Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, March 23, 2016

anaqi ke klinik kesihatan

haihs banyak sebenarnya pending stories,
tapi tak sempat-sempat nak bercerita (sebab tak ada masa. guu)
so kita update mana yang sempat je lah ye.

hari ni anaqi ke klinik,
sebab dah tiga hari demam panas.
kombo selsema hidung tersumbat and batuk sikit-sikit.

diorang suh ambik darah.
alhamdulillah tak ada denggi.
physically pun semua ok, doktor cakap.
paru-paru pun clear.
cuma sel darah putih banyak. bacaan 22.
doktor cakap yang normal, bacaan 8-11 je.
ataupun kalau bayi, yang normal boleh jadi 18 je.
so jumaat ni kena pergi balik repeat blood test.
nak check dan make sure menurun.


anaqi ambil darah. ala kesiannya.

memang tak sampai hati dengar dia menangis time cucuk ambik darah.
tapi kita ni mak yang kental. haha
so hulur je tangan dia.
nurse pun cakap "alaa halusnyaa (tangan anaqi)."

nasib baik je la tak kena nebuliser (sedut kahak/selsema).
sebab paru-paru dia clear kan.
kalau tak, sy dengar budak-budak kecik ambik nebuliser macam seksa je.
mintak dijauhkan.
setakat ni ariana dan anaqi dua-dua tak pernah selsema teruk sampai kena macam tu.


dengan babah.



menangis.

ni satu lagi.
tersepit kaki kat kerusi. haha
siapa suruh hulur-hulur kaki. haa
tersepitlah mendapatnya.
nampak celah kerusi tu kan. kat situ tersepit.
kaki montel dan comel. hahaha

sambil-sambil tu buat pemeriksaan kesihatan sendiri.
ada satu sudut tu boleh timbang sendiri dan ambik tekanan darah sendiri.
sy pun try la sementara lama nak tunggu nama dipanggil.
alhamdulillah semua ok.
BMI unggul dan tak hipertensi. lolx

sy punya bacaan.



petunjuk dalam buku dia.



mine is optimal. lolx

kalau orang yang ada hipertensi,
boleh isi slip yang ada situ dan masukkan dalam satu box.
tak silap sy, staff klinik akan hubungi kemudian untuk konsultasi.

lepas tu main MSQRD app.
kelakarnyaaa lahai.
yang ni face swap.

swap dengan ariana :'DDD

ariana ni memang lawak kalau kena kat MSQRD.
dia kalau mana-mana mask pun, kalau dia pakai mesti kelakar.
sebab dengan rambut kembang-kembang dia tu kan. hehe


face swap dengan husband. muslimah sangat.

mesti orang kat belakang tu sabarunnah aje dengan kitorang. hahaha

tu je lah.
tiga hari cuti jaga anaqi.
pengsan :B


till then!

0 comments: