Friday, September 23, 2016

keluarga ikea

hahah maksudnya keluarga ni suka pergi ikea.
asyik-asyik ikea, asyik-asyik ikea :'D

so ni kisah minggu lepas.

kitorang pergi dengan tujuan utama nak makan meatballs je.
beli barang-barang tu sampingan.

ariana dan mainan anaqi.

ye, bertuah punya kakak, mainan anaqi pun nak diambiknya!
mainan dia, main sekejappp je lepas tu dah bosan. lolx

kitorang gerak dalam 8.30am macam tu.
so memang sampai awal la.
ada banyak lagi parking.


tadaa!! sampai-sampai cari meja and queue. tu pun queue masih tak panjang lagi.

sekarang kat ikea ada disediakan tupperware,
kot la ada yang nak tapau makanan bawak balik.
sebab sebelum ni kan diorang tak sediakan bekas/plastik untuk tapau.
bekas macam dalam gambar kat atas ni.
yang boleh muatkan 5 ketul meatballs.
mungkin boleh muatkan lebih la, tapi 5 ketul tu macam just nice je di dalam bekas, dengan mashed potato dan jem.
harga bekas adalah RM2.30 sahaja.


ariana memintaku mengambil yogurt strawberry kerana menyangkakannya ais krim. haha



husband dan anaqi. the two guys in our family.



selfshot berjemaah dengan masyarakat ikea :D

kepada peminat pokémon go,
tempat strategic untuk pokéstop adalah meja-meja berhampiran dengan pintu masuk kafe/escalator.
seriously!
ada 2 ke 3 pokéstops kat situ.
ikea dan the curve adalah destinasi pokéstops anda. lolx!

heinz organic food jugak ada dijual di kafe ikea.

ni baby food. bolehlah beli kalau ada bawak baby.
harga sy tak ingat. haha
tapi boleh picit je letak atas sudu. then bagi baby makan.


anaqi seronok dok main penolak stroller tu.


sy memang suka dengan bilik persalinan bayi kat ikea ni.
ada tempat tukar lampin,
ada jugak ruang untuk menyusu baby.
it's very convenient sebab lebih privacy.
tak de lah ko kena nursing baby kat tengah khalayak umum (walaupun ada nursing cover, it still feels odd. bukan semua kat khalayak umum tu faham, especially lelaki).
jadi bilik macam ni memang sangat-sangat memudahkan para ibu dengan anak kecil.

jangan dibawak ariana ni masuk, nanti dibuat mainnya suis lampu tu! lolx



anaqi dan ariana.



tempat tukar lampin. agak bersih sebab menggunakan alas pakai buang.

kalau kat R&R contohnya,
ada jugak tempat tukar lampin kan.
tapi tak de alas.
hari tu masa kat R&R tukar lampin anaqi,
baby di sebelahnya kencing atas kaunter tukar lampin tu.
mak dia lap aje pakai baju kotor anak dia.
lap macam tu je.
so tak berapa hygienic kan.
jadi kalau kita ke tempat-tempat awam tak berlapik macam tu,
pastikan bawak bersama alas menukar lampin untuk anak-anak kita.
jangan ambil mudah je even kalau nampak tempat tu clear.
mungkin sebelum tu ada budak kencing, budak muntah..
mana kita nak tau.
sebab ada orang kan jenis yang sempoi je,
bawak barang-barang yang utama saja macam pampers.
benda lain; bedak, sabun semua tak bawak.
kena fikir-fikirkan jugaklah kebersihan anak-anak.
diorang masih kecil dan badan sedang dalam proses nak membina antibodi.
jadi mudah kena jangkitan.
eh banyak pulak ceritanya.
asalnya nak cerita pasal ikea kan tadi. kihkih
ok sambung! :P


ikea dah tukar deco idea baru!



anaqi duduk diam-diam dalam stroller. dia kalau dah kenyang dan tak mengantuk, mood ok je.



ariana dan kad ikea. ni kat kaunter kad kredit.

satu lagi kat ikea ni,
kaunter dia ada pelbagai jenis.
pastikan berada kat kaunter yang betul.
ada kaunter untuk kad kredit sahaja, ada yang untuk beg kuning sahaja (bukan troli), etc.
elok jugak kalau one day dibuat kaunter untuk OKU, warga emas, perempuan mengandung dan lain-lain yang lebih memerlukan.


helo hai!!

then lepas tu husband beli karipap ikea dan ais krim.
lepas tu kitorang pun baliklahh.

:)

No comments: