Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, April 22, 2014

wani and her food

hello, peeps!
*amboi mat salleh sungguh*

hujan mencurah-curah turun di putrajaya.
sampaikan saya basah lencun balik daripada meeting di luar sebab parking luar building.
ni jenis yang lebat gile gile siap petir every second. fuh.
and on the way balik ke rumah, banjir, air naik kat tengah-tengah sampai ada yang berhenti di tepi kasi signal emergency.
still, i love the rain ^^
cumanya plan nak ke pasar basah hari ni tak jadi la.
habislah tak ada stok bahan basah.
may be esok-esok pergi beli kat kedai lain :)

ni adalah entry tentang makanan lagi! xD
(ya, i love food besides the rain. muahaha)



stok udang galah, kirim kat kawan husband yang turun sabah. RM30 sekilo.



semalam ambik lima ekor je untuk masak dinner. lima ekor pun dah cukup sebab besar.. haha



jangan jadi besar kepala macam udang ni! :D



taraah! masak lomak cili api la yang paling sesuai! (selain daripada rendang udang galah. hoish drooling!)

memang pedas la yang ini (atau sy yang tak tahan pedas??)
gunakan 17 cili api.
tapi husband relax je makan.
lidah dia dah tepu pedas. bahaha


yang ni masak dinner dua malam lepas. baked macaroni.

saja nak try sos pasta yang baru beli.
jenama leggo, beli kat tesco.
siap ada cebisan bayam dalam sos ni. memang true italian ada bayam HAHA
sos ni katanya baked sause.
so kita campur je sekali dengan macaroni, letak dalam loyang, tabur cheese atas, bakar.
tunggu 20 minit, SIAP! :)
yang ini sy add on ayam cincang dengan terung bakar. saja kasi extra taste. memang sedap!

ni lah dia. macaroni pun lembut. try beli jenama lain pulak daripada yang biasa. biasanya beli san remo.

ok kemudian ni pulak masakan-masakan beberapa hari lepas :

stir fried mushroom. cendawan goreng kunyit, masak dengan bawang hiris & cili api potong. fuh!



sup ayam. makan time musim sejuk macam sekarang ni memanglah heaven. buat cicah roti pun ok.



ni pulak breakfast western. macaroni, ayam bakar oven dan jagung manis rebus.



lala masak lemak, ikan goreng, sayur campur, cendawan goreng.

udang galah bergolek-golek lagi dalam fridge tu..
tak tau nak masak apa.
risau jugak kalau makan banyak nanti zits baru keluar.
yang sedia ada ni pun baru nak hilang.. haha
so harini kita masak daging kunyit dengan ayam goreng je la.
udang esok-esok.
till then!

2 comments:

kaizenDaGreat says:
at: April 22, 2014 at 9:39 PM said...

Mana macaroni bakar untuk ku? Mana?Mana? Hahahaha

wani ezryl * says:
at: April 23, 2014 at 11:44 AM said...

nanti next time kta buat bagi ko pulak. insyaAllah xD