Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, July 28, 2016

eat in at ours

salam everyone! :)

squeaky clean.


haa berkilau tak berkilau tak :'D
ni pemandangan bila balik dari ofis last week.
husband cuci habis rumah and susun-susun perabot biar ada ruang dan nampak luas sikit.
sebabnya kitorang nak buat makan-makan family.
bukan open house ye.
tak dan nak buat open housenya, rumah pun kecik tak muat semorang nak masuk dalam. haha
(tapi kalau nak datang beraya, holler je lah) :D

tu pun tak jemput semua,
just family sy dan family in laws.
dan aunties sy yang singgah sebab kebetulan beraya dekat-dekat area sini dan nak jumpa tuah (my new nephew) ^^

sy ada table beberapa cadangan kat husband, main menu apa nak masak.
husband favour soto ayam.

tetiba wani e pun mengenang the one time and only dia pernah masak soto.
kahkahkah
kenapa jadi the one time and only?
sebab renyahnya weh nak buat soto ni.
kemain banyak bahan-bahannya.
apa-apa menu yang ada condiments ni memang renyah wui. laksa lagi la. haha
tapi sebab husband nak, kita on aje.
tapi kena ada helper (note : husband).
den buat sorang memang lotih and tak sompat.

disebabkan tak sempat (and malas jugak. kihhh), sup dia pun sy beli pes segera je.
cuma tambah jugaklah bawang-bawang dan rempah sendiri.


makan-makan hari sabtu, tengah malam jumaat dah start buat adunan begedil.

and sebab peti sejuk kecik,
kita buat adunan je dulu.
keesokan harinya baru kepal-kepalkan jadi bulat.

buat begedil ayam, sebab udang kering adalah bisa and zits-prone. lolx

RESIPI BEGEDIL AYAM:
-kentang dalam 7 biji (tapi ni saiz besar gile. kalau saiz biasa may be 10 kot. dalam 1+ kg kentang la)
-ayam cincang yang dimasak dulu, letak garam sikit
-daun bawang & daun sup cincang
-bawang goreng (beli kat pasar putrajaya kat kedai sayur. sedap gile bawang goreng ni)
-lada sulah sikit
-garam sesedap rasa (ajinomoto is a no-no :P)
-telur untuk celup dan goreng

tak sempat nak tangkap gambar hasil begedil yang upclose. hahah
sibuk sepanjang hari tu.



ni ha sup soto tengah menggelegak dalam kuali.

kuali paling besar kat rumah pun tak besar mana,
so 3 kali masak sup.
flusk untuk letak sup, pinjam daripada kawan kat ofis. hahah
lepas tu beli pes tak cukup, ye.
beli 2 je.
so the third round punya sup tu, buat sup sendiri je.
taram je la. haha

sy katakan yang buat soto ni renyah sebab kemain banyak benda ko nak kena buat :

1.sup dia
2.rebus nasi impit (in this case, masa dijimatkan dengan beli aje kat kedai sate HAHA)
3.rendam mi hun
4.buat adunan begedil, gentel begedil, goreng celur dengan telur satu-satu
5.goreng suhun
6.goreng kacang
7.goreng ayam, carik ayam
8.goreng cili api dan bawang putih, blend dengan kicap untuk cili kicap
9.potong daun bawang dan daun sup
10.beli bawang goreng heheh (tapi ada yang rajin nak goreng sendiri. tabik la wehh)


so mungkin ni the second time and only sy buat soto ayam HAHAHA
*tengoklahhh* :P


beli cempedak madu kat pasar, goreng sikit. manis cempedak dia.

majlis makan-makan start pukul 5pm sampai ke malam.
faliq datang bawak kek, mama datang dengan abah and harith, bawak mee goreng.


pemandangan keluargaku. hihi. tu tuah tengah duduk dengan faliq.



jemputttt.



ni lah dia our humble spread. sate tu beli aje. kedai dekat dengan rumah. sate hj samuri.



husband dan anaqi menaqi.



ain, faliq, tuah & mama.



ehhh harith pun ada :P



abah tengah basuh tangan.



BILs and birasku. ibal, faiz, ina. yang kecik comel tu inara.



faliq's little family.



my aunts; cik arah, cik mah. sebelah tu bukan. hahah. tu mama sy :)


terima kasih semua yang datang.
your presence means a lot.

elok sangatlah tu buat hari sabtu,
malam tu berehat serehat-rehatnya.
husband demam the next day. so sambung rehat. haha
ni belum buat open house lagi.
kalau buat open house harus terbongkang kitorang afterwards kihkih

till then!

0 comments: