Thursday, August 15, 2013

my raya 2013

greetings!

pejam tak pejam, dah hari kelapan aidilfitri kita.. and wani e baru sempat nak upload gambar raya kan.
sangattt ketinggalan kapal terbang. hahaha

caution : ini picspam gambar raya. walaupun begitu, picspam ini mengandungi awesome photos daripada pengalaman berhari raya wani e di kampung tok nya di terengganu. enjoice!


coklat raya berbentuk ais krim, boleh didapati di rumah shahrin (kawan isz), gong tok nasek, KTcity.

tahun ni sy beraya kat terengganu (toks') dulu, then raya ketiga ke banting (in laws').
ni semalam baru sampai shah alam (parents').

sepanjang-panjang raya ni memang bergantung harap kat porta wifi maxis husband je la, sebab tak bawak laptop. bertwitter dengan phone.
tapi internet connection kat terengganu and banting, dua-dua tak berapa nak berlari. semua mengengsot. FINE. internet suruh beraya. jangan nak mengadap dia je. FINE.


kitorang balik terengganu dua hari before raya (raya hari khamis, kitorang balik hari selasa).
dua kereta.
tahun ni memang semua berkumpul raya pertama kat rumah tok.
so memang mary habis la.

malam kedua kat kampung, macam ni la kitorang dinner beramai-ramai.

malam 1, ada lauk singgang ikan, ikan goreng garing, ayam goreng rempah, sayur campur, kuih.. ada banyak tapi sy tak ingat. ni main dish la. supper makan lemang dengan rendang-rendang. lolx

malam 2 (top photo), ada lemang, ketupat, kari ayam pekat, kepak ayam madu, ayam golek, kuih, etc etc. malam tu mengadap durian.


malam 2 juga aktiviti cucuk sate bermula. yiehha!

the next day adalah hari raya! yeppa!!

tema tahun ni adalah warna oren. untuk family besar pulak, tema warna-warni.


ariana in her orange kurung, on her rocker.

ramai yang datang ingatkan ariana ni baby boy.. wah haha.
dah la baju kurung dia plain macam baju melayu kan. dengan rupa dia yang hensem sikit tu kuhkuh hensem katanya :'D
baju kurung untuk dia limited la, tak de saiz.
yang ni pun siap alter sikit.
mak dia kan excited lebih nak suh dia pakai baju kurung. rofl.


macam ni la keadaan rumah tok lepas solat sunat raya.

tiba-tiba ramai orang datang menyerbu!
memang kitorang tak sempat nak buat sesi fotografi yang proper macam tahun-tahun lepas la.
mana yang dan je.
sebab orang datang berkunjung tak putus-putus.



my first aidilfitri as a mother. :)



ada rupa tak? haha.

tahun ni try pakai tudung gaya hoodie.
hoodie scarf ada dijual siap, tapi yang ni sy beli selendang biasa and buat hoodie sendiri.
pung pang pung pang main taram je pusing-pusing.
nak ikut tutorial youtube, memang tak faham sepatah haram.
nasib baik jadi.


mohon ampun dan maaf pada pagi raya. iklan raya sangat. lolx



tak ada drama air mata ye! :P

start tahun ni patutnya iklan-iklan raya dah stop kisah air mata ni.
everyone said hari raya should be a happy duppy day.
iklan sedih, cerita sedih adalah sangat overrated.
setuju? hihi.


tok yam, ariana, faliq & naqi di tangga rumah.



naqi menunjuk-nunjukkan sampul-sampul raya dia. :P



my guy cous.

gambar para wanita tak sempat sy snap sekali.
time tu sy tengah sibuk nak uruskan ariana.. tukar baju semua. lolx


sy tak dapat duit raya tahun ni, tapi sy memberi duit raya. haha



with my cous, kak gee.



my family, together with my tok yam.

ada gambar dengan tok ki.
tapi dalam gambar ni tok ki tak de. hihi


dengan husband.


tema photos seterusnya; peace, yaww!















memang semua kena paksa buat peace sign la.. hahah
dua tahun lepas kena melompat.



aktiviti pada hari raya; bakar sate.



aktiviti malam raya, tonton tv beramai-ramai di living hall.

bilik memang obviously tak cukup la kan.
memang tiap tahun raya pun kitorang tidur luar. lagi best.
bentang tilam, tidur ramai-ramai kat living hall.
dalam bilik tu biasa untuk pakcik makcik kitorang.


my plate of sate and nasi impit kuah kacang.


hari kedua, kitorang pergi beraya ke rumah saudara and kawan-kawan kat KTcity.
dalam 20-30 minit dari kampung tok.

kat rumah su nong. raya kedua dengan baju electric blue.



tengah serbu makanan kat rumah su nong.



kepok lekoorrrrr. yum yum!

lama tak pekena keropok rebus goreng camni.
sedap!!

lepas habis beraya kat KTcity,
me, husband, ariana headed to kemaman and tidur kat hotel sana.
esoknya baru shoot ke banting.
ala tak tangkap gambar hotel.
hotel first residence, hotel baru gaya contempt yang cune. satu malam RM114 je.

lepas balik banting, lepak-lepak je kat rumah in laws.
kadang keluar beraya rumah sedara-mara side sana.
rumah dekat-dekat je haha. raya pun pakai blouse biasa je.

ok sekian kisah raya sy tahun ni.

tahun depan insyaAllah panjang umur murah rezeki, raya lagi kita. ariana dah boleh jalan dah time tu kot. sekarang pun semangat dia berdiri. kaki kuat bak hang. baru dua bulan tu padahal.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI FROM ALL OF US! mwaxx!!

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya!!!

wani ezryl * said...

selamat hari raya, raja! lagi 2 months!! xP