Wednesday, March 25, 2015

meeting kelab sukan

biasanya kat ofis-ofis mesti ada kelab kebajikan dan sukan kan.
ofis sy tak terkecuali.
dan minggu ni adalah hari mesyuarat agung kelab kebajikan dan sukan kitorang.
bezanya kat ofis sy, apa-apa event pun mesti ada cabutan bertuah. ha ha
(dan macam selalu, sy tak de menang apa pun kecuali goodies (door gift) stoking lelaki 3 pasang yang sy pilih sendiri daripada few items. lolx!)

budak-budak bahagian sy memang semangat waja.
meeting pukul 3.
5 minit before 3 dah kosong ofis.
semua pergi dewan untuk mesyuarat agung.

antara yang diusulkan adalah untuk kutip yuran sebab termaktub dalam peraturan persatuan ke macam mana.
sebelum ni free of charge je keahlian.
so untuk buat cukup syarat, diorang cadang la buat kutipan RM1 seumur hidup katanya.
tu cadangan asal.
sy macam.. whattttt murahnya keahlian!
ni kalau kat ofis lama, tiap-tiap bulan kot diorang kutip yuran!
kelab kat bahagian kutip, kelab kat sektor pun kutip.
tapi kat ofis ni......
lepas tu masing-masing setuju pulak tu!
dengan kelab ni bagi goodies free semua.
ramai-ramai nak RM1.
lepas tu up jadi RM1 setahun.
at least bolehlah tampung perbelanjaan kelab *boleh lah HAHA*
RM1 tu pun macam sikit kan.
siap ada dengar orang cakap ok lah yuran RM1 sebab nanti GST.. semua mahal.
jadi memang patut yuran RM1 je. *tepuk dahi*
then ada cadangan yuran RM12 setahun.
fair la kan sebab kira macam sebulan RM1. setahun RM12.
tu pun ada yang mencadangkan lagi supaya bayaran dibuat pada bulan april.
bulan jan - mac tu tak payah bayar sebab baru dicadangkan.
then undi.
ada yang angkat tangan untuk RM12..
masalahnya yang angkat tangan RM1 pun ada!
dahlah dengan cabutan bertuah 60 barang macam-macam.
time raya dapat bubur lambuk 3 kali la dengan kain, sejadah apa semua dapat.
kiranya kelab ni pemurah la banyak memberi.
so apa salahnya ahli-ahli ni contribute sikit.
tak pe la yang penting majoriti nak bayar RM12. haha
starbucks coffee pun dah RM15 kan sekali minum ;P

then usul lain.
ada yang cadangkan untuk buat lawatan ke luar negara.
so jawatankuasa suh ahli cadangkan nak ke mana.
sorang ni angkat tangan.
"ni cadangan daripada kawan-kawan saya sebab diorang semua ni malu nak bangun."
budak ni memang outspoken sikit.
"bali dengan jepun."
semua like.. whoaaa tepuk-tepuk tangan.
jawatankuasa pun tanya "ni untuk AJK ke untuk semua ahli ni?"
"untuk kita ahli la sebab kan dah bayar 12 ringgit."
HaAHAHAHHAHAH selok kitorang gelak.
dengan bayar RM12 dah boleh pergi jepun ha.. mana nak dapat tu?? :P

dah habis meeting, baru cabutan bertuah.
dari sekecik-kecik hadiah macam pedometer (ye ke nama dia macam tu?) sampai ke paling besar tv LED.
pedometer tu memang kecik gila lagi kecik daripada tapak tangan.
macam kotak mentol lampu pun ada hahahaha
(elok la dapat tu daripada tak menang apa-apa langsung macam ai T_T)
then ada benda-benda aneh jugak la (tapi berfungsi) macam beberapa papan pemotong yang banyak dimenangi oleh ahli lelaki.. setiausaha kelab kata boleh buat jadi mouse pad tu HAHA
ada bantal la, mesin buat ais krim, mesin steam muka, bekas simpan beras, beras moghul and banyak lagi. kata 60 hadiah kan.
then habis meeting, makan laksa penang. lolx

sekian kisah ke meeting kelab sukan.

tata!! :P

Sunday, March 22, 2015

my sundayyy

hoahh
penatnya hari niii.
kepenatan lepas balik berjalan-jalan kat alamanda pastu singgah bangi beli makanan kucing. lolx
pergi alamanda tadi pun sebab cari makan (lunch).
pagi tadi husband tolong masakkan paratha.
then tak masuk tengah hari lagi dah lapar balik.
ai bukan boleh kalau lapar sikit je sekarang ni, memang kena makan. haha *dasar black hole! HAHA*
rasa macam nak makan wantan mee.
pergi kat old town white coffee sebab wantan mee dia boleh tahan sedap.
siap dengan ABC gula melaka.. hambik kau. heaven.
gambar tak ambik.
tak sempat. hehe

tapi gambar assam laksa yang ditapau semalam sempat la ambik :P

ya Allah, sedapnya!!

serius, dah lama gile tak makan assam laksa kat kafe lemongrass.
zaman belajar kat univ memang suka pergi mines makan kat sana.
assam laksa dia memang marvelous.. kuah pekat gile and walaupun dah kenyang, tetap la mampu habiskan semangkuk besar tu sebab sedap sangat!

once upon a time, lemongrass ada buka cawangan kat sunway pyramid and alamanda.
tapi dua-dua dah tutup.
tak tau la tak de sambutan ke atau sebab sewa mahal ke. or tak de workers.
tapi assam laksa sedap macam ni tak jual, memang rugiii.

dah la kita ni jarang turun mines.
tapi nasib baik semalam pergi tu, kafe ni wujud lagi. hihi

adoila tengok gambar ni balik pun boleh drooling. *lari jauh-jauh*

so far itu je la aktiviti hari ahad.
hari bermalas-malasan. haha
time-time sy kepenatan, husband selalu la tolong basuh baju, sidai baju, kadang lipat baju pun ada dia tolong. thanks heaps ok. you rock!

dah lah.
nanti sambung lagi.
ingat nak masak rendang ayam hari ni for dinner.
tetiba teringin pulak. kihkih
makan aje kerjanya :P

kid'z paradise



heylo delo, sunday peeps!! *wave*

dah ahad dah?! whatttt---


semalam kitorang ke the mines; nak cari barang.
barangnya ngak ada. tetiba ternampak pulak kid'z paradise ni.
terus melencong masuk. hahaha


time tu fikir, mesti ariana suka ni main kat sini
sebab dia kan pakar melompat pakar terjun memanjat semua ada.
bolehlah dia lompat-lompat dengan selamat.


deco siling.. hot air balloons yang comel!


harga weekend untuk sehari adalah RM38 per kid.
parents masuk free.
tapi kena pakai stoking.
kalau tak de, boleh beli.
since ni first time kitorang datang and kitorang pun tak tahu,
maka pergilah membeli dulu stoking untuk ariana kat kedai baby berdekatan.
kalau nak beli stoking kat kid'z paradise, harga RM4 je sepasang tapi macam besar sangatlah pulak.
untuk stoking dewasa je kitorang beli kat situ.
once ko dah bayar, nanti akan pakai tag kat pergelangan tangan tu.
bolehlah keluar masuk bila-bila nak.


ariana bariana dengan gembiranya main slide.


dia memang suka main slide.
tengok dia main kat playground rumah kitorang pun dah tau.
ai rasa dia ni sukan sukan-sukan extreme la.
menurun daripada mama dia. bahaha
slide tu normal kan.
haa ko tak tengok lagi macam mana dia nak lompat dari atas sofa ke karpet.
tu belum lagi dia panjat meja pastu nak lompat atas kitorang ni.
kita pulak yang mengah nak menyambut. lolx


family selfshot sekali!


nampak tu.
bercahaya je muka.
punyalah happy dapat main kat situ.


tak terkira dah berapa kali dia naik turun main slide ni.






lepas slide turun, wajib terjun ke depan. nasib baik la ada bola-bola tu. hahaha



round and round.

tempatnya agak besar and banyak jugak la permainan.
ada jugak tempat untuk mak pak melepak di tepi.
ada tempat baby salin lampin etc. (boleh menyusu jugak kot kat bilik tu. ntah tak masuk pulak)


melompat is her favourite activity.

lepas tu bawak dia main pasir tipu-tipu. ahaha
pasir ni nampak macam chocolate rice pun ye jugak.
dia jenis yang tak melekat. so tak kotor la.
ramai jugak budak-budak yang main kat tempat pasir ni.





trampoline.
sini insyaAllah semua selamat,
sebab peralatan adalah lembut.
lantai pun lembut.
cuma parents kena ada la untuk supervise.








kemain seronok awak ye, ariana bariana :P

oklah tu je.

bertemu lagi di lain siaran. ekeke

Tuesday, March 17, 2015

koleksi photos makanan lagi :D

2-3 menjak ni mood adalah super malas nak snap-snap gambar makanan ni.
may be sebab masak benda yang sama.
tak payah la nak snap ye tak? kihkih.
(tapi kalau tetiba rajin, akan kusnap jugak)

so kat bawah ni bukanlah photos yang baru sangat.
ni kira berhari-hari yang lepas.
tapi tak sempat-sempat nak buat entry.
hari ni baru berkesempatan. so. xD


mee goreng dibuat bekal.



ikan bawal masak kicap, kobis carrot masak kuah lemak.



sardin sizzling dengan telur.



bubur jagung dalam tin (beli jagung tongkol tapi husband tak ambik lepas timbang sebab tak tau tu kitorang punya jagung. hahaha) tak pe la, sedap jugak.



mixed padprik. sedap walaweh.



mi hun goreng.



daging goreng kunyit ala fynn jamal. ternampak video masak dia dalam instag. kejap aje masak ni.



ayam sweet spicy dan sayur bayam masak bening.


and lastly..
makanan kesihatanku setiap pagi; telur kampung separuh masak (with kicap) and susu. hahaha

serius makan telur tu hari-hari tak yah beli breakfast kat kafe.
kenyang bawak ke tengah hari.
of course berbekalkan pisang seulas.
telur baru 60sen.
jimat duit makan ai. kahkahkah

oklah.
sekian kisah makan-makan kita.
tatahh!

Monday, March 16, 2015

happy birthday, mama!

happy 55th birthday to dear mom!!
may Allah bless your days;
with happiness and healthiness.
with wonderful things and wonderful people (that includes me! hihihi)
with absolute bliss.

have a terrific birthday. xoxo!

-wani



Saturday, March 14, 2015

gala nite



hah asalnya nak cari baju kaler macam di atas untuk tema color block dinner ofis (gala nite).
lawa kan!
warna pastel, yet 'blocking' tu nampak.
tapi macam susah nak jumpa kimono turquoise serupa gitu.
lepas tu ai iz bizi, tak de banyak masa sangat nak attire hunting ni. hahah

last-last jumpa la jugak bajunya.
walaupun tak serupa langsung dengan idea asal.
bolehlah daripada tak de.


snap gambar dulu sebelum pergi dinner. ariana muncol. lolx!



dress ni comel sebenarnya. sebab dia kembang kot. ahax

dress, jaket, seluar, tudung, kasut, purse; semua beli asing-asing.
dengan talent mematching-matching baju yang tak berapa nak ada ni,
akhirnya berjaya jugak jumpa colour block attire yang boleh diterima akal la. haha
tu pun selepas mengaplikasikan *whatttt* teori warna kontra yang dipelajari kat kelas seni time sekolah dulu. bahaha
sy kan biasa main pakai je kalau hari-hari biasa.
kisah apa lawa ke tak kan :PP

kali ni gala nite ofis dibuat kat picc.
ni first time jugak experience dinner macam ni punya happy.
dan first time experience dinner kat ofis baru.
(ye lah boleh consider as ofis baru sebab tak sampai setahun pun kerja kat ofis baru ni).
memang berbeza dengan pengalaman dinner kat ofis lama.
sebab ofis lama kan macam serius habis.
dinner pun serius-serius macam tu. haha
yang ini tak.
semua orang bergelak tawa, bertepuk tangan, bersorak, menteri semua siap naik atas pentas, punyalah sporting.
if ada yang nyanyi kat atas pentas, yang kat bawah pun nyanyi sama macam konsertlah pulak.
memang lain la.
lain padang lain belalang kan.
dua-dua tempat pun ada specialties masing-masing. hihi

taraa! ku dipenuhi belon-belon.

backdrop belon warna-warni ni ada kat luar hall.
kira macam kat red carpet la, orang yang datang akan snap gambar kat sini dulu.
then habis majlis nanti boleh ambik gambar masing-masing yang dah diprint.
tp sy tak sempat nak snap dengan photog ofis;
sampai lambat sebab solat maghrib kat rumah dulu.
time sampai tu orang beratur panjang nak register dan juga queue untuk ambik gambar kat belon-belon ni.
VVIP pulak dah sampai.
so kita masuk je la dewan. ahaha
later baru snap gambar sdn bhd :P


lawa kan! pandai gile orang gubah belon sampai jadi macam ni!



hola!



macam rupa olive, wife poppeye je kan! haha



 

kat depan entrance pulak ada colour block detector.
orang yang pakai baju tak ikut tema,
mesin ni akan berbunyi.
punya la kuat.
tet! tet! tet!
macam bunyi lori treler pun ada HAHAHA
siap ada bouncer yang pegang scanner macam kat airport mat salleh tu.
konon-konon dia scan baju orang yang masuk la.. ikut tema ke tak. lolx


suasana di dalam hall. colourful kan!

dalam belon-belon tu semua rupanya ada nombor2 cabutan bertuah ok.
last-last baru tau.
itu untuk cabutan bertuah grand final punya.


meriah!

so sementara dengar ucapan and everything.
sempat la snap sikit-sikit.









then majlis dimulakan dengan tarian poco-poco, kau!
dah lah ai ni lupa habis step poco-poco.
time berkursus PTD dulu bolehlah ingat kan.
semua orang pun main taram aje la menari HAHA





menu is nasi arab, yaww.

haa gitu rupanya menu dia.
bukak dome, terus ada ayam and kambing golek-golek atas nasi.
kaut je macam tu.
lepas tu ambik sendiri sambal tomato dengan acar dia kat atas meja.
sup, ada waiter hidangkan.
kuih dengan buah semua pun atas meja.
sy tak makan banyak pun sebab baru lepas makan ayam bakar kat rumah.
memang saja makan kat rumah dulu takut kelaparan menunggu.
rupanya tak yah tunggu lama.. terus dapat makan.
haha

then lepas ucapan menteri,
kitorang makan disertai oleh performance by kombo MBSJ.
ada aris ariwatan and sorang lagi female artist diorang.
memang best la.
dah habis makan and kombo,
maka bermulalah persembahan untuk setiap bahagian.
ni pertandingan ok.
ada hadiah bagai.
kitorang masuk suka-suka aje.
plus KSU memang  nak semua orang participate.
hatta bos sekalipun.
so memang meriah la.

yang kelakar tu,
kata MC, persiapan dah dibuat sebulan lamanya.
yelah memang ada bahagian yang berbulan buat persiapan.
kitorang ni seminggu je kot!
memang dasar last minute aje kerjanya hahaha
tapi ada reason ok,
sebab sebelum tu kitorang bizi dengan program bahagian.
time tu musim CNY kan. lagilah semorang mood cuti.
tak pe yang penting seminggu pun, sempat! ahaha








kitorang punya cue nombor 5.
so bersiap-siaplah semuanya di belakang stage.

kitorang buat sketsa mimik.
sketsa mimik ni macam..
pelakon act kat atas pentas,
tapi dialognya dibaca oleh narrators kat bawah.
idea asal cerita by en. yusrie, konsep by me.
skrip asal sy buat, and tolong si imah yang jadi director.
imah and faizul polish skrip jugak.
and others berlakon atau jadi narrator.

memang teringat time DPA la.
sebab kitorang pun dulu ada buat drama-drama jugak.
time tu p.ramlee drama la lebih kurang.
tu pun sy in charge buat skrip untuk nujum pak belalang. AHAHA
hantam saja la labu.

yang ini memang nak kena buat skrip yang ada punch line.
lepas tu imah and faizul tolong polish lagi la bertambah punch linenya.
sebab nak buat cerita untuk gelak-gelak kan.

alhamdulillah audience memang gelak gembira ria la.
yang penting semua terhibur. hahaha





watak utama ni.. matt.









sempat snap gambar sebelum kitorang punya turn.



sempat lagi tu selfshot dengan imah and boss sebelum start.








tak ada nervous apa pun.
have fun aje.
lepas habis kitorang, turn bahagian lain pulak.
sebelum tu ada cabutan bertuah 1.
memang tak naik nombornya macam biasa. ahahahaadjdgeldqwkfwdg


zapin fusion.



nasyid. best ni, dapat no.2.


then ada pertandingan kilauan kwp,
finalist karaoke hari tu berentap gitu.

last sekali barulah penyampaian hadiah and anugerah anddd cabutan bertuah paling paling final.

ada anugerah untuk selfie ok.
nah tengoklah sendiri. xD

anugerah pakaian paling glamour (wanita).

time datang tu kena cari badut yang pegang monopod ni and ambik gambar dengan dia.
untung-untung terpilih and menang.
gitu. :D

anugerah pakaian wanita feminin.



anugerah pakaian paling glamour (lelaki). dia pakai macam pak arab fadang fasir gitu.



anugerah pakaian lelaki maskulin.

and ada jugak 5 pemenang untuk anugerah selfie syok sendiri.. ahaha.
yang best tu KSU johan ok!
selamba je kan rupanya hihihi

KSU wins!


cabutannnnnnn
(which sy tak menang la kan)
KAHAHA
uhukhuk



then diorang umumkan pemenang untuk persembahan bahagian.
surprisingly kitorang menang no. 3!
hahaha.
main-main macam gitu pun menang.
alhamdulillah.
boss pun nampak sangat happy.
walaupun at first boss cakap tak yah expect nak menang ke apa yang penting buat aje.
dapat piala and duit RM800.


boss as wakil naik atas ambik.
mula-mula boss pandang kitorang suh pi.
kitorang suh boss pi la sebab penaung kan. hihi
kita ni belakang tabir aje. :D








sempat snap sekali dengan piala. bahahaha

majlis habis around 12.30am macam tu.
mengantuknya jangan cakap la.
tapi sampai rumah tu tak tidur terus pun.
lapar balik kottt.
masak roti paratha dengan sardin hancur. hahaha
pukul 2am makan lagi :P
lepas tu baru tidur.
tertidur sebenarnya while tengok movie 'into the woods'.
tak habis tengok lagi dah tertidur.
hahaha

k lah tu je kisah dinner kitorang.
sekiannnnnn!! XD