Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, September 29, 2014

ahcheng laksa, sunway pyramid

ni cerita sabtu lepas.
lama tak pergi sunway pyramid kan,
jadi ajak husband pi dating sana :)
ariana ikut nenek & atuk dia hi-tea kat KL.

pergi sana biasalah,
jalan-jalan kat kedai browse barang-barang best,
tengok movie the purge anarchy,
makan. hehe

di asean avenue, sunway pyramid. tengok tu ada orang photobomb kat belakang! wachaa

the purge anarchy memang sangat best.
sy ni kan kaki tidur dalam panggung wayang.
yang ni tak tidur pun.
tak ada satu scene pun yang buat sy mengantuk.
even yang anarchy ni lagi best daripada the purge yang first dulu.
the first movie kan pasal the purge kat kawasan orang kaya.. dalam rumah.
second movie lebih kepada orang-orang yang kat luar.. the streets.

bagi yang tak pernah tengok the purge,
ceritanya adalah pasal US di zaman akan datang..
kerajaan US diambik alih oleh satu pemerintahan.
which every year akan ada satu hari ni,
di mana jenayah adalah dibenarkan untuk tempoh 24 jam.
so time tu ko nak buat apapun, buatlah.
nak bunuh orang, nak rompak, buatlah sesuka hati.
polis tentera hospital semua tak akan bertugas hari tu.
tapi sebenarnya ni taktik kerajaan nak hapuskan orang-orang miskin dan seangkatan dengannya.
so yang the purge anarchy ni cerita pasal this group of people yang berjumpa by fate.
mak dengan anaknya yang rumah tetiba kena serang dengan askar, so diorang lari ke jalanan.
couple dua orang yang on the way nak balik tapi kereta rosak tengah jalan.
and sorang lelaki yang memang sesaja keluar sebab nak pergi balas dendam and bunuh lelaki yang pernah bunuh anak lelaki dia.
kat luar time tu memang ramai la orang jahat, penjenayah yang sesaja bunuh-bunuh orang.. sebab legal kan.
so nak tau sama ada diorang ni survive atau tak,
sama-sama la tonton the purge anarchy.
serious tak menyesal tengok. memang best!


sampai di kedai itemize yang dipromo oleh nadia. hoyeah!!

fyi kedai-kedai fave sy adalah macam gift shop, stationeries shop, art shop, DIY shop, home depo, book store, toy store.. benda-benda macam tu.
kedai make up ke, fesyen baju bagai, hijabisduit won't do me any good. hehe
sy tak tertarik sangat dengan kedai baju tudung kecuali la time nak raya :DDD


konon nak ice skating tapi tak sempat hoih. tangkap gambar je la sempat.



tetiba nampak orang beratur kat kedai lacoste. diskaun 50% kau. brand fave abah ai ni. ikiki

tetiba sebelum tengok wayang tu crave nak makan assam laksa kauuu.
tapi tak sempat.
pi la tengok wayang dulu,
balik tengok wayang baru sempat cari kedai jual assam laksa.
terjumpalah dengan ahcheng laksa kat direktori makanan sunway pyramid.. buahaha.
memang tak sesia wani e tengok direktori tu.
assam laksa kat kedai ni memang superb!
located at asean avenue belah lorong belakang sekali.. silalah pergi! ;)

konsep layan diri. husband tengah soal siasat menu.. haha



rupa kedai dari depan. simple je. yet nice :)



tadaaaa. dia ada dua saiz. ni mangkuk regular harga RM7.90. mangkuk junior kecik sikit RM5.50 rasanya.

tengok!
meriah kan isi dia.
penuh isi ikan.
sedap mak aihhh.
husband punya assam laksa siap mintak extra ikan sardin.
selain tu ada jugak kari laksa then menu lain sy dah lupa hihi
cendol pun ada tapi hari tu sy teringin minum air longan. buah longan pun dia bagi banyak gile.


serius sedap!!

sebab super sedap, sy bagi 5 sudu untuk ahcheng laksa, sunway pyramid!!
*tepukan gemuruh*




ok kitorang makan dulu! tata!!


0 comments: