Tuesday, September 16, 2014

kisah gembira hari selasa

harap tak terlewat untuk wish semua;
SELAMAT HARI MALAYSIA!!

tak jumpa jalur gemilang kecik untuk lekat kat atas bumbung kereta,
so lekat sticker jalur gemilang je kat cermin tepi kereta.
bolehlah tu kan. hihi

btw hari ni kitorang menerima berita gembira.
iaitu kakak ipar ai dah selamat melahirkan baby girl weehee!!
reaksi family belah husband adalah.. "hah perempuan lagi." HAHA
ye sebab ni cucu keempat and semua cucu adalah perempuan :PP
mak mertua ok je, dia cakap "tak kisahlah perempuan asalkan sihat."
ye betul sihat tu penting.
tapi lepas-lepas tu dia menyambung, next sy pregnant pulak dapat anak lelaki.
besar pengharapan tu wahaha
but before me, biras sy tengah pregnant dah ni second child.
so semoga dapatlah anak lelaki seperti yang dicitakan nenek and atuknya :D
sy tak kisah asalkan sihat. *yoshh*

tengah hari tadi kitorang pun gerak ke banting untuk melawat kak nora yang dah deliver pagi tadi around 7a.m.
comel babynya, lahir dalam 2.58kg macam tu and on time EDD dia.
tapi kesianlah dia sorang-sorang kat situ,
memang biasa kalau hospital kerajaan, lepas bersalin nurse tinggalkan ko sorang je.
nak menyusu anak, pergi tandas semua, buatlah sendiri.
masa-masa macam ni keberadaan family members adalah sangat penting.
tapi kalau time malam tak boleh melawat, sy terfikir, kesian kat ibu-ibu yang baru bersalin ni.
dah la habis tenaga bersalin semua,
family tak dapat jaga malam,
semua kena buat sorang. :'/

lepas tu kak nora cerita nurse tu marah sebab dia tak pandai nak teran baby keluar.
i said normal la, first time beranak kot.
kalau orang tu tak pandai meneran, ajarlah dia.
ni nak marah time orang tu tengah sakit dah kenapaaa.
lonjong sikit kepala babynya, biasanya sebab teran lama and ditarik kepalanya.
but no worries new mommies, kepala baby akan kembali bulat macam biasa selepas beberapa ketika :)

lepas tu tengah hari nurse yang hantar makanan datang.
tanya nak kopi tak.
i was like.. hah, ibu bersalin nak menyusu anak kotttt mana boleh minum kopi!
kak nora tanya la, boleh ke minum?
nurse cakap tawakal je, kalau nak, ambik. (boleh pulak macam tu!!)
tengah hari tu depa bagi kopi dengan kuih apa ntah bergoreng.
aaaaaa ini ke menu untuk ibu berpantanggg.
kopi dengan makanan bergoreng. kau insane ke apa buat menu macam tu??
tepuk dahi berkali-kali. haha. tapi on serious side,
hospital kan dah expert bab-bab kesihatan ni.
patut tau sendiri la yang makanan macam tu tak elok untuk ibu yang berpantang.
at least bagi biskut ke roti ke ok jugak.
lepas tu nurse cakap tak de minum petang.
yang kopi dengan kuih tu je la untuk isi perut pun.
petang kelaparan la ko kalau family tak datang bawak makanan :'(
husband kak nora belum sampai lagi.
husband sy cakap la, suh call iwan (husband kak nora) mintak bawakkan this and that.
 nurse kat hospital kerajaan pun takkan bagi minum kat baby selagi baby tak minum susu ibu.
if susu ibu tu tak dapat keluar lagi, kelaparan la baby tu sampai esok.
niat nak bagi susu ibu tu bagus, tapi kesian kat baby.
tak pe lah. apa-apa je la, hospital oi.

tu pun tingkap terbuka je tak de langsir ke apa.
malam confirm nyamuk.
sy bukan nak whine ke apa tapi mengenangkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin kat situ.
orang yang berpantang ni macam-macam tak boleh.
even cuaca sejuk sangat pun tak boleh.
makan pun berpantang.
tapi if kat kerajaan memang banyak patients layan diri.
nurse akan datang time ubat or nak check status patient tu je.
but compared to hospital putrajaya, ok sikit la kot.
sy tak de experience bersalin kat hospital putrajaya, tapi pernah la kat sana masa abah sakit dulu.
may be sebab hospital baru so selesa sikit and makan pun tak de la bagi macam kat hospital banting tu kot.
but dengar cerita orang bersalin kat putrajaya,
diorang banyak pakai students praktikal (housemanship).
so ada jugaklah dengar cerita ngeri pasal doktor pelatih salah jahit la apa lepas tu kena jahit balik. warkhhhhh ngerinyaaaa.
but then experience orang lain-lain kan.
and apa yang berlaku kat hospital banting tu cuma pemerhatian and pandangan sy je.
may be orang lain ok je tak de masalah pun HAHA

nanti sambung lagilah.

again, congrats banyak kepada kak nora & husband!!
you're officially a mom and a dad now!! :D
semoga baby suri membesar dengan sihat and cemerlang dunia akhirat. ^^

1 comment:

wani ezryl * said...

wslm. thanks datang singgah!! :)