Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, September 03, 2016

desa waterpark

happy weekend, everyone!

rabu hari tu, merdeka day, kitorang pergi mandi manda suka ria *lolx* kat desa waterpark.
sebab ada terbaca entry kat blog aty tentang tempat ni (thanks, aty! ^^)
selama ni kalau nak pergi KL memang lalu tepi jalan tu, nampak pintu masuk desa waterpark ni.
ni baru berkesempatan nak try ke sini.

ariana la paling excited.
dia kalau dengar perkataan 'swim', dari rumah lagi dah beria-ia.
dari malam sebelumnya ye, dah sibuk pakai baju renang. HAHA iye, i yem serius! :'D


dari kereta lagi dah sangkut pelampung kat leher. betapa semangatnya. teehee

kitorang sampai sana dalam jam 10.30 pagi.
patutnya hari rabu tutup, tapi sebab public holiday, dia bukak.
and hari-hari biasa, desa waterpark buka lambat sikit.
kalau hari cuti macam ni, pukul 10.00 pagi dah bukak.


"nak swim! nak swim!" kata budak kecik ni. awan tu letak sikit sebab seluar pendek haha

cepat betul meninggi ariana ni.
hari tu husband kata nak belikan seluar panjang sikit, tapi tak sempat.
tiba-tiba je dah hari rabu. lolx
maka pakailah seluar pendek itu buat sementara waktu. :P


masih dengan gegelung di lehernya. hahaha



mari snap gambar dulu!

agak ramai jugaklah yang datang hari tu.
may be sebab hari cuti am kan.
tapi time kami datang, ok lagi sebab awal pagi.
masa tu redup pulak tu. mendung nak hujan.
seronoklah mandi redup-redup ni.


amboi anaqi, kemain ketat muka! :D





kitorang banyak main kat area budak-budak yang ada slide tu.
ketinggian air ada lah bawah paras lutut.
so selamat untuk budak-budak kecik.
husband pun pergi main dengan ariana, bawak naik slide semua.
sy jadi bodyguard anaqi, bawak dia main air sambil dia duduk dalam pelampung dia.
seronoklah dia tepuk-tepuk air.
dia ni pun jenis yang sukakan air.
kalau mandi kat bilik air, kemain tepuk air kat lantai tu.
biasanya kena bagi dia segayung air untuk dia tepuk. bagi dia distracted, senang nak mandikan. hahaha

baru lepas turun slide. sini memang kawasan para ibu bapa. ahax



sy pun bawak ariana turun slides.

macam yang sy baca dalam blog aty, tempat ni memang bersih.
bilik persalinan bersih, toilet bersih, semua bersih.
walaupun taman airnya dah lama wujud, tapi selesa la. dan terjaga.
nak duduk and letak barang pun ada tempat.

lepas tu kitorang ke area landai pulak.
sampai hujung tu semakin menaik la tinggi air dia.
sampai ke 1.5 meter.
ada macam arus menolak ke sekeliling tempat tu dalam bentuk bulatan.
so senang kalau nak naik pelampung dan pusing-pusing.
tapi main dekat-dekat je la, paling-paling pun kat 1 meter tu.
bawak anaqi pusing-pusing.
husband sewa pelampung besar, bawak ariana pusing jauh sikit.


ni antara sesi menepuk air anaqi. bahaha



kapal terbang anaqi.



oh helo!

hari tu banyak zits kat pipi weh.
ni tinggal parut, berapa lama pulaklah nak hilangnya.
redho lagi tabah tunggu nak hilang. ahaha

kitorang tak mandi lama pun, tak sampai satu hari kat sana.
tengah hari macam tu, gerak balik.
sebab lepas hujan kejap, matahari dah naik.
dah panas time tu.
kang demam pulak budak-budak ni.
anaqi nak inject vaksin keesokan harinya.
ke klinik buat kali ketiga dah ni sebab dua kali sebelum tu, dia dua kali demam so tak dapat nak inject.
jadi tak nak lah dia demam lagi, nanti tak pasal kena set appointment lain.
kesian pun satu kalau demam. baru nak sembuh kan.
tu pun telinga dia ada hingus balik sebab selsema kena aircond.
aircond 27 degree je pun.
ok no more aircond for you, little guy.
semoga cepat hilang hingusnya tu.
hingus comes from the nose.
kalau ada dalam telinga, maksudnya telinga dia berlubang la tu.
tunggu tak de selsema, dah kering, baru tutup balik lubang tu.

balik tu, dua-dua budak kecik dah tertidur dengan lenanya di dalam kereta. haha


haha pelampung tak nak lepas tu! :D



mutup pomel anaqi.


then kitorang singgah cyber, makan ayam kampung. yum yum.
sampai bertambah ayam gorengnya.
lepas tu pusing cari pokestop, then balik rumah.

begitulah hari cuti umum kami.

happy merdeka day!

0 comments: