Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, April 28, 2014

my monday

assalamualaikum, semua.

hari ni balik rasa letih la hoih tak tau kenapa.
may be sebab tengah hari keluar makan dengan kawan-kawan (lupa nak snap gambar)
cuaca panas berdenting.
duduk ofis mengadap laptop.
petang hujan lebat macam petang-petang yang lain *lovelove!*
tapinya kereta semua slow la and sampai taska lambat.
sampai taska ariana, nak bayar yuran bulanan,
owner taska tengah solat. tunggu sat.
husband pulak tertinggal kunci rumah, menunggu la dia kat balkoni. hihi

so balik rumah rasa lapar + letih.
tapi letihnya lebih lagi so kelaparan dibiarkan seketika.
cakap dah kat husband,
"abang tolong masak la. apa-apa pun boleh. tak larat nak masak." *terkelepek*
dia pun samanya cakap nak demam.
tapi gigihlah dia bancuh telur dadar dalam mangkuk.
last-last dua-dua tercollapse. haha

lepas bangun, mandi, solat and segar-segar,
around 8++malam barulah sempat nak masak.
dah ada tenaga balik dalam pada kelaparan tu.. lolx
husband time tu tidur. penat jugak. dengan nak demam.
telur yang dia bancuh ada lagi dalam mangkuk tak digoreng.
so sy gorengkan dan masak ayam sambal hijau.
lepas dia bangun dalam 9ish, kitorang pun makanlah.


ayam sambal hijau.

ni dah gain tenaga ni bolehlah tengok movie sat lagi.
haha.

0 comments: