Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, July 26, 2016

molly fantasy, dpulze, cyberjaya

hai hai! assalamualaikum semua.

banyaknya hoi pending stories.
tak pe, kita update satu satu. lolx

sekarang ni tengah musim open house raya.
be it open house perseorangan, open house ofis atau open house peringkat besar-besaran (peringkat negeri or orang besar-besar punya open house).
sebabkan sy ni selalu meninggalkan dan ditinggalkan kereta api *fuahaha*,
makanya cerita open house tu kemudian-kemudian punya entry lah pulak.

kali ni cerita bawak budak-budak ni bersuka-ria, berjimba-jimba. haha
kisah dua minggu lepas punya weekend ;)

kat the chicken rice shop, dpulze mall, cyberjaya.

so dalam dua minggu lepas, kitorang ke dpulze mall, cyber.
time-time baru lepas raya.
time-time kesengkekan duit jelas terasa. T_T
*syukorr gaji dah masuk semalam. lolx*
nak makan and bawak diorang ni main je.
sebab tempat ni tak ramai sangat orang.
selesa je nak berjalan-jalan.
dia punya feeling tak ramai orang tu macam kat subang parade zaman sy kecik-kecik dulu kot.
ada orang, tapi tak sesak.
so tempat main pun samalah kat molly fantasy tu.
biasanya kalau kat aeon mall tempat lain, packed gile kot.
sini parents boleh bertenang la, boleh nampak anak kat mana sebab tak ramai sangat kan.


with ariana. suka dia makan wantan mee dengan pai tee.

so lepas makan tu bergeraklah kitorang berempat ke molly fantasy.
bayar RM10 untuk ariana, lain-lain kitorang ni semua free.
tempat ni tak sebesar cawangan kat tempat lain, tapi sufficient enough dengan crowd yang tak ramai.

anaqi pun enjoy jugak main, since dia dah boleh merangkak & duduk lite-lite. hahah



paling dia suka; naik kereta.

alah yang kat rumah pun ada kereta mainan kecik yang boleh naik tu kan.
ke hulu ke hilir ariana bawak.
dah la dia dah membesar, kaki dah panjang.
terkontang-kanting mengayuh kereta tu hahaha
tunggu lah ada rezeki lebih (dan kalau dah ada rumah berlaman) nanti kita beli kereta mainan yang letrik tu ye.
sementara tu ko main je la kat molly fantasy ni. hihi


mak bapak dan adik lepak kat sini je la, tak larat nak mengejar kereta ariana. hahah (aksi akrobat apa kat belakang tu???) :D



main kat kedai buah pulak.



blocks pun ada. tengok tu, tak packed kan. selesa nak main.



ni pun dia suka main. masuk dalam, tolak-tolak. kalau ada budak lain masuk, ariana yang tolong tolakkan.

lepas-lepas tu ada masa untuk mewarna pulak.
akak yang kerja kat molly fantasy bagi budak-budak ni kertas dan warna.
ariana kejap je warnanya, lepas tu sambung main.







anaqi menaqi pomel pomel hahaha



nak jugekkk :P

ni second time la datang sini.
kat luar tu ada arcade.
masa first time datang tu, sy try la mesin kaut mainan tu kan.
2 ke 3 kali macam tu.
tak pernahnya dapat.
asyik slipped je and mainan jatuh balik. geram betul.
penipu mesin ni *ayat orang tak dapat HAHA*
so second time ni mintak husband top up kad (kat molly fantasy ni pakai macam debit card),
sy pergi balik kat mesin tu.
pakai RM1 je.
ehh dapat ok! yang saiz sedang tu.
excited lebih sebab sebelum ni tak pernahnya dapat. hahaha
dapat bunny doll, bagi kat ariana.

lepas tu baliklah kitorang berempat.
lepak kat rumah pulak. haha


bawah ni pulak tumpang gambar pergi ikea hari tu.. masa anniversary ikea ke-20.
jem gila kereta kat luar ok.
semua datang nak sambut anniversary ikea.. hahah.
yelah ada benda-benda yang boleh dapat diskaun kot.
then ada contest, clown, belon, popcorns semua.

ariana yang takutkan clown. suruh bergambar pun punyalah jauh dia duduk. tundukkk je bawah. haha



our dream kitchen. 2 kali datang sini, 2 kali masuk nak tengok dapur yang sama! AHAHA. dasarr.


:P

ok lah tu je.
nak sambung buat kerja. bye!

0 comments: