Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, March 20, 2016

beli rumah

yang baca blog ni tau kot, a few months back (tahun lepas) kan kitorang sibuk house hunting, tapi tak jadinya nak beli pun.
sebab bila husband check, tak berdaftar dengan KPKT (kementerian perumahan).
yang developernya beritahu; sebab akan apply afterwards ke camne ntah.
so macam was-was.
tau-tau lepas tu, kalau lalu balik kampung husband kat banting tu..
ehh elok je dah naik rumahnya! ekeke
so everytime lalu akan cakap "eh tengok tu rumah kita dah naiklah." :P
memang tepi jalan betul so boleh nampak.
betullah developer tu. bukan tipu ke apa.
(ada lagi rumah tu tapi now harga intermediate dah 560k+ berbanding awal-awal time kitorang survey, masih 480k+ macam tu).

time tu tengok rumah contoh dia kat tempat lain.
projek developer yang sama jugak. rumah sama pattern.
area rumah contoh tu lebih strategik, kat tengah-tengah bandar yang dah sedia ada la.
dah ada KFC, sekolah, semua.
closer to putrajaya la.
tapi tak de la jauh sangat dengan rumah sebenar yang tengah nak naik tu.
kena lalu simpang je. 5 minit tak sampai.
tanya jugak rumah kat area tengah bandar tu berapa kat developer.
developer kata 700k+.
situ 780k macam tu dah rumah-rumah kat situ.
hancur berkecai harapan. hahaha
sebab area situ.. kat belah luar tepi jalan tu nampak macam rumah lama yang season-season.
masuk dalam tak tau banyak perumahan baru ok.
design moden semua tu.
husband macam suka la kawasan tu sebab sangat strategik.
awatnyaa tak reckee masuk dalam kawasan taman perumahan situ awal-awal kan.
kalau jumpa awal may be time tu dapat lagi rumah harga 400k ke 500k.
tak terfikir. haha
so kira tak pe la may be rezeki kat tempat lain.
sebelum ni pun dah terlepas projek cybersouth. habis dah rumah 400k yang tinggal 600k+ ke atas je.

sambil-sambil tu cari juga sana sini rumah.
tengok iklan, buka website property.
aim kami adalah rumah landed.
husband suka landed dan dia prefer corner lot.
tapi masalahnya semua mahal.
nak beli kat dalam putrajaya memang tak dapatlah, even CSRU (civil servant reserved unit.. yang harganya 25% off untuk pegawai kerajaan). teres biasa kat putrajaya dah cecah 750k ke atas. apartment 500k sampai 750k.
rumah mampu tengok.
tak tau apa faedahnya CSRU untuk penjawat awam kalau harga rumah macam tu penjawat awam tak mampu beli.
bukan salah urus setia CSRU pun. diorang tolong urus je.
developer and perancang kat situ la yang menyebabkan harga naik gila-gila.

sambil survey-survey tu nampaklah few projects yang masih mampu milik untuk kami rakyat marhaen ni. lawa-lawa pulaknya lahai.
design moden kan sekarang ni.
tapi macam biasa la, banyak kat area menuju ke nilai semua tu.
kajang south. (kajang south tu pun nak dekat dengan negeri sembilan kot)
semenyih, kota warisan, salak tinggi..
area-area hot spots la tu kalau nak beli rumah-rumah landed kepada orang yang kerja kat putrajaya.
kira masih reachable.
perjalanan ke putrajaya dari tempat-tempat tu around 20-30 minutes. most with tolls.
banting pun ada jugak. situ masih murah and surrounded with kampungs (kalau suka kedamaian kampung). 300k+, 400k+ boleh dapat lagi, tapi nampak dah semakin menaik sekarang.

contoh design moden rumah-rumah sekarang ni. mostly macam ni la. gambar credit to internet.

Photo
credit to internet.

lawa kan!
then tiba-tiba ada terbaca this iklan property rumah kat area 'bandar KFC' tu. lolx
harga bukan 600k, 700k.
so boleh tanya lah kan. kahaha
rupanya tinggal 1 unit tu je sebab pembeli asal tak lepas loan.
hoyeah kira ada peluang kami di situ :P
then pergi la tengok kat site.
tak de rumah contoh.. sebab tak banyak unit.
rumah dah halfway dibangunkan.. hujung tahun ni insyaAllah siap kalau tak de aral melintang.
saiz tak la besar, tapi cukuplah untuk kitorang berempat.
4 bilik, 4 bilik air.
harga dah naik sikit berbanding sebelum ni, tapi bolehlah tu dengan location and condition yang dah siap separuh.

paling penting, memenuhi ciri-ciri yang husband nak :

1. dekat dengan putrajaya
2. bukan gated and guarded (sekarang banyak konsep macam ni tapi later kena mengadap bayar bulan-bulan)
3. landed corner lot

kalau ada tanah sikit tepi tu bolehlah beliau menyambung hobi membela kucing-kucing. kikiki
memang pencinta kucing tegar :P
selain tu katanya untuk the kids bermain (atas tanah).

jadi semalam kitorang dah pre-officially beli rumah tu.
rumah nombor 1. lolx

inilah rumahnya yang sedang dalam pembinaan :


corner tu mengadap matahari pagi. itu ciri-ciri yang sy suka :D

so tahun depan tahun berjimat-cermat.
kena start dari sekarang.



till then!

0 comments: