Sunday, February 08, 2015

kenduri 1wilayah 2015 - putrajaya

 hey, sunday! you're back! *lolx bercakap dengan hari. BAIKLAH!*

semalam adalah hari kenduri 1wilayah peringkat putrajaya (in conjunction of hari wilayah persekutuan).
bekerja di kementerian wilayah persekutuan,
bulan februari adalah bulan yang sibuk untuk kitorang.
macam-macam event hari wilayah ni.
tapi kenduri should be aightttt. sebab makan-makan kan.
who doesn't love kenduri?
people gather, people eat, people get lucky draw.
haa kenduri putrajaya ada lucky draw ok.
grand prize adalah kereta. lepas tu ada lima buah motor. 100 basikal. barang elektrik lagi.
semua adalah sponsored, bukan duit rakyat ye (before anyone makes speculation and keeps blaming the government for everything again. HAHA).

husband and ariana pun datang memeriahkan majlis jugak.
semua warga putrajaya dijemput.
memang super ramai ok.
bayangkan kenduri yang sebenar.
kereta park kiri kanan jalan.
ada RELA (this time sy tak sure RELA atau orang PPj yang jaga traffic).
ada telematch semua. memang meriah.


the banner.


tapi sebelum hari kenduri on saturday,
jumaat lagi orang dah turun rewang.
termasuklah kitorang kat ofis ni.
habis office hour bawak pisau ke kompleks futsal presint 18 (oh it's where the event took place).
potong memotong.

letak sekeping je la gambar diri sendiri dan kawan-kawan sedang memotong bawang.

where's me?
yang tudung purple tu. lolx
dapat pulak bawang merah kecik yang bawang india tu.
memang mendapat la ko potong bawang kecik. bahaha
tapi anehnya tak 'menangis' pulak.
kalau rewang kat kenduri kampung husband, menangis aje.
my theory; may be sebab kulit bawang tu semua atas meja.
so tak direct contact dengan mata.
kalau rewang kat kampung tu duduk bersimpuh.
bawang dalam bekas atas tikar. senang termeluwap kena kat mata.
hahahaha siap ada teori mata pedih ok *gelak guling*


malam pulak aktiviti memasak. kacau en. fahmi, kacau! :D


dan gambar-gambar the next day :

gambar pada awal pagi. since 7.30 dah buka pendaftaran.



gambar pinjam. ku nan tengah baca speech.

yosh ku nan (YB menteri wilayah persekutuan) pun join sekali.
being in the ministry, untuk kenduri ni la,
tau la kita betapa humblenya YBM (bukan kipas mahupun turbo aircond).
memang YBM sendiri request lauk kenduri tak nak beza-beza.
dia nak makan sama-sama dengan rakyat.
semua buffet ye, tak de dome pun. even untuk VVIP.
pinggan pun nak polisterin je. tu yang YBM request.
sy tak jaga VVIP, tapi walaupun YBM cakap pasal pinggan polisterin tu, may be JK induk ada sediakan pinggan kaca jugak. protokol dijaga. hehe


tolong kejap kat booth rumah PPA1M.

permohonan dah buka untuk unit-unit rumah kat bukit jalil.
yang nak memohon tu bolehlah masuk website kementerian wilayah persekutuan for details!

i technically divided myself into two yesterday.
sebab bawak family kan. and at the same time bekerja. kahkah
pergi sini sana, kejap cater untuk kerja, kejap cater untuk family. :DDD


asalnya gambar ni nak snap untuk masuk instagram selfie contest, tapi dah terlambat. so tak hantar la.


acara kemuncak adalah cabutan bertuah grand prize.
sebab hadiah kecik-kecik (tak ada kecik mana pun sebab tv LED, mesin basuh, peti ais, ipad bagai. haha) dah distributed lebih awal.
patut pun ramai gile orang.
makan free. hadiah best. kan! xD
kitorang pun dengan separa pengharapan (sebab wani e ni kadang-kadang je menang cabutan bertuah ni HAHAHA), bersama-sama kat tepi tu tengok cabutan.
tak ada menang apa-apa pun kitorang hihi.
tahniah kepada yang dapat kereta. memang bertuah betul!

balik rumah terbongkang kepenatan :P
sekian.

Friday, February 06, 2015

resipi ketam masak lemak cili api


salam jumat semua.
hari ini ada kerajinan sikit (sikit je la tapi HAHA) untuk post resipi simple ketam masak lemak cili api. untuk si pemalas lipas macam sy, sesuailah dengan pakai santan kotaknya kan. hahaha

of how simple the recipe is, yang penting sedap and kenyang. :D

ni resipi untuk dua (2) orang makan *tapi kalau orang kuat makan, sila doublekan kuantiti ye hoho* :


BAHAN-BAHAN AWESOMENESS :

2 ekor ketam L/XL dipotong dua. sepit diketuk supaya senang nak kopek time makan.
2 batang serai dititik (diketuk penyek. haha).

hiris :
1 ulas bawang merah saiz sederhana.
1 ulas bawang putih.
1/2 inci halia.

tumbuk sekali :
1 inci kunyit hidup (yang tak de, boleh pakai serbuk kunyit).
9 batang cili api (ni tak pedas. nak pedas, up kan sampai 15-20 HAHA).

3 batang kacang panjang dipotong.
1 kotak kecil santan (ai pakai ayam brand).
1/2 keping asam keping.
air secukupnya.
garam sesedap rasa ko. :D


CARA-CARA MEMASAK :
  1. bukak api dapur (itu harus. lolx!). masukkan ketam, serai, bawang-bawang, halia hiris DAN kunyit+cili api tumbuk. masukkan juga sedikit air. sebatikan. biar seketika. sekejap je tau.
  2. masukkan santan kotak. santan kotak ni pekat, so cairkan sikit dengan air. jangan cair sangat. sebab nanti once ketam masak, air ketam keluar.. nanti lagi cair. tutup kasi didih.
  3. perasakan dengan garam. masukkan sayur and asam keping. tutup lagi sampai masak. jangan lupa kacau. kang berkerak santan ko tepi kuali ahaha.
  4. SIAP! :P

voila! nah ambik. kejap je siap. hihi

boleh jugak if nak tambah tomato jika ada.
sedap dimakan bersama nasi panas.

Monday, February 02, 2015

hari istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan

selamat hari-cuti-ganti-hari-wilayah-persekutuan!! *mercun meletup-letup*
hihihi.
akhirnya dapat cuti merehatkan diri daripada sakit kaki akibat pakai kasut hitam oversized :P


istana negara - inside.


semalam adalah hari istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan (correct the name if i'm wrong).
and yours truly bertugas di istana.
tapi tak iring siapa-siapa pun, dok bertugas dalam balairung seri.
where you can see clearer picture of the custom event hehe.
and kerja kat balairung ni sibuk time nak start event tu je.
lepas semua orang dah masuk and seated, boleh bertenang dah.
kalau yang jaga VVIPs dan VIPs memang kena tunggu sampai (V)VIPs yang diescort tu balik.
kena hantar pi dewan santap, kena tolong tangkapkan gambar (kerja tambahan), bawak kotak pingat (kerja tambahan) etc etc. kerja orang penting tu.
ai ni marhaen aje. haha

buttt seeing everyone in happy faces and pretty dresses adalah awesome!
banyak baju-baju cantik; yang bersulam, yang lace, yang bling-bling.
yang bersari pun cantik sangat.
boleh kata semua memang cantik! mungkin baju-baju yang ditempah khas untuk event ni je. :)

with the number 1 uniform. nasib baik muat!

baju ni dah lama tak kupakai.
since konvo lepas kot.
syukorrr muat lagi. bahaha
tu pun macam dah ketat kat kain. GREAT. just great.
tahun depan boleh renew saiz baju baru lah macam ni (apa la wani, bukannya nak bersenam!)
:D

dewan santap/makan.



kat hallway.



dengan tini and maisarah.



dalam tandas istana pun sempat tangkap gambar! HAHAHA

apa barang kan tangkap gambar dalam tandas shopping mall.
kita up sikit snap dalam tandas istana. *pangg!*
tandas istana harus la lawa.
pintu dia dah serupa pintu rumah kita yang kayu keras tu. whattt.
ada sofa. kat setiap sink ada 2 pencuci tangan dengan bau berbeza dan lotion tangan.
bunga sekali.
haa special tak tandas istana. haha


sempat goofing around kat tangga HAHA

bila dah ada 'art director', memang macam-macam pose la kitorang ni.
abaikan kitorang ye. hihi


bersantai di pantai. eh. minum ringan di kafe istana dengan geng POPP.



sempat lagi tu bergambar dengan hulubalang istana. haa zaman-zaman moden ni pun ada hulubalang lagi okeh.



last but not least, chipped in bergambar dengan (datuk) jackie chan. haha

sebenarnya ada dua (2) celebs yang dapat penganugerahan datuk ni.
seorang ustaz selebriti (i dunno either dah boleh reveal ke tak sekarang ni. tak pe la korang search sendiri la nanti ye hihi) and jackie chan.
gambar jackie chan kat istana dah viral kot semalam.
and macam biasa, siap ada (orang yang dengki kot?) pertikai kenapa dia dapat. haha
biasalah tu. dengan orang luar pun nak dengki jugak hadoi laa.
tapi diri sendiri tak insaf, sumbangan apa yang sendiri dah bagi kat negara.
setiap yang dapat penganugerahan ni of course la ada orang nominate.
tak nominate tak dapat, dik. then ada screening process semua.
so if he deserves it, then he deserves it.
tak payah ko nak pertikai-pertikai anugerah yang DYMM SPBYDPA (Agong) bagi.
ko tak dapat pingat, dok diam-diam situ. haha
*sorry la geram sikit dengan puak-puak macam ni. semua pun tak puas hati. hidup sedih sangat kot.* :P

habis event, balik tumpang raja ke kl sentral.
biasalah kalau nak tunggu bas agak 'bercinta' sikit.
nak tunggu semua habis baru boleh balik.
so kita naik ERL je lah. hihi (thanks, raja!)

habis dah cerita kat istana.
till then!

Saturday, January 31, 2015

hari sabtuku di istana


lampu chandelier istana.. they're everywhere!

selamat bersiaran..
.. pada hari sabtu!! *gasp*
sempena cuti berderet yang gilang-gemilang ni (untuk yang belajar/kerja kat wilayah persekutuan saja, yang lain jangan nak over lebih lolx),
jemput spend masa kualiti masing-masing.
empat hari cuti, kot! (gaji pulak baru keluar.. uhuk)

kitorang satu ofis (almost satu ofis) berkhidmat di istana weekend ini.
today and tomorrow.
sebenarnya majlis istiadat pingat-pingat tu esok,
tapi hari ni rehearsal.
bertuahlah kitorang sebab separuh hari je kerja. haha
ni baru sampai rumah la ni.
lepas balik dari istana tadi merayap kat kl sentral kejap :D



rajaness.
rasanya belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada bestie ai, raja!
semoga makmur sentiasa.
dilimpahi rezeki yang banyak.
dikurnia kesihatan yang baik.
ewah macam ucapan makcik-makcik pulak.
(memang ai dah jadi makcik [sedara] pun sekarang ni. *simptom hari tua HAHA*



with aina. dah penat duduk dalam balairong seri, duduk kat luar kejap.

kat luar memang banyak gils sofa.
pilih je mana nak duduk. hihi


with tini, si pengurus bas ofis of the day.



bersama geng-geng POPP *nama panjangnya tak payah la sebut kat sini. bahah* kurang aizat sorang. mana ntah dia pergi. sibuk manjang dengan VIP dia.



selfshot!!


pergi tu naik bas ofis. balik pulak, balik sendiri.
sebab kalau nak tunggu mesti lama.
so tumpang maisarah pergi kl sentral.
siap solat semua kat situ.
sempat la jalan-jalan kat nu sentral, shopping mall (tak la baru sangat, tapi baru jugak la last year kan?) yang bersambung dengan kl sentral.
kalau nak ke sini, pergi kat area mc d tu. jalan terusss ke depan.
ada escalator naik ke nu sentral.
and ada papan tanda besar kat escalator tu 'NU SENTRAL'.
so memang akan nampak dari jauh.


pemandangan dari atas.

nu sentral ni banyak tingkat.
4 - 5 tingkat kot macam tu. tak kira pulak tadi.
banyak kedai dan ada juga kedai yang tak bukak lagi.


kedai buah MBG, yaw! colourful!!



tema chinese new year :) ni kedai runcit tai chong. comel kan patung dia? ^^



tanglungs.



me at kedai teh. hihi.


lepas tu ambik ERL balik putrajaya.
settle.
sekian kisah hari sabtu sy.
esok pagi kena bangun pukul 4pagi lagi.. nak pergi ke istana.

toodle-loo!


Thursday, January 29, 2015

kursus

hari ni ada kursus penulisan kertas jemaah menteri.
i had so much fun because i want to learn this in a proper way since last year kot (even though seumur hayat ni tak pernah buat MJM or NJM pun. just tolong touch up MJM NJM orang lain. kahkah)
but i really appreciate the knowledge that i got.
macam-macam dapat dalam masa sehari. great!

**MJM=memorandum jemaah menteri
**NJM=nota jemaah menteri

not much photos.
pemalas lipas nak snap gambar.


getting a new friend. this is baya; a cheerful and friendly one.

i also met dell & cik mima there.
and hazrul. and saw jeva (my husband's friend).
what a small world.

yang anehnya (aneh? bahaha) kursus ni dianjurkan oleh puspanita (national).
rupanya puspanita ada aspirasi baharu untuk keluar daripada stereotype 'leisure club' or 'housewives club' .. and comes up with all great activities; pendidikan, kebajikan, sukan. etc.

tapi kalau program puspanita, harus ada cabutan bertuah.
i think it's their trademark. :D
tapi nombor sy tak dapat pun. *haihs*
but then i got a gift for asking a question to the speaker! (hah, tanya soalan pun dapat hadiah??! itu yang sy tanya kat urus setia bila sorang tu datang hantar hadiah kat meja hahah).
kuiz pun dapat hadiah jugak ok. kalau korang rajin nak menjawab la. hihi
thanks, puspanita kebangsaan! you've been so kind!


my heavy gift. lolx

hisap jari

sy membuat eksperimen selama beberapa hari (tiga hari kot?) tak terlalu attached dengan teknologi.
i mean there's a bit of fb, twitter and instagram, but not too frequent like always.
sebab kadang tu pagi-pagi buta (1, 2 a.m.) bangun bancuh susu ariana, sambung main phone pulak tengok twitter la fb la lama-lama sampai nak ke subuh. *not good!*
but what to do, time tu je masa yang ada untuk surf.
time balik rumah dari ofis, ai bz menguruskan hal rumah lolx

and the result?
tidur yang mencukupi, rasa lebih fresh and lebih sihat. bahaha
andd ada masa lebih untuk buat perkara lain.. i mean quality time rather than duduk mengadap phone.
seriously technology time eats us.
may be akan teruskan lifestyle macam ni.
masih online, cuma tak terlalu attached. hihi

soooo.
ni cerita ariana bariana si penghisap jari.
habit dah kan.
nasib baik la you mempunyai mak yang garang ini.
nak hantar pergi taska pun dia nak hisap jari.
lantas kena tegur dengan sy.
budak ni sekarang bukan boleh.
orang tegur sikit, emosi. *we found it too cute lolx*
kadang kita tak marah dia pun and gurau-gurau je, dia ingat kita marah dia hahaha

first day tu dia menangis ok.
ni kat bawah ni gambar second day.
dia dah ingat yang semalam tu mak dia yang garang tak bagi dia hisap jari...

terus tak dapat hisap jari. ketap mulut je la. haha



sentuh jari sikit kat mulut pun jadi laa. pandai ok budak ni.



virtual thumb sucking namanya. jarak jauh. ahaha



comel betul mama tak bagi hisap jari tapi sebolehnya dia nak letak jugak jari kat situ.



"i'm being nice today, right? can you consider to let me sucking my thumb?" the answer is NO. *gelak ursula* 



sorry honey, but this is for your own good.



duduk je la macam ni, ye. lagi baik :P

tapi kat taska tak tau la dia hisap jari ke tak.
ni dia tengah tidur ni, hisap jari jugak.
nak tarik keluar tak sampai hati.
alahai ariana.. ariana. :'DDD

Monday, January 26, 2015

masak. makan. repeat.

happy monday!

hari ni sy cuti sebab ariana bariana demam.
(now dia tengah tidur sempatlah nak blogging kejap).

oh oh. good news; semalam biras sy, ila dah selamat melahirkan seorang baby girl. (congrats!!)
anak kedua.
now cucu wak nordin (my FIL) dah lima orang, yaw.
5-5 girls. sisterhood! wihihi

entry ni malas nak cerita panjang, mari lihat photos makanan yang telah distokkan.lolx


macaroni goreng.



cucur sayur. yang ni macam kat kedai, tapi sy goreng garing sikit. (sy suka cucur yang garing. bahaha)



rendang ayam express.

alkisahnya ayam ada 4 ketul je. (ayam kampung lagi la saiz kecik ya amat)
husband pulak berdiet tak makan nasi.
tapi sy teringin nak makan rendang. kahkah
jadilah rendang express.
sebab setakat masak 4 ketul je memang tak de la ambik masa berjam-jam.
so some of the ingredients macam bawang tu tak hancur habis pun.
tu yang nampak chunks of shallots bagai kan :'D
tak kisah, janji ada rasa rendang and boleh makan dengan nasi panas. fiu~



ikan kerapu sweet sour. kuah membanjiri pinggan. lolx



kangkung goreng. recently memang suka goreng kangkung. sedap, kot!



lala goreng.

kat pasar, lala dijual dalam plastik. tak boleh beli timbang.
dah la banyak.
kita bukan nak makan banyak pun.
jadi yang banyak-banyak tu sy bawak gi ofis, budak-budak tu masak.


ayam bakar for husband.



daging masak merah yumminess!



ikan bilis and terung tabur bawang cili kicap.

masakan di atas ni jadi tabur aje sebab by the time habis goreng ikan bilis, tiba-tiba gas habis.
greattttt.


ikan bawal masak pedas (tapi tak pedas pun! lolx)



malam semalam punya dinner. kangkung lagi, harap maklum :P



nasi goreng pagi tadi.



bubur ikan+sayur untuk si demam. hihi. fast recovery, nak!

ok lah, that's all for now.
bye!!