Thursday, January 15, 2015

going to aeon big for home stuff

bertabahlah dengan siri uploading 100 gambar anak oleh ibu yang obses. HAHAH not!
tak sampai 100 pun and this is not a photo-spam.
ulangan! ok tak payah ulang :P

well malam semalam kitorang ke alamanda.
tak pergi mana pun, just nak beli barang keperluan rumah.
sebelum AEON big penuh hari ni dengan kebanjiran penerima-penerima bonus,
eloklah kita redah AEON big time dia tengah kosong. fuahaha
lagipun memang banyak barang dah habis. kebetulan.
so let's!

ariana ni memang gigih nak tolak troli. sendiri tak nak duduk kat dalam!



busted! tengah tolak troli. :P

akibat ketaklaratan nak kejar, kita masukkan jugaklah dia ke dalam troli.
tak duduk diam jugak ok!
mau dipanjatnya troli itu. ok fine. panjatlah.
asalkan kamu happy. lolx

tengok tengok, kaki sebelah dah siap angkat!

lepas tu dia siap garang-garang kat sorang budak perempuan (sekolah rendah kot) yang berdiri kat kaunter sebelah. tengah tunggu mak dia membayar.
budak ni siap la nak hulur tangan nak salam, tapi ariana tepis ok.
dasar eksyen. lolx
terkebil-kebil budak tu tengok dengan adik dia.
but i told her "dia nak main sep-sep la tu." haha
and ariana started mumbling her own language to that little girl. sabarkan je la.


aiyoh dah nak keluar dah tu!



si tecik mi favorito.



pandangan penuh akal. ada la tu plan-plan dia tu. hahaha

dan seperti biasa,
trip ke alamanda tak sah kalau tak berakhir dengan naik 'CAR'.
sy rasa bisnes beli mesin kereta mainan ni untung la.
tiap kali je mesti ada budak naik.
tau-tau dah habis 4ringgit buat main kereta ni aje. haihs.
tak apa.
it's happiness that counts.
that happy look on your child's face when he/she jumps into that car. yeahh.

sibuk nak tengok masyarakat keliling. naik aje lah kereta tu. -_- pin pin pon ponn.



tengah cari clutch. bahaha



happy kemain. esok dah besar mama hantar bil ye. sekali pi alamanda 3-4 kali naik. darab 700. ok.



makan roti pemberian babahnya.



lasttt sekali baru sempat bergambar bertiga! yiehha!



say teaseeee! (not cheese. not mainstream. lolx)
dahlah.
babai! xD

lunchie

ni cerita lunch semalam.
hari ni tak kot kalau nak makan luar sebab tengah peak time bonus dengan br1m bram keluar ni mau lagi fully loaded kedai-kedai makan kat luar sana. ahax.
(sila elakkan kesesakan :DD)

btw korang plan nak shopping apa dengan bonus hari ini? aicewah. shopping katanya.

semalam ajak they all makan kat padi house.
dah lama pun nak mengajaknya, semalam baru sempat sebab masing-masing ada kan.
diorang ni banyak tolong bab-bab kerja. tip top belaka.
as a gratitude, ajak makan, apa lagi. makan adalah awesome! xD


nasib ada meja ok. ni satu meja kosong. semua penuh. gila kau padi house.

padi house ni memang terkenal dengan asyik-penuh-manjang-waktu-lunch-hour.
ingatkan tengah-tengah bulan ni ada la sikit kekosongan.
ada ok. satu meja je. kahkah. lain semua penuh. tahniah.

tu pun meja cukup-cukup empat kerusi.
macam tau-tau je. lolx

lai lai ai intro sama mereka :P

zahirah.



khursiah. memandang ke kejauhan. sy candid ni hahah



aleyne tengah makan nachos.



appetizer; cheese nachos. tapi cheese dia dah sejuk sikit. jadi membeku. ahahah



ni zahirah punya plate sampai dulu; deep fried chicken parmigiana. glamour ko, nama :P



mine; eggplant pasta with chicken sauce. sedap gils.



khursiah's; padi house chicken chop rice.



aleyne's; creamy mushroom chicken alfredo.

sekian kisah makan-makan lunch. lolx

selamat mendapat bonus, semua! (to gov servants only) :D
bye!

Monday, January 12, 2015

sunday funday

wahh dah isnin ke?? (tengok kalender)
ni dah kira minggu ketiga lah kan, and this is my 5th entry :D
HAPPY 3RD WEEK, GUYS/GIRLS!

semalam (ahad) kitorang berada di shah alam.

pagi tu ngedate breakfast dengan husband.
di bawah pokok rimbun depan CIAST. ahaha
makan nasi lemak kerang (tadak sambal) :P


pokok rimbun ni sejak dari zaman sekolah rendah lagi. coolio!



makan berbumbungkan pokok (dan langit!)

kitorang sampai sana pukul 10.
yelah settle kan dulu hal kat rumah.
mandikan ariana semua.
sampai-sampai nasib baik i got the last kerangs! wihihi. rejeki.
so pakcik tu kaut semua kerang taruk dalam pinggan ai.

ok lepas ni puasa kerang.
banyak dah makan toksik ni. hahah

cukup fokus beliau makan. jangan main-main. lolx

lepas tu dalam tengah hari kitorang ke SACC, tengok cat competition.
tak banyak sangat pun snap gambar kucing, sebab orang kerumun kan.
tapi this time penyertaannya tak sebanyak dulu.
tak tau la sebab kucingnya lambat sampai atau orang lain bz balik kampung, joined misi banjir etc.


competition kat ruang tengah SACC.



ni yang sempat snap. banyak sangkar dibalut plastik di bahagian yang mengadap pengunjung. macam ni.

may be owner balut plastik sebab tak nak pengunjung pegang-pegang or cucuk-cucuk kucing diorang.

mainecoon.



kita nak bawak dia tengok kucing, dia boleh pulak tido!

*tengok jam time tu*
oh pukul 12 lebih. patut pun.
itu memang masa genting ariana bariana tidur. HAHAH

tapi lepas-lepas tu dia bangun.
kejap je tidurnya, setengah jam macam tu.

tengoklah keliling orang kerumun!



the cats. semua lawaaaa.



hah time ni ariana dah bangun. sedang tengok kucing.



kucing bengal memang banyak.



mahal senyum. HAHAH



"miaom!" mungkin itu yang dikatanya sambil tunjuk-tunjuk ke arah sasaran.



tengok tu punya la susah nak senyum dalam photo.



semua orang seronok tengok kucing. (well who's not?) :)

lepas kat SACC tu kitorang ke serai, mama belanja lunch.
sampai-sampai diorang dah start makan dah.
kitorang ni tukang meramaikan majlis je, sebab still kenyang daripada nasi lemak pagi tadi.
walaupun begitu tetaplah makan dengan awesomenya. ahax

lauk-pauk. biasalah ikan udang ayam sotong kangkung tauhu. terung je tak de. hehe



mi familia.

alhamdulillah abah dah sihat walafiat lepas operation hari tu.
hasil ujian menunjukkan yang kat otak dia tu adalah cancerous.
so doktor tanya nak buat treatment ke tak.
(tau je la hospital punya treatment banyak side effect)
for me, tak payah la kalau lagi banyak side effect yang memudaratkan daripada membaikkan.
sy setuju abah goes for alternative treatment.
makan supplements and rawatan daripada ayat-ayat al-Quran.
memang ada yang sembuh selepas rawatan al-Quran. kita kena percaya dan yakin. that's the spirit.
apapun sy doakan abah cepat sembuh and cancer cells (if there is, sebab tumor haritu dah buang pun) yang ada akan suicide sendiri (yeah it happens, saya ada baca dalam buku. cancer cells boleh bunuh diri. haha)
kita doakan the best untuk abah. aight.

oklah nanti sambung lagi. tata tutu!!

Saturday, January 03, 2015

kisah orang yang malas berjalan

well, who's not.
sy kalau pergi alamanda, kalau boleh nak parking yang depan sekali.
kalau balik ke rumah (kuarters apartment) dari ofis pun mengharapkan ada laa kereta lain nak keluar and parking lot dia betul-betul dekat area lif.
kalau pergi malls mana-mana sanggup pusing-pusing banyak kali sebab nak cari parking yang convenient.

ASALKAN TAK MENYUSAHKAN ORANG.

semalam, macam biasa sy ke pasar lepas balik ofis.
ko tau je la pasar putrajaya tu macam mana kan.
situ je la yang ada. so semua pun pergi sana.
penduduk putrajaya tahu berapa ramai?
kalau ikut stats; 66,785 orang.
itupun stats 'terkini' tahun 2010. (bancian penduduk ni buat 5 tahun sekali FYI).
harus sekarang ni dah berapa puluh ribu lagi kan.

eh, apa pulak cerita pasal stats.
(nak menunjukkan berapa ramai manusia kat pasar asalnya pun. wah haha)

dah la kereta berjela, semua jalan slow-slow pulak tu sebab kereta lain side parking kiri kanan jalan.
sy kalau tak de parking sangat baru park kat tepi jalan.
if not, memang akan park kat area parking terbuka yang disediakan.
tiba-tiba tengok.. hah! kereta MPV siapa punya ntah kaler hitam (family vehicle) park betul-betul depan laluan masuk ke kawasan parking terbuka! *deng*
asalnya laluan masuk ni ada dua. now jadi satu la. sebab satu lagi dah kena block,
nak ke laluan yang satu lagi tu ko kena pusing jauh.
ok fine la pusing jauh.
situ la laluan masuk, situ la laluan keluar.
siap laluan tu ada lobang lagi, of course semua mengelak-ngelak lubang so kereta akan queue lagi lama la nak menunggu untuk lalu situ kan.
(nasib baik semalam hujan, jadi queue adalah tak sepanjang biasa).
ai memang angin betul dengan orang selfish macam ni.
ok anggap la dia tak tau.
ni first time dia pergi pasar.
atau kaki dia sakit, baru terlibat kemalangan terkehel kaki.
atau anak ramai, susah nak park jauh.
atau dia lupa bawa payung, nanti kebasahan.
atau dia suka parking situ sebab best. lolx

aight ai anggap dia dalam kategori yang pertama tu ye.
first time pergi pasar.
tak tahu nak parking mana.

jadi selamatlah kereta itu mendapat note daripada ai kat wiper dia. haha
tapi ayat note sy tak pernah nak letak bodoh-piang-hang-ni tak ada ye. :'D
sy tulis baik-baik la, siap bagi salam, bitau next time jangan parking kat laluan masuk. siap ada thank you lagi. ko ada jumpa orang punya baik tulis note macam tu? kahaha.

(selama ni note-note kat wiper yang sy baca semuanya ayat maki-maki je. contoh 'KALAU NAK BLOCK KERETA ORANG, TURUNKAN HANDBRAKE DULU LA, BODOH!' memang betul pernah jumpa note macam ni. kat terengganu. kihkih. pernah jugak jumpa note kat putrajaya.. kat kuarters. tapi kereta orang lain la. same kes, block jalan orang lain).

and lepas-lepas tu, sy nampak kereta tu dah beredar.
harapnya lain kali tak ada la dia block jalan utama.
moral of the story; kalau tak de parking lain sekalipun, kalau ko nak illegal parking sekalipun (kat pasar ok la sebab memang susah nak park pun), pastikan ko TAK PARK DEPAN LALUAN MASUK KE TEMPAT PARKING TERBUKA. MACAM MANA ORANG LAIN NAK MASUK, PANDAI.

sekian. :D


Friday, January 02, 2015

swimming evening

ya, berhampiran rumah kitorang ada kolam renang.
tak payah beli serviced kondo, ada jugak kolam renangnya bahah *untung lah! :P*
no seriously sebenarnya kat putrajaya ni pools ada di beberapa pusat kejiranan.
harganya juga berpatutan, iaitu RM2 untuk dewasa, RM1 kanak-kanak dan FREE untuk babies (untuk 1 sesi).
1 sesi tu ada 2 jam. pilihlah nak pukul berapa. 9-11 pagi, 11 pagi-1 petang atau 5-7 petang.
if ada budak kecik and malas nak tunggu pool bukak, kat luar pool berbayar ni pun ada pool percuma. takat lutut kot.
mainlah korang kat situ bila-bila pun. haha

yang seronoknya sebab pool dia besar and walaupun orang ramai, tak packed.
(packed macam kolam dalam cerita wimpy kid tu HAHA) *imagine*


tak payah imagine dah. nah! macam ni punya packed! siap boleh laga-laga bahu. lolx

or macam kolam kat pusat akuatik shah alam. packed jugak tu.
siap ada orang berpiknik kat luar pusat akuatik.
kat pusat kejiranan putrajaya ni pun ada orang piknik.. ai nampak satu family ni bawak troli sorong dalam tu ada bakul piknik dengan makanan banyak gile. padahal family 3 orang je. hihi

oklah nah photos swimming. :D







boleh feeling-feeling kat niagara fall versi air kena catu. ahax (suka ko ye, ariana).






kolamnya tak bentuk kotak macam kolam olimpik. tapi lebih kepada bentuk kolam kat hotel. lolx



tak-mandi-pun-entah-mana-baju-renang-ai.

ni pun dah gain weight, harus baju renang tak muat kan.
nanti beli baju yang baru lah. haha
satu lagi kalau korang tak nak mandi, boleh je masuk tak perlu bayar.
yang nak mandi pulak diwajibkan pakai baju renang.
kalau ko pakai tshirt dengan seluar trackbottom memang tak dapat la dik.
ada lifeguard jaga kat situ akan mewisel ko dengan kuatnya. lolx
(makanan tak boleh bawak masuk dalam!)


mandi sampai beku. shivering siap budak ni tapi tetap suka nak berenang.



sempat pulak tu main naik turun tangga. syabbas beteh!



dah habis mandi, bedak siap.. kita sikat rambut dulu! ;)

so kepada yang berminat nak berenang-renang ke tepian (nak ke tengah pun boleh, apa ada hal),
bolehlah datang ke mana-mana pusat kejiranan yang ada swimming pool.
kalau tak, boleh ke marina putrajaya (presint 5).
kat sana pun ada swimming pool. karaoke semua ada.

ok till then!! *wave*

makan di haji sharin low, bangi

ni lah aktiviti 1st day of 2015 kitorang; makan-makan kat luar. AHAHA

tapi kitorang makan lewat jugak la, nak dekat pukul 3 petang.
sebab pagi tu dah makan sup ayam dulu kat rumah. :D

kali ni kitorang ke Restoran Haji Sharin Low, located in bangi.
alamat : no. 9 , lot 5072, wisma arma, jalan sungai merab, pinggiran putrajaya, bangi.
if nak sampai sana dari putrajaya, boleh lalu ikut gate belakang kat presint 14 tu.
belok kanan. nanti nampak tepi jalan tu dekat-dekat dengan perantau hill. sebelah je pun. hehe


sampai! xD



selingan gambar ariana sebelum tu yang get ready nak keluar. :D kemain dia main phone babah dia.


kitorang duduk kat meja di satu sudut hujung.
tapi ariana tu biasa la, ke hulu ke hilir dia lari.

menu sampai. (lupa pulak nak snap)
memang banyak la menu dia. rambang mata nak pilih.
rambang poket pun iye jugak sebab anggaran harga lauk-pauk untuk sepinggan lebih kurang RM10-RM25.. hahah.
tu harga yang biasa punya.. macam sup, ayam, daging or sayur. kalau ikan mahal lagi kot, ikut harga pasaran.


tema rumah kuning kita hari ni. lolx. coincidence.



bukan main lagi budak ni senyum. kahkah



kopi ais and tembikai.


untuk appetizer, kitorang pilih sup ayam dan cendawan.
terbayang macam sup campbell.
tapi sangkaanku meleset :P
memang sup chinese style yang sedap ya amat ok.
yang likat-likat tu.

sup ayam+cendawan. yummy!

then sampailah hidangan-hidangan lain :

ayam blackpepper. sedapnya hoih!



terung goreng salty egg. sedap-sedap manis.



chilli soft shell crab. tapi masakan dia kering tak macam chilli crab thailand punya. hehe



keseluruhan hidangan.


memang kenyang betul la makan, yang ketam tu pun ambik saiz regular seekor je kot, tapi mencukupi untuk dua orang and siap makan selebihnya buat ratah lagi.
betapa kenyangnya diriku :DD

overall, sy suka dishes dia semua and memang sedap.
next time boleh try lauk lain pulak.
harga standard restoran mahal, jadi tak boleh la nak pergi hari-hari. bahaha




sy bagi 5 sudu!

Thursday, January 01, 2015

happy new year 2015!

heyya, 2015 peeps! :D

happy new year!
may this new year brings happiness and success to all of us.

nah, tetiba rajin nak doodle kan. hohho.



aspiration?
sama saja setiap tahun.
up my amal ibadah (walaupun 1 je tapi punya susah nak capai. ahahah).
let's move ahead for a betterness! :D *yo yo wani ni. lolx*

sy tak tau either ada ke tidak celebration tengah malam semalam.
i think tahun ni, tahun baru disambut dengan sederhana.
after everything; the flood, the plane-crash..
sambutan yang lebih kepada memperingati.
tak payah la berdansa bagai. hee.

well for me,
last night i just stayed at home (like any other year),
goreng keropok keping pengkalan setar,
buat air laici sejuk,
pasang lampu cantik,
tengok movie lord of the rings.
wahaha.
my kinda celebration.
(tapi tidur awal jugak. ada la terjaga jam 11.58 macam tu; half-awake. lepas tu tidur balik).
am too old for a stay up. lolx

my kinda celebration.

dan macam mana tahun baru korang? :)