Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, February 13, 2017

farewell di indus, bora ombak, putrajaya

haa den ingatkan bora ombak ado kek KL yo..
ruponyo kek putrajaya pun ado!
*slang nogori tompias2 sikit daripada abah den* :D

sejak bila ada ni tak tahu.. last year kot.
betapa tak caknanya diri ini terhadap pembangunan event venue dan kedai-kedai makan baru kat putrajaya.. ahaks.

long story short, last week macam tu division kitorang ada buat makan-makan sikit kat bora ombak.
belah restoran indus, marina.. tepi tasik putrajaya.
tujuannya adalah untuk meraikan persaraan en. jit dan farewell untuk alumnis.
termasuk jugaklah birthdays dll.
duit bayar guna duit pertandingan booth yang kitorang menang hari tu.
lagipun tak mahal lunch buffet dia.. RM25 seorang je.
choice tak banyak sangat.. mungkin sebab tempat kecil, tapi semua sedap.


dah sampai kita bergambar dulu. haha


and here was the food spread.


















kemain malas nak explain details kan.. gambar makanan pun tak ada captions. haha
den nak laju-laju ni.
sebab den ado kojo len nak buek lopeh ni :P


gambar happy-happy dengan 'abah' kitorang, en. jit.



en. fahmi & dik aizat.



kak nor, KML, ann, imah dan aleyne (alumnis) pun datang memeriahkan majlis.



pinggan pertama sy. semua lauk tu sedap.



lepas tu rasa sikit spaghetti.


petang tu pulak dalam pukul 4.30 petang,
sesi punch out terakhir oleh en. jit sebelum mula bersara.




last punch out.


all the best kepada en. jit.
selamat bersara, selamat berholiday, selamat beribadah dan semoga gembira dengan life persaraan.
en. jit is a very nice and kind hearted person.
mana-mana pi memang semua mudah mesra dengan beliau.
ada rezeki jumpa lagi. tqtq! :)

0 comments: