ini entry cerita lepas dan hari ni.
sebab malas nak buat entry satu-satu,
sy masukkan semua kat sini HAHA
tapi no worries,
tak banyak mana cerita.
most of my daily stories were the same pun.
pi ofis, balik ofis, makan, tidur. repeat. :P
kadang tu ada la keluar ofis pi meeting.
but meeting stories are blehh. HAHA
oklah talk more no more ;)
jamuan makan kat ofis... lagi. |
HAHAHA.
iye. ofis sy buat jamuan makan lagi.
hari tu raya kan.
kali ni sempena birthday bos.
birthday bos, tapi bos yang belanja. hihi
tapi budak-budak ni pun tuang-tuang beli and bawak makanan lain.
bos macam biasa la,
dengan specialty dia; kambing bakar/grill.
sos semua dia buat sendiri. tapi budak-budak ni tolong grillkan kat ofis.
jamuan tengah hari, pukul 1.30 sy dah nak kena gerak ke KL untuk meeting.
so dapat singgah kejap je la.
kambing tu bawak balik sikit untuk husband..
since husband suka kambing bakar kan.
husband cakap sos dia memang sedap.
sy ambik sikit je untuk diri sendiri. buat rasa-rasa sebab tak makan kambing sangat. |
then khamis hari tu dinner kat luar.
asalnya nak ajak kak sha yang turun putrajaya, makan.
geng dari terengganu.
tapi kak sha lambat bukak whatsapp.
and dia dah beli makanan.
time tu kitorang dah gerak dah ke perantau hill, bangi.
keluar betul-betul lepas solat maghrib, tak sempat pukul 8p.m. lagi.
time tu memang jalan agak clear la.
perantau hill pun tak crowded lagi awal-awal macam ni.
ni lah perantau hill!! |
tempatnya senang je jumpa.
if dari gate one from putrajaya, terus keluar ke bangi, ambik kanan, terusss.
akan nampak perantau hill ni punya besar kat belah kanan.
sampai-sampai tu ingat nak duduk kat area tempat duduk bersila.
ala kampung la kan.
tapi tak de nya kalau ada ariana ni.
kang dia lari ke sana ke mari.
jenuh mengejar. hahaha
so ambik kerusi meja biasa je la uhuk huk.
tiga budak nakal. |
excuse our overly reacted jovial face. rofl. |
sate willy bangi. mahalnya woih 85sen secucuk! nasib baik sedap. |
soft shell crab masak serbuk kari. |
ikan kerapu bakar. |
tapi kekenyangannya sampai ke mana-mana. hahah
siap tapau yang lebih,
esoknya makan lagi buat lauk tengah hari.
(jumaat balik rumah lunch hour).
kesimpulannya harga adalah standard mahal.
semua tu RM73 okeh.
tapi tempatnya decent la.
lenkali kalau nak murah sikit and nak makan ikan bakar,
kena cari style warung tepi jalan. hihi
esoknya pulak (jumaat) birthday ex boss ofis lama.
dapat jemputan.
kitorang ni alumni pun kira 'ahli kelab' lagi HAHA
makan kat kelab tasik putrajaya.
hari biasa tak de la sibuk mana.
tetiba time hari jumaat tu pulak itu ini kerja nak kena buat.
nasib baik ex boss ada meeting petang tu,
so dia sampai ke kelab tasik lambat sikit.
sempat la kitorang mengejar..
time sampai tu baru ucapan aluan. hehe
makan mee goreng mamak, husband ambik chicken chop. |
gambar kemerdekaan sangat. wuah haha (tu ofis lama ai, bangunan kubah hijau. babai ofis). |
ariana dah siap pakai baju tidur sebab ambik dari taska terus shoot ke kelab tasik. |
and for today, hari sabtu,
pergi this program gerak gempur denggi putrajaya 2014.
program ni boleh kata one of our division punya program. main player, PPj.
sy datang untuk meramaikan majlis (walaupun yang sedia ada tu pun dah ramai).
memang tak sangka, participation komuniti putrajaya ni sangat bagus.
komuniti pun aktif.
gambar bukti si wani e datang HAHA |
tak lama pun, dalam dua jam je kat situ. meneman KSU. kikiki. itu mee lee & aizat. |
pameran nyamuk-nyamuk hidup. HAHAHA |
oklah sy nak cepat sebenarnya ni.
nak taip banyak pun tak sempat.
kbai baiiiii
3 comments:
Ko perasan tak? Kita makin bz masuk sini... hahahahah
bestnya baca blog kau haha.. dari 2006 sampai dah ada anak.
tadi search pasal stationery.. keluaq pasal stationery and usage tu.. kelakar...
btw.aku dah bertahun nak blog..tapi tak capai lagi.. rasa segan nak start first post! huwa
raja^ ai buat-buat bizi hahaha. ofis ni sebenarnya byk aktiviti2 sampingan yg selalu nak mewajibkan semorg attend, tu yg tetiba semorang jd bizi tu :P
cima^ haha terima kasih sebab setia membaca walaupun kadang cerita tah apa-apa kan :D hey kalau nak tulis blog, go for it! kita dah kekurangan penulis blog sekarang! semorang berinstagram aje. boring betul haha
Post a Comment