Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, February 03, 2017

ariana dan pokok

hai hai!

haritu ariana, dengan kitorang-kitorang sekali *mama dan babah* dapat homework daripada taska.
kitorang kena siapkan satu family tree dan hantar sebelum 27 januari.
kira buat sama-sama lah.
syaratnya kena ada pakai barang-barang terbuang.

so oklah, sy ambik botol shower gel yang dah kosong and kotak barang mainan as the base.
barang lain macam warna, kertas tu kita beli la :D

ariana nampak seronok dan bersungguh-sungguh nak buat pokok dia tu.

mula-mula cover botol dengan kertas putih dulu.. baru kita warna.

babah tolong potongkan reranting dan lekatkan.
part cover ranting dengan kertas tu susah sikit, so yang tu sy buat.


lepas tu, kaler.



babah gunting batang ais krim untuk dijadikan pagar.



ariana khusyuk tanggalkan gam daripada tangan. hahah

then for the 'leaves', sy guna kertas warna hijau.
kitorang komot-komotkan aje.. lekat kat batang pokok tu.
lepas tu ada la beli benda bulat-bulat tu kat daiso..
lekat sikit kat pokok macam buah-buah dia.

ariana lekatkan.

then i added the swing just for the extra effect :D


tadaah! siap dah family treenya.

gambar tak berapa nak lawa printing sebab ink printer kitorang dah nak habis daa.


ariana bergambar dengan pokoknya sebelum ke taska pagi tu.

she loves the tree so much,
she cried when she got home sebab tak dapat bawak balik pokoknya.. hahaha
babah sent me the photo sebab time tu sy balik lambat sikit kot.
it was funny. lolx


0 comments: