Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, September 05, 2013

balik daripada tengok KLzombi

pending stories banyaknyaaa woit wani, update!! *headslam*

tu la. bila balik rumah, kemengantukan merajai diri.
tak percaya, kalau korang perasan entry sebelum ni la.
ada caption gambar husband, sy taip 'georgetown' instead of 'husband' *insert ikon gelak keluar air mata di sini*
BAHAHAA. mana datang georgetown tu, wani hoiiii

jadinya.
blogging ketika mamai adalah merbahaya.
you might pop secrets or something.

ini entry pasal dating dengan husband.
so hari tu kitorang pergi ngedate tengok KLzombi.
ala movie zombi malaysia's version. boleh tahan la. movie zombi kebiasaannya kelakarlah.

dekat je, pergi sunway.
nak ke subang, kat sana tak tayang wayang melayu.
mungkin sebab audience tak ramai melayu.. entah. tapi KLzombi ni pun ada bangsa lain tonton jugak.
kami siap berdiri nyanyi lagu negaraku lagi HAHA

habis tengok movie, singgah stall 'pizza in a cone' kejap.

biasanya kalau stall macam ni sy suka ke hot&roll.
tapi gerai hot&roll kat tingkat bawah, malas la nak ke sana.
ko tau je la sunway ni besar mana. ada old wing new wing la macam OU. haha

plus nak try macam mana rasanya pizza dalam kon.
harga dia lupa la.. dalam RM6-7 satu kon.


dua orang baru habis tengok KLzombi.




macam ni la rupanya pizza in a cone tu. now jadi in two cones la kan. kehkeh

rasanya..
..macam pizza. haha. dah memang bendanya pizza pun! :P
topping atas macam rasa topping pizza.
dan dalam kon tu rasa dia creamy2 sikit sebab tak burn macam top kan. so lembut je la isinya.
boleh tarik cheese lagi, sebab dalam kon ada cheese.
ok la, sedap jugak.


eating my 'ice cream'.



lepas makan kita jalan-jalan window shopping pulak! xD


lepas makan, kitorang jalan-jalan kejap dalam AEON and solat maghrib sekali kat situ.
lepas tu baru balik.
balik jalan jam sikit sebab ambang merdeka.
hahaha rasakan, suka sangat nak keluar time peak-peak macam tu kan. xD

till then!!

0 comments: