroller. dia suka berpegangan tangan sendiri macam tu :P



ariana yang comot di KFC.



ariana angkut selimut dan baring sebelah anaqi. rupanya dia menyorok sebab nak hisap jari!



anaqi agaknya nak bitau mama yang kakak dia tengah ada mission kat dalam selimut tu.. kohkoh



ha! busted! :D (anaqi tengah musim menyembur air liur, fyi)


2. wedding mardia

sabtu hari tu ke wedding mardia di one city, usj.

sampai pun dah lewat sebab sebelum tu ada kenduri pakcik husband di banting.
orang lain dah nak balik dah kot walaupun baru jam 3.
tak pe yang penting sempat jumpa dan bergambar dengan pengantin,
dan sempat jugak makan :D

bergambar di photo booth. lawa kan, garden concept.



sempat jugaklah berlari nak tangkap gambar dengan budak-budak batch. sampai-sampai je diorang ni dah tunggu turn nak ambik gambar dengan pengantin. nasib baik sempat! (what an awkward pose! haha)

alkisahnya cameraman suh semorang pose freestyle, tapi depa tak dengar.
so nampaknya di situ
pengantin, nad & sy je yang beria pose freestyle. AHAHA


gambar selingan lagi!! ;)

gambar anaqi tengah relax-relax siap bersilang kaki. haha



ariana kalau tak datang kat anaqi tu tak sah :P



time ni kitorang makan di johnny's. lama kot tak pergi johnny's sejak makan kat suki-ya & seoul garden. ahax



tiga beranak.

3. fiesta food truck putrajaya

tak silap tu la namanya :P

pergi last minute sebab baru terbaca iklan. hahaha
baca iklan pukul 6pm, 6.30 macam tu dah sampai kat monumen alaf baru.
langit pun dah gelap.
ended up membeli-belah dalam hujan.
habis basah kaki seluar, macam balik redah banjir. haha


tersenget-senget kepala ariana bariana, anaqi dan husband tu apahallll :P



nampak tu langit dah mendung menggila tapi orang tetap ramai. (selagi tak hujan lebatttt)



food truck yang jual korean food paling panjang beratur.



ni yang berjaya dibeli; pizza yang lembut rotinya alahai sedap kot DAN sate royale (mahal tapi sedap)

ah makanan-makanan hipster memang mahal.
sebab apa mahal sy pun tak tahu.
*jungkit bahu*


dan entry diakhiri dengan gambar anaqiku yang comelness!
haha





hoo suka ko ye. ;)

ok bye!
happy weekend, semua!! :)

0 comments: