(sorry nak, your mom sibuk. *ye lah*:B)
alhamdulillah, now ariana dah lebih kurang setahun tiga bulan.
lain budak kan lain personaliti dia.
so dalam usia setahun lebih ni dah nampak la personaliti dia macam mana.
dia seorang yang cheerful ok.
(tapi kalau dia tak kenal ko atau bias dengan ko jangan harap dia nak cheerful akikiki)
perkara ni diakui jugak oleh cikgu dia kat taska yang cakap ariana ni selalu senyum and gelak-gelak aje *kacau kawannya tidur pun ye jugak*
hence the recent developed personalities are cheerful and cheeky.
and determined too.
(yes i will type long in this entry for future record *wink*)
skill-skill yang telah dijayakan dengan hebatnya setakat ni (not by sequence):
1.cakap 'nak' (kekadang bunyi macam 'nah' atau 'mak' pun ada) untuk apa-apa je yang dia nak (biasanya makanan. HAHA)
2.bukak butang (tapi nak katupkan balik butang dia tak tau. ha!)
3.anything yang dia nak, dia akan tunjuk atau tepuk benda tu. contohnya dia nak duduk kat kerusi kan, dia akan tarik tangan kita ke kerusi, lepas tu dia tepuk-tepuk kerusi. same as kalau nak makan keropok, dia tarik kita ke meja makan and point to the bekas keropok :P
4.faham instruction mudah macam 'sit down', 'put it back', 'mana?', 'come', 'comel' (yang ni nenek dia ajar), 'manja' (pun nenek dia ajar haha), 'sep!' (high five), 'doa', 'mmuah' etc.
5.faham nama-nama and perkataan; baba, ariana, cat, car, kipas (kipas ni benda first dia faham sejak baby), tv, etc.
6.love to put on sandals and bags. lolx
7.clapping.
8.ada la aksi tangan dia kalau dengar ai nyanyi 'twinkle twinkle little star'. aksi tangan macam bintang tengah berkelip. hahaha
9.jalan, lari, jalan separuh (rofl!), merangkak, memanjat, membounce. ntah macam-macam lagi dia ni. lasak betul.
10.tau dah bawak diri kalau nak minum susu ke, nak tidur ke, pandai sendiri baring and mengiring if nak tidur. if nak minum, ambik botol and terus minum.
11.same as kalau nak susu, ada bahasa dia sendiri if dia lapar nak minum. kitorang je yang faham. kahkah
12.kat tempat public, tak de la buat perangai mana. nasib baik la bukan spesis menjerit nyaring. kalau tak pening hoih AKAKA
13.boleh suap makan sendiri, pakai sudu pun boleh tapi splat sana sini la. minum air dari gelas boleh. pakai straw boleh but sometimes dia nak sedut, sometimes dia main gigit je straw tu.
14.recognize things sharply. contoh : kat rumah ni ada 3 jenis remote control. tiga-tiga kaler hitam. dia nak remote media player yang sy pegang. sy sorok. dia cari. sy bagi dia remote lain (remote tv, similar je rupa bentuk dia), tapi dia tau tu bukan remote yang dia cari and terus cari remote media player. coolio. tak mudah tertipu. AHAHA *pening mama* :b
15.sukakan kucing. eh skill ke tu? haha. tu skill sayangkan binatang namanya :'DD
16.pandai gayungkan air. LOL
17.pandai tekan-tekan buttons kat lif (semua baby suka tuuu hihi), butang doorbell, suis kipas, lampu tu semua dia suka tekan.
18.geleng-geleng kepala kalau tak nak.
19.pandai imitate. contoh : taburkan bedak atas pampers, atas perut sendiri. bahaha
20.boleh on kan smartphone, ambik telefon and pura-pura bercakap kat telefon. great. a gen Z in the making. T_T"
oklah dah 20 tu. kalau ingat lagi nanti sy update. rofl.
semoga ariana membesar dengan awesome, gembira dan sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t :)
the supercalifragilisticexpialidocious ariana ^^ |
2 comments:
Yeay! Tahniah kepada mama wani dan baba is! Hip hip horrayyy to ariana!
hahaha. mengharapkan anak2 membesar dengan happy dan sihat wala'fiat :) thanks, raja!
Post a Comment