Thursday, August 01, 2013

my ramadhan

heylo!

hari tu kan beli baju raya ikut warna tema family (i.e : oren)..
lepas tu bila balik rumah try, punyalah hazab nak pakai sebab zip dia pendek.
tersangkut kat ketiak tak boleh masuk. HAHAHA

then pergi kedai tu balik, tanya boleh alter ke tak.
diorang cakap tak boleh. sebab tak de tukang jahit.
ingat nak pergi hantar tailor mana-mana.
tapi ended up sy balik semula ke kedai tu dan mintak tukar dengan baju lain.
siap call bos dia lagi, tuan empunya kedai lolx. bos dia cakap boleh tukar.

so pergi kedai tu balik nak tukar baju lain.
ingat nak cari baju warna oren la jugak kan. katanya warna tema hari raya :P

hah ni dia baju lain kaler oren. lawa kan? :)

tapi sy tak ambik baju tu atas beberapa sebab.
walaupun gorgeousnya lah kan!
tukar kepada baju warna lain *duhh wani, lari tema tu!*
sebab dah tak ada baju lain warna oren. koleksi baju-baju dia limited (walaupun super lawa).

makanya kena pergi baju raya hunting sekali lagi.
untuk cari baju warna oren.. coughcough.

(tak pasal-pasal tahun ni ada 3 pasang baju raya. sungguh tak bersederhana) -_-"


ayam masak kicap bersama kentang.

hari ni husband balik dari kemaman.
masakkan ayam kicap sempena favourite dish dia. hihi
dia dapat cuti 2 weeks for raya. best kan! :)

gambar bawah : burger ayam untuk sahur.
dari time berpantang lagi teringin nak makan burger.
so beli roti, patty ayam ramly, daun salad, mozarella cheese.
siap buat caramelized shallots lagi. lolx
(2 hari makan burger for sahur. semangat tak).


burgerrrrrrrr.



bergambar dengan bunting kedai hot&roll kegemaran sy.
time ni tengah nak pergi tukar baju raya.
hot&roll memang kedai makan favourite (more to gerai/booth kan).
tapi dah namanya bulan puasa, dapat tangkap gambar je la. haha


alamak tak ingat ni juadah berbuka puasa hari keberapa. tapi time ni my mom masak ayam merah super delish!!



hari-hari sy makan tau fu fa sepanjang malam bulan puasa ni. tak tau kenapa. sedap. haha



time berbuka puasa dengan family. gambar orang lain tak ambik la. kitorang tak pakai tudung dalam rumah, jadi tak payah ambik gambar :P



lauk berbuka hari apa eh.. isnin rasanya. nasi beriyani ayam rempah JM beriyani. sedap, tapi harga RM15++. guu.



hari ni aktiviti buat biskut raya. tengah chop kekacang.

dah lama kan tak buat biskut raya ke apa.
tak pandai pulak tu.
tadi buat besar sangat, masuk dalam oven, kembang gila-gila biskut tu sampai melekat-lekat HAHA *tersedak* terpaksa korek dengan garfu sebab melekat kat tray. apekah!!
rasa sedap, tapi saiz failed. T_T

semalam dengan kelmarin pulak buat operasi kemas baju-baju.
gile banyak baju-baju dalam almari!! pengsan sebentar.
last-last terhasillah satu beg sangat sangat besar (beg macam guni tu) berisi pakaian untuk give away.
tak tau nak bagi kat siapa tu.
masih ada dalam bilik begnya.
nantilah kita fikirkan.

ok. macam dah mengantuk.
nasi kerabu hasil berbuka puasa tadi pun ada separuh lagi tak habis makan.
sebab sangat banyak. ingat nak sambung makan.
tapi apa kata pergi kacau husband kejap, lepas tu baru sambung makan.
alang-alang dia balik ni, kita kacau dia dulu heh hehe *sly grin*
lepas tu baru tidur (sanggup tu).

oryte! jumpa lagi! toodles!! 

No comments: