Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, July 15, 2016

jalan-jalan lepas raya!

ICT - sotong celup tepung kat warung pok mang.

ahha salah satu aktiviti kalau kat KTcity,
(selain ke kedai payang),
apa lagi kalau bukan makan ICT (ikan celup tepung).
ni dah raya kelima.
yang ICT pok nong kampung teliput tu tak bukak lagi.
so let's ke pok mang.
pok mang ni sentiasa ada dan tak la ramai sangat orang.
location kat jalan belakang lapangan terbang.

kitorang dari kampung tok,
ke KTcity bermalam 2 malam.
sebab nak pergi beraya & the second day tu ke kedai payang.

1st night stay kat ming star hotel (macam biasa, haha)
sebab senang nak basuh baju.
bawah hotel tu ada laundry layan diri.
malam memang sesak.
so pagi-pagi sambil breakfast kat bawah boleh buat laundry.

lupa kitorang ni berempat,
ambik bilik 1 katil queen.
hambik kau berhimpit masing-masing. lolx

jadi yang 2nd night, tidur kat batu burok beach resort pulak sebab nak dekat dengan pantai.
kali ni pilih bilik yang katil family.
rapatkan katil queen dan single. muatlah 4 orang.


kat batu burok beach resort.

time tu dah naik zit hoih kat tepi kening tu sebab makan seafood.
lepas-lepas tu naik lagi 1 kat pipi.
akibat sangat. hahaha

lepas beraya-raya, malam tu bawak ariana and anaqi ke pantai.
ada horse! arianalah tu, sibuk je "horse! neigh~ horse! neigh~" 10 kali sebutnya.
bawak dia naik pedati 4 round.
2 round dia charga RM3 kanak-kanak, RM5 dewasa. anaqi free je. ok lah tu.

banyak jugak pedati berkuda kat pantai batu burok ni. petang ada, malam lagi cantik sebab ada lampu-lampu.



tengoklah betapa excitednya makcik ariana. hahah



anaqi seperti biasa, bermuka selamba dengan gaya duduk ekspatriat kahkah



budak yang kegembiraan naik pedati kuda.

lepas habis naik tu kami pat pat dan gosok perut kuda,
say thanks sebab sudi bawak kami jalan-jalan.

raya ke-6 kitorang gerak ke genting.
yang ni dah book awal bilik kat hotel theme park first world.
ala hotel yang dari luar nampak warna-warni tu.

rupanya diorang ada construct bilik-bilik baru kat tower 3 (baru jugak).
lebih modern design.
nicelah, walaupun hotel ni terkenal dengan bilik-bilik kecik. haha
tower 3 hujung sekali kalau dari lobi utama.
berjalan kakilah sikit.
tapi tak pe, yang penting dapat bilik baru. kakaka


yang ni ambik bilik family jugak.

kat genting ni bilik tak ada air cond,
sebab dah sejuk semulajadi.
tu pun malam kitorang tak bukak kipas.
sejuk kot!


bilik air dia seperated dengan tandas. kecik aje, tapi lawa. design moden.



tv pun dah flat. hahah (betapa lama tak ke genting kan)



ni dalam lif di tower 3.



lobi bawah di tower 3. nak ke main lobby kena jalan sikit.

tapi kitorang parking dekat area tower 3.
and sekarang sistem check in check out dah pakai mesin.
so bila nak check out tu tak payah jauh-jauh ke lobi.
check out kat mesin dekat-dekat tower 3 tu je.


kat luar tower 1. dia macam indoor, so malam ke siang ke memang macam malam kat luar ni. berlampu saja.

malam tu bawak ariana jalan-jalan kat timesquare (mall dia).
tengok-tengok dulu.
esok baru nak datang balik untuk main kat indoor theme park.

bagi yang tak tau,
genting sekarang tengah buat massive construction kat bahagian luar (outdoor theme park).
akan buka semula on 2017.
so for the meantime, hanya indoor theme park je yang buka.
bolehlah bawak budak-budak kecik main kat indoor.
banyak games yang sesuai untuk diorang.
untuk remaja, better tunggu yang outdoor punya siaplah.

ariana kat luar toy store.

bergambar je la ye, ariana.
nak beli, mahal-mahal barang kat sini.
bola kecik yang bouncing tu pun dah RM10.
kat luar RM3 pun dapat.
nanti main-main kejap je pun.
so better beli kat luar genting je lah.


view kat dalam mall dia. ada terusan. lawa!



ni view dari bilik hotel kitorang. nak tunjuk yang kat belah kiri tu lah tengah buat massive construction sekarang ni.



duduk atas sekali, kat tingkat 28. punya besar tu ha nombor 28 kat dinding :P


pagi esoknya tu minum-minum dulu dalam bilik hotel sambil makan chips & kacang yang dibawak.
dalam pukul 10am lebih macam tu turun bawah untuk ke indoor theme park.
sebelum tu isi perut dulu.
makan brunch terus sebab makanan mahal HAHA
beli nasi ayam kat kafe bawah,
harga sepinggan dalam RM17 ke RM18 (update : RM20.50) macam tu.
kopak macam ni kalau duduk sini makan hari-hari :'D

milo tu pulak dalam RM7 (update : RM7.50). despite that, nasi ayam dia sedap. lolx



"macam makan kat UK," ujar husband. kahkah memang mahal, tapi redho dan tabah je lah :PP

yelah, malam sebelum tu makan kat kedai noodles,
makan mee wantan dengan ayam je pun, dah nak dekat RM50.
estimate 1 kali makan memang dalam RM50 for two persons plus one (ariana).

lepas makan pagi, kitorang terus ke timesquare dan beli tiket.

nampak tu anaqi. dia tak hisap jari, tapi hisap mulut. brilliant sangat ko ni nak, ada-ada aje idea dia. hish. lolx



naik ride. see who's the happiest of them all. :D



naik ulat bulu pulak.



marry-go-round.

time kitorang datang ni tak ramai sangat.
tapi menurut budak yang jaga ride, hari raya hari tu ramai datang.
mostly dari indonesia dan india.
cuti sekolah lagi la sesak. beratur sampai ke belakang, sejam baru dapat naik ride.
kitorang datang ni tak yah beratur pun sebab tak ramai.


ada la few rides. dapat tengok view dalam timesquare.



kali ni ada show ultraman.



teman ariana naik ride sekali lagi. husband tunggu kat bawah dengan anaqi.



view bukit-bukit dari hotel. berkabus dan sejuk!

lepas habis main tu, kitorang pun baliklah ke putrajaya.
had so much fun.
beraya pun ye, berjalan pun ye.
perjalanan tak penat sangat sebab singgah-singgah dan bermalam sini sana.
boleh recharge energy la.

hari rabu cuti lagi, settlekan basuh baju.
which is tak banyak sangat sebab malam selasa tu sampai-sampai rumah terus basuh 2 loads.
lepas tu dah ada yang siap basuh dan lipat daripada laundry layan diri hari tu.
jadi tak de la penat sangat lepas balik beraya.
lain kali boleh amalkan macam ni. haha

oklah sekian saja kisah jalan-jalan.

cya around!

3 comments:

Mohamad Iskandar says:
at: July 15, 2016 at 10:27 AM said...

ICT Pok Nong = Kg Mengabang Telipot (Kg MatYie LOL)
Hotel menginap = First World Hotel (Bukan Hotel Theme Park)
Harga Nasi Ayam = RM20.50
Harga Milo Panas = RM7.50

Kihkih

Nabila Syifa says:
at: July 18, 2016 at 1:33 PM said...

cantik permandangan

wani ezryl * says:
at: July 19, 2016 at 3:58 PM said...

isz^ thank you, error's being amended. ekeke


nabila^ cantik kan. kabus2.