Saturday, August 30, 2014

husband's convocation

beholddd!!
as this entry may be superlong with photos and whatsnot! lolx

tapi tak apa,
cuti panjang hari merdeka ni korang mesti ada banyak masa untuk baca panjang-panjang. wihihi

jadi silakan seat back, relax
keep calm and scroll :P


title : the convo boy

kejadian ni berlaku hari selasa yang lepas.
yeah kitorang P*TDs ni ada hari konvo,
lepas tamat kursus selama enam bulan.
tapi tak ada lah dan dan lepas kursus tu terus konvo.
tak ok.
biasanya tunggu nak dekat setahun macam tu.. lolx

kitorang stay kat seri pacific hotel, KL.
memang puas hati stay sini.
harga affordable, walaupun 4 bintang.
staffs semua baik and friendly.
design bilik pun lawa.


mencari jalan sendiri ke hotel berbekalkan GPS from putrajaya to KL :P selfshot of both.



bermain dengan phone camera.



the real color ;)



tak boleh duduk diam buat photoshoot budak ni. AHAHA



katil yang awesome mosome.



workstation & tv. belakang tu adalah kabinet dalam dinding. kiri kanan ada dinding macam ni. jimat space.



bilik air pun neat. seperating both shower & bath tub in two small rooms.



sabun mabun and things. lolx



bath tub area. tempat favourite ariana. :D



rain shower.



memang neat.



hey yo!



kabinet dalam dinding; ariana tengah main mini bar bersaiz diri sendiri. bahaha

first day tu husband rehearsal,
so kitorang lepak je la tunggu dia habis.
malam tu baru keluar cari makan.
i suggested to go to kampung baharu (tu nama baru dia. lolx) / kampung baru to this restaurant called suraya seafood.
memang well known tempat ni.
super sedap.

if korang nak ke sini,
cari jalan raja muda musa.
mana nak tau ini jalan?
lorong jalan kat tempat makan ayam kampung tu.. ada pintu gerbang kecik kat depan.
bila masuk,
kiri kanan semua kedai makan.
gila meriah ok. my type of tempat makan; noisy, packed, food heaven~
hahaha.
jalan depan sikiiit je.
suraya seafood is located to your right.
papan tanda kedai kaler purple.
nah ini menu dia :

bukti kehadiran kami di sini! HAHA



i don't know why our daughter made that shocked look. hihu

kat kedai makan sini memang merata orang datang singgah meja jual itu ini.
kejap karang ada orang jual dvd lah
mainan berlampu-lampu lah
cincin batu lah
lampu ofis lah
macam-macam.


tengah tengok menu.



suasana di dalam kedai. besar jugak kedainya, tapi crowded. nasib baik jumpa meja. nasib baik hari selasa.

kalau hari minggu confirm kena tunggu kat luar ni nak dapatkan meja. haha


kat belah pintu masuk ada meja buat kerabu, somtam semua. depan dia adatempat bakar kerang.



cangg!! ye inilah yang dinanti-nanti!! kerang bakar oyeah!! *menari ala sin chan*

kerang dia besar boleh tahan.
seronok makan.
sos dia ada serpihan kacang. rare.

bila google sebelum tu,
orang cakap suraya seafood ni ikan siakap tiga rasa dia killer menu.
killer menu katanya.
so let's try. xD


memang sedap mak aihhhh

tapi yang famous kat sini sebenarnya
adalah pulut mangga, bubur nasi dengan apantah lagi ai lupa. wihihi
tapi yang tu tak try pun.
sy lebih suka makan ikan tiga rasa ;)


tomyam ayam campur udang. pekat, pedas sikit-sikit and lazat!!

memang puas hati la makan.
bayar RM53 je untuk semua termasuk air.
kitorang datang situ naik cab je.
maunya nak drive.
satu, parking kat hotel limited. kalau keluar kang mesti balik tak de parking.
dua, kampung baru ni padat gile. mana nak park kereta, hoih??

naik teksi baru RM10-12 macam tu sehala.

esoknya pergi majlis konvo husband.
katanya budak bawah 12 tahun tak boleh masuk ke dewan,
so kitorang tunggu kat luar je.

yang stress tu kedai bunganya ada seketul je.
well bukan kedai pun, dia macam bukak meja kat situ. kat depan dewan.
sampai sana je tengok tinggal dalam 3 bouquet je.
tu pun bouquet yang kecik and ada anak patung tu.
yang besar cantik bunga banyak-banyak semua orang dah rembat.
memang hari tu ramai la orang berkonvo tanpa bunga.

tak boleh jadi ni.
terus patah balik ke hotel di sebelah.
tanya bellboy, mana kedai bunga.
ok great, hotel ada service gubah bunga.
mahal sikit la, tapi biarlah. asal ada bunga.

balik rumah lepas tu sy cadangkan kat kawan yang terlibat dengan event ni untuk panggil lebih banyak florists untuk next convo.
kesian budak-budak ni konvo tak de bunga. hihi


congrats, you!



kak ida pun berkonvo jugak. group selfshot.



family snapshot.



jumpa haze kejap. lama gile tak jumpa dia ni. xD



nak merdeka dah hoih. nampak tu jalur gemilang tu. ;)



shocked! haaaaa



selain bunga, belikan hadiah jugak untuk husband from valentino rudy. abaikan objek yang sedang tidur di sebelah tu. wahaha


petang tu singgah shah alam kejap,
then malam balik rumah.

esoknya kerja. hahaha hahahahhahhhaha *muka malas nak pi kerja* :P

Thursday, August 28, 2014

the KTcity weekend

helo, thursday peeps!

thursday yang awesome sebab dapat cuti (CTR) since dari malam semalam sampai ke pagi buat enforcement p*usat j*udi h*aram kat KL.
pukul 5pagi baru balik rumah, kau.
apa nak jadi ni wani -_-" heheh
but it was a great experience; penat tapi best.
the perk of working at the new office.

so balik kepada topik asal!
weekend lepas kitorang jalan-jalan ke KTcity.
sebab ada jemputan daripada big boss lama sempena majlis persaraan beliau.
he's one of my bosses yang memang super baik hati, penyabar, humble dan tak pernah marah.
a good person like this should be celebrated remarkably. :)
i picked a book at MPH as a token of appreciation for him. kad DIY aje.
tapi lupa nak snap gambar hahah *busy katanya* :P

kitorang gerak ke KLIA naik ERL (train).
saja nak bagi ariana experience naik ERL.
sekejap je dari putrajaya sentral ke KLIA.
dalam 15 minit kot macam tu.
kalau naik cab atau kereta, lagi lama. lagi mahal kos.
cuma tabahlah sikit menapak dari parking putrajaya sentral tu sebab parking banyak penuh, lagi-lagi yang berhampiran dengan lif. ekeke


dalam ERL.

ni pun kira first time ariana naik flight.
JADI INGAT NI, ARIANA. TARIKH PERTAMA KALI ARIANA NAIK FLIGHT ADALAH PADA 23 OGOS 2014 OKEH *awat huruf besaq semua ni. lolx*
flight KL-KT.


with boyfriend.



with girlfriend.



with both of em.

nasib baik si ariana ni time kapal terbang dah naik tu dia tidur.
dua-dua flight (pergi balik) macam tu.
cuma sebelum berlepas tu je la dia sibuk nak ke sana sini.
walhal dah pakai seatbelt bagai.
tetap la nak 'travel' dari peha babah ke peha mama & sebaliknya. lolx


with astronaut's suit. ;)

sampai sana dalam pukul 3 petang.
usop dengan abang dia greet us at the airport,
dia bawakkan kereta untuk kitorang. *tq banyak, sop!*

kitorang terus ke area ICT *ikan celup tepung*
macam biasa, ke warung pok mang di kawasan belakang airport.
sebab kedai yang depan pantai tu mahal sikit and kedekut seafood.
yang ni banyak. haha

korang boleh cari warung ni kat area jalan belakang airport.



makan sikit je, snek petang. heheh



ketam celup tepung. hari tu datang tak dapat makan kan, sebab ketam habis. la ni makan habis-habisan.

ni time bukan musim hari raya atau cuti..
so tak ramai orang la macam time raya hari tu.
dapat la makan dengan tenang dan ada ketam. tu yang penting. HAHA


sotong celup tepung. tengok tu punya banyak dia letak sepinggan. ni baru RM5.



ikan pari and ikan kembung.

lepas tu check in hotel puteri pacific.
malam tu ke taman tamadun islam (TTI) untuk sambutan majlis persaraan tuan haji, former boss kami merangkap former housemate husband. hehe

purple theme. bukan tema kitorang, tapi memang tema untuk malam tu. ramai pakai purple.

jenuh la mencari gaun purple untuk ariana.
tak banyak choice kat parkson.
so pakai je la baju mana yang ada ye, nak :P


them with tuan haji. selamat bersara, tuan haji! enjoy your retirement days!! :)

ye la tuan haji ni family dia kat KL,
dia duduk sorang-sorang kat KTcity.
lepas bersara ni dapat la dia unite balik dengan family dia. hihi
siap anak-anak buat surprise atas stage bagi dia hadiah handphone.


dengan ani, kak ija, kak sha.



husband and ariana with the 'gang' xD

ramai muka-muka baru jugak kat ofis.
ada yang tak kenal.
tapi masih ada lagi kawan-kawan lama kat sana.
kebanyakan kawan-kawan perempuan ramai dah pindah;
macam haze, hajar, syiro, khalida, fie, scha, fifa pergi D*PA etc.
itu yang pindah negeri.
yang pindah ofis lain kat terengganu ni pun ramai.
like my staff, tinggal berapa kerat je orang lama.
lain ada yang dah tukar ofis.

lagi satu
kat terengganu ni cepat betul development dia!
tengok-tengok jalan kat area primula dah ada simpang baru.
sampai confuse sebab jalan dia dah nampak lain.
then kedai kepok tok beng dah renovate.. kelas kau.
kedainya tertutup sikit la sebab ada dinding konkrit. hehe

so time balik on the way ke airport,
singgah kejap beli keropok goreng. yum yum.
siap beli yang frozen punya untuk bawak balik.


kedai kepok tok beng berwajah baru.



dari corner jalan tu boleh nampak kedai kepok tok beng. macam ni rupa bentuknya sekarang.

ohohh sebab lambat lagi flight kitorang,
singgah kat pantai teluk ketapang kejap.. piknik.
piknik la sangat kan.
walhal beli sate ikan dengan air kelapa kat tepi tu je hahaha
crave sate ikan ok.
sedapp.

tak dapatnya harga macam ni kat putrajaya -_-"

ni pun first time bawak ariana ke pantai.
tak de pantai mana pun, pantai jauh lagi ke depan.
ni bagi dia rasa pasir tu je macam mana. ahaha

mula-mula tu dia pijak jingkit-jingkit.. tak biasa kan. lepas tu dah boleh join dengan pasir. lolx

tu kat tangan dia tu kepok lekor tok beng.
so terengganu-ish. :D


ada jugak 2-3 kereta yang berpiknik macam kitorang.



melukis di atas pasir. ecehh.



ini kereta yang dicarikan oleh usop untuk kitorang. :) thanks banyak!! ada serupa iklan kereta tak? bahaha



love this photo!!

dah lepas tu naik flight balik KLIA.
flight delay sikit so sampai lewat.
sampai rumah pun dah malam.
nasib baik isnin selasa tu cuti kan.
haa yang tu cerita dalam next entry.

till we meet again!
toodles!

both with bags. haha