Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, June 09, 2014

the kitchen's tale

wah musim panas dah bermula!
*bukak peti sejuk, makan tembikai manis*
ok itu tipu.
tembikai baru je habis. haha

tapi serius cuaca berbahang je sekarang ni.
lepas mandi pun rasa nak mandi balik.
bergelen air minum.
pagi tadi bangun tidur, rasa macam baru kebah demam.
sebab panas sangat agaknya.

entry ni bukan pasal cuaca panas pun..
saja mukadimah tak de kaitan. wahaha
ni antara gambar makanan yang sempat snap.
gambar sebelum-sebelum ni.
 

first time masak ayam percik kuah kuning.

ayam percik kuah kuning ni biasanya resipi pantai timur.
mama sy pun kalau buat ayam percik, kuah kuning.
tapi sy punya ni kuning sangat.
terlebih kunyit gamaknya. HAHA


menggunakan pemanggang ajaib happycall yang baru dibeli kat langkawi hari tu. xD



senang pakai pemanggang ni. letak ayam, nyala api. haha
kuali tefal yang beli dengan harga murah hari tu pun dah berjaya dirasmikan.
huahaha
guna yang frying pan,
yang pan kecik tu belum guna lagi.

masak macaroni goreng.



macaroni goreng close up.

ada satu hari tu pulak tengok banyak bahan-bahan dah tak de dalam fridge.
nak masak lauk untuk nasi tak lepas.
jadinya buat mi hun hailam je.




the hailam's. lolx


sekian gambar makanan :P

0 comments: