Saturday, April 12, 2014

tudung stuff

dari semalam lagi bila baca timeline twitter,
ramai bercerita tentang tudung.
ingatkan pasal isu celeb buat statement kurang bijak kat tv pasal pemakaian tudung (ye berlaku semalam. lolx)
katanya jaga solat tu lebih penting.
ye. jaga solat. pakai tudung. pandai betul menyimpang cerita. haha

just ignore it.
statements macam tu selalu ada.
bila tanya soalan pasal tu kat celeb,
macam-macam jawapan keluar.
quite an entertainment,
tapi tah apa-apa tah jawapan depa.
baik diam je kan daripada cakap bukan-bukan.

rupanya kat twitter (or mana-mana media) sibuk bercerita tentang tudung..
hari ni baru sy tau cerita sebenar. HAHA ketinggalan sungguh.
sebab hari ni bukak facebook and terbaca.
pasal isu pemilik tudung fareeda yang superfamous *paling famous adalah layered tudung diorang*,
bila ada rampasan dibuat kat penjual-penjual tudung yang jual tudung sama pattern dengan fareeda.
so ada yang tanya kenapa nak rampas, tutup periuk nasi orang lain.
then ada pembeli yang cadangkan supaya fareeda turunkan harga tudung.
so kat facebook fareeda pun jawablah yang harga tudung takkan diturunkan. sila tengok kemampuan diri. (sebenarnya bukan pemilik yang reply pun, biasanya page ni ada admins yang replykan).
then semua orang dah salah faham ingatkan pemilik ni keluar statement angkuh sebab cakap macam tu.

the three layered tudung.

kalau the boys;
diorang selalu cakap tak faham kenapa perempuan suka beli belah tudung sampai beratus-ratus.
dan ye, tudung fareeda memang harga ratus-ratus.
tapi kualiti puas hati la kan.
sy bukanlah pembeli atau peminat tudung fareeda.
sy kalau tengok tudung harga RM79 pun dah terkejut.
i owned tudung from everywhere. pasar malam, kedai-kedai biasa, booths..
tudung fareeda ada la sehelai. itu pun mama hadiahkan :) *thanks, mama!*

point is,
kalau harga tudung fareeda ratus-ratus,
fahamilah yang target customers diorang adalah daripada golongan yang mampu beli ratus-ratus.
jenama yang hi-end.
macam chanel, LV semua tu la contohnya.
so sekarang tudung pun ada yang macam tu.
nak beli ke tak, pilihan masing-masing.
ikut kemampuan ke tak, pun masing-masing.
kalau ada yang sanggup buat OT kumpul duit nak beli tudung mahal, sila lah.
yang sanggup cut off bajet makan sebab berazam nak pakai tudung berkualiti + selesa + mahal, pun sila.
bab rampasan tudung,
tak boleh nak kata apa kalau fareeda dah dipatenkan.
bila dah ada hak paten, ketahuilah bahawa sebarang bentuk peniruan boleh didakwa.
they might pay some amount of money untuk patenkan produk diorang.
tu yang bila ada pihak lain tiru, tindakan terpaksa diambil.
sy bukan sokong diorang,
cuma kena faham konsep IP (intellectual property).
mungkin tak nampak dengan mata kasar IP ni.
tapi bila ada peniruan, sama la juga kekdahnya macam mencuri. kena diambil tindakan.
jadi kalau yang ngamuk-ngamuk kat media sosial mempersoalkan kenapa rampas tudung, kenapa tudung mahal sangat, kenapa page pemilik fareeda cakap sila ikut kemampuan..
tak payahlah nak mengamuk sangat.
banyak lagi benda penting boleh diamukkan. lolx

meanwhile, ada alternatif untuk yang nak tudung murah.
contohnya tudung cotton jenama kangaroo masih ada yang berharga RM5.
cantik pun cantik.
siap dual tone lagi. ;)

end.

5 comments:

_nuratikaajiz said...

yeah,tudung kanggaroo lagi labuh.hehehe,bukan apa.fareeda dan tudung indon seangkatan dengannya terlalu pendek *it is just my opinion lol*

Anonymous said...

Husband aku boleh lah pulak buat perbandingan antara tudung tu dengan seluar levi's beratus-ratus... pastu suh aku komen perbandingan dia... tak kuasa aku nak layan... hahahaha

wani ezryl * said...

tudung kangaroo back to zaman kegemilangan tudung2 bawal kan. haha. tudung fareeda ni byk saiz, tp yg menonjol & org suka adalah yg saiz S. tu yg depa label tudung fareeda semua singkat, walaupun ada jgk koleksi tudung labuhnya (xsefamous yg singkat kot).

syira said...

kite pakai je apa jenis tudung, asalkan cantik dan mampu milik

wani ezryl * said...

raja^ tudung dengan seluar jeans benda berbeza ok! hahaha. still, sy pakai seluar jeans diskaun 70%. biasanya dalam RM29-35. lolx

syira^ kan. yg pirate pun xpe asalkan lawa and murah. haha tudung pun ada pirate. ingatkan DVD je :P