Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, September 13, 2014

home meal

pagi ni kerjanya transfer photos super banyak dari komputer ke external hard disk.
lepas tu photos baru dari phone ke komputer.

phone-->komputer-->external HDD

prolly sy kena cloudkan photos kat phone ni, biar auto masuk dalam komputer.
tak payah dah susah-susah nak transfer kahkah pemalas lipas kau wani :P
yosh teknologi masa kini terlalu advance, memudahkan, tapi at the same time sebab terlalu memudahkan, menjadikan kita semakin lazy bum :'DDD

ah tak pe lah.
apa guna teknologi kalau tak guna kan. lolx

seperti biasa,
photos makanan muncul lagi!! HAHA

ni hasil masak-memasak dari dapur sejak beberapa hari lepas :

udang dan sotong grill. pishh pishhh bunyi atas plate.

(sizzle) merupakan bunyi paling lazat di dunia. hihi
tengok kat dapur, pes ikan bakar tak ada.
kena blend pes sendiri.
yang ni husband tolong grillkan.
saja bagi dia thrill kat dapur :DDD


ikan pari bak hang ;)



cadaaa!! ni la hasilnya.



makan dengan sayur dan pencicah kicap cili.



biasa snap gambar kat hujung je macam ni sebab nanti nak masukkan dalam instagram.

instagram kan gambar dia semua bentuk square.
kalau dari kamera, kena crop bentuk square.
tu yang tangkap serupa gitu tu. hahaha
i use insta to promote malaysian food worldwide.
so far ada jugak followers and viewers dari negara lain.
tapi tak ada la ribu-ribu haha. gila kau ribu. itu artis :PP


ariana makan nasi (lebih banyak main, seperti yang kuceritakan sebelum-sebelum ini). lolx



ada one day tu goreng mee untuk breakfast.

jarang sy rajin bangun pagi nak masak-memasak ni,
lagi-lagi kalau hari kerja.
biasa tuang nestum dalam mangkuk dengan air panas. done.
kebizian metropolitan sangat. kahh
tapi hari tu dah siap blend cili bawang the night before.
so pagi tu tinggal potong sayur je and terus goreng mee.
memang kenyang la makan mee goreng pagi-pagi.
makan nestum tak kenyang ok.
macam mana laa boleh terjebak dengan menu kesihatan macam ni *point to husband*

hari selasa pulak hari pasar.
balik dari pasar dah nak maghrib kan.
nak masak apa tak sempat.
so mari goreng telur letak kicap aje.
makan dengan kepak madu bakar. perghhh

tu diaaa

hari tu pergi pasar banyak beli sayur and buah je.
untuk buat jus.
tak de la snap banyak gambar jus.
ada sekeping je gambar. INI.

jus mangga by husband.



ayam masak merah cemerlang HAHAH

cemerlang tu sebab rasa dia superb.
sebelum ni superb jugak, tapi yang ni cili bawang tu tumbuk, tak blend.
jadi masa masak tu bau dah macam kuah tiga rasa kat restoran serai seksyen 3.
wahh sedapnya bauuu.
bila dah siap masak tu, makan siap pejam mata. *gelak guling*
ye betul, it's that good.
tapi ini masak dua ketul ayam, layaklah ditumbuk lesung.
kalau berketul-ketul ayam pakai blender je la kita.
sebab husband tengah diet kan, tak makan nasi, tu yang masak dua ketul je tu.
yosh memang habiskan gas aje, tapi tak kisahlah, sebab nak makan punya pasal :P



untuk yang berdiet, kita masakkan untuk dia ayam dan sayur-sayuran bakar berkuah.



yang ni pun masakan simple dan best, ikan selar goreng and taruk kicap atas nasi.

yang ni sebab balik ofis lambat.
hari tu meeting. meetingnya pagi sampai noon, tapi nak keluar minit hari tu jugak.
meeting tempat lain, balik ofis petang baru nak buat minit.
minit pulak bahasa inggeris.
sampai dekat pukul 8 malam la kat ofis nak tunggu siap and send bagai.
dah balik tu penat, awal-awal dah mintak tolong husband keluarkan ikan and masak nasi (masak nasi memang biasa husband tolong).
so balik tu bumbu ikan and lepas mandi semua, goreng, makan. done.

haha siap ada penceritaan kan untuk gambar-gambar.
gambar makanan je kottt. :P

happy saturday semua!!




0 comments: