Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, July 16, 2016

game of thrones



akhirnyaaa.
berjaya tengok 'game of thrones' dari first season sampai sixth season!
(sixth season adalah yang latest pada tahun ni. sambung next season tahun 2017 pulak)

walaupun sebelum ni tak pernah follow dari awal,
tapi berazam dah lama nak download and watch em all.
because if i love 'lord of the rings', i'm surely will love this one too.
cumanya kena ambik masa yang lama untuk tengok lah *i don't mind. haha*
and ada baaaanyak characters dan banyak jugak characters yang mati, termasuk watak-watak utama.
macam tu kot zaman dulu,
walaupun ko watak utama, kalau dah asyik berperang bunuh-bunuh,
someway somehow ko akan mati jugak.
make sense enough.

dan cerita ni ruthless habis.
kalau kena bunuh sampai pecah usus,
usus tu lah yang menempek kita nampak kat skrin.
same as kalau kena beheaded ke apa. tak de censored ye.
baby kena bunuh ke apa, memang diorang buat real tak ada kisah di awang-awangan semua watak utama terselamat. tak ada maknanya.

dan diorang ni banyak puak, banyak kepercayaan, banyak Tuhan.

so as the seasons and episodes go,
sy dah semakin dapat digest kemungkinan-kemungkinan sesiapa pun boleh mati dalam cerita ni.
lolx

it also has dragons!


dan kepelikan macam tempat menyimpan wajah-wajah orang (many-faced god). and many more.



ALERT : THIS MAY CONTAIN SPOILERS FROM THE SIXTH SEASON.


review ringkas saya tentang season 6 dan penamatnya;
verdict : amat berpuas hati. lolx

antara beberapa scene yang menarik dan ditunggu-tunggu :


1. jon snow hidup balik!

ye dalam season 5, seorang watak utama bernama jon snow, lord commander of the wall (kalau anda tak pernah tengok dan tak pernah kenal) dah mati kena bunuh dengan pengkhianat di kalangan orang-orang dia sendiri.

tetiba dalam season 6 dia dihidupkan balik weh!

saat jon snow mati kena stabbed berjemaah.


2. arya stark balas dendam - berjaya bunuh walder frey!

dalam season 3, mak dan abang kepada arya stark ni telah dibunuh oleh keluarga dan pengikut frey dalam satu jamuan perkahwinan di rumah frey sendiri (they call it the red wedding).
tengah seronok-seronok berpesta makan-makan, kena slit throat ko, jahat betul.
ni kes dikhianati jugak ni.
konon family friend, rupanya filth.

akhirnyaaaa dalam season 6 ni arya stark berjaya balas dendam dan slit throat si tua ni.
padan muka kau.

arya pakai topeng & menyamar, sebelum buka topeng dan reveal wajah dia kepada walter frey.


3. ramsay bolton mati digigit anjingnya sendiri!

ni agaknya saat yang ditunggu-tunggu semua.
ramsay ni jahat gile weh. saikosis jugak.
dia enjoy bunuh orang, skinned kulit orang hidup-hidup, even baby (adik tiri) dia sendiri pun dia bunuh sebab nak kuasa kat dia sorang je.
dia kahwin dengan sansa stark (kakak arya) dan layan teruk la.
in the end, sansa revenge balik, menang war sama-sama dengan abang dia jon snow (abang tak sah taraf) dan biarkan si ramsay ni mati kena gigit dan kena makan dengan anjing dia sendiri.
padan muka.

sebelum kena gigit muka. hah!


4. high sparrow (ketua fanatik agama) dengan pengikut-pengikut fanatik semua mati kena letup di the sept of baelor (nama makan suci tempat berkumpul).

walaupun sy tak suka watak jahat macam cersei lannister,
tapi revenge is always sweet. bahaha
cersei ni as being told, watak jahat ye.
dia queen. married to king robert (dah mati).
bersekedudukan dengan abang kembar dia sendiri, dapat anak-anak yang kononnya anak dia dengan king robert.
tetiba muncul fanatik agama ni kat bandar diorang.
teruk jugaklah diorang punya hukuman semua.
to cut story short, cersei kena hukum dan dimalukan di khalayak umum.
masa tengah nak tunggu perbicaraan kat sept of baelor, cersei tak datang pun.
rupanya dia dah plan nak letupkan semua orang dalam tu.

zaman tu tak ada bom. diorang panggil ni 'wildfire'.


best thing season 6 ni, more to girl power! lolx
walaupun watak jahat, last sekali cersei diangkat jadi queen lepas anak dia, king tommen bunuh diri terjun tingkap.
habislah engkorang semua,
reign kekejaman cersei akan bermula.

queen cersei.

selain cersei, girl power jugak seperti watak-watak daenerys targaryen (mother of the dragons), yara greyjoy, lyanna mormont (kecik lagi tapi dah jadi ketua and fierce gile!), sansa stark, arya stark. hahah

farewell sixth season.
lepas ni tinggal 2 seasons je lagi.
dengarnya overall ada 13 more episodes *alah sikitnyaaa!!*

sambungan nanti adalah war antara daenerys targaryen dengan the lannisters.

next; the real war.. dengan the white walkers (tentera mati. zombies la ni kiranya).

scaaary!

kbai! :D


3 comments:

Nabila Syifa says:
at: July 18, 2016 at 1:33 PM said...

menarik ni

Azfar says:
at: July 18, 2016 at 4:10 PM said...

eww

wani ezryl * says:
at: July 19, 2016 at 3:56 PM said...

nabila^ hai nabila. kalau rajin bolehlah tengok. kalau kumpul-kumpul dah 60 episod semuanya. hihi


azfar^ haha too fantasy-ish for you? :P