Thursday, March 31, 2016

anaqi in his 5th month

sebenarnya sy cuti hari ni.
jadi sempatlah nak mengupdate blog HAH HAHA

kalau time kerja tu memang tak sempat.
tetiba banyak pulak kerja.
tapi sebelum cuti ni sy dah settlekan kebanyakan daripada kerja yang ada.
so boleh cuti dengan tenang sikitlah.

today cuti sebab anaqi check up 5 bulan kat KK.
dia kan demam hari tu.
baru kebah.
tapi sambung selsema and batuk sikit.
bila timbang and ukur tinggi tadi, dua-dua border (means masih on milestone tapi dah nak terkurang daripada yang asal).
BMI jadi underweight la. kat border jugak.
sy suspect sebab dia demam tu.
hidung tersumbat lagi.
so dah 2 minggu kot tak banyak minum.
bekal bawak ke taska pun tak sebanyak dulu sebab cikgu minta kurangkan.
harap anaqi cepat sembuh daripada hidung sumbat dia tu supaya dapat minum dengan selesa.
hence bertambah la berat kan.
atau Allah nak mudahkan sy dukung dia,
tak nak bagi berat-berat sangat. teehee

now dah 6 kg.

untuk entry kali ni,
terimalah gambar and video anaqi yang aktifnya hui!
baru-baru ni dia tengah musim kaki tangan tergawang-gawang menendang-nendang.
sila tengoklah untuk visualizekan. hahaha


ariana yang sangat terhibur dengan anaqi. rofl.



2 comments:

zeera lily said...

nama ank kite sama la.. hehe

wani ezryl * said...

hihi anaqi jugak ke? say hello to anaqi awak, ok! ^^