Saturday, February 25, 2017

index living mall, ioi city mall

salam.
helo hai!
disebabkan hari ni hari sabtu *and semorang tengah tidur*,
dapatlah update blog entries banyak sikit.
tu pun entry kisah minggu lepas. hahaha headdesk sekali :'D

last week, husband ajak ke ioi city mall.
nak tengok-tengok and survey barang rumah katanya.
nak buat budget and everything untuk rumah baharu nanti.
sebab mestilah akan guna banyak duit kan.
nak renovatelah, nak beli kipas, lampu, perabotlah semua.
yang penting ikut budget.
kalau tak dapat beli semua sekaligus, kita berdikit-dikit dulu. gitu ha.

kitorang pukul 10.20+ pagi macam tu dah sampai.
punyalah awal. mall baru bukak kot.
parking kosong, siap boleh parking betul-betul depan pintu masuk. center punya. HAHA
dah siap breakfast kat umai sebelum tu.
convenient sikitlah sebab budak-budak ni dah biasa bangun awal, mandi awal, berak awal *anaqi. kahkah*
jadi mudah nak ke mana-mana awal pagi.

buat macam 'rumah' sendiri, terutamanya kanak-kanak perempuan itu yang berkaki ayam sahaja. lolx



loove this deco. dengan sofa besar. mau terperosok masuk dalam ni, terus tidur pengsan. haha



one selfshot, vainshot, whatever you call it. (ramai suka guna perkataan 'swafoto' sekarang. baguslah tu. memartabatkan bahasa kebangsaan)

see the zits' scar?
tengah merawat sendiri kulit muka ni.. dengan tidak memakan seafood. *huu bye-bye seafood*
kalau jaga makan, ok biasanya.
kalau makan sesuka hati, memang ginilah jadinya.
kalau orang tanya kenapa kenapa kenapa muka kau jadi lagu ni.
ai is jawab 'seafood'. memang ai blame seafood je HAHA
walaupun kalau makan oily food, spicy food pun boleh jadi zits jugak.
cuma malas nak explain panjang lebar bila bersosial.
kau gila apa nak bincang pasal zits sy di perbualan umum.
banyak lagi hal penting lain boleh bincang.
pasal kedaulatan tanah dan perairan malaysia ke..
.. pasal bahaya chemical weapons ke.
kahh ada ke orang bincang hal macam tu :'DD


sekarang boleh tau dah perbezaan PP hi-gloss dan piano hi-gloss.

sy suka piano hi-gloss.
especially on kitchen cabinets. lawa kottt!
(benda lawa, harga lawa. facts tu dah kena telan sejak sekarang ni. harga semua mahal. T_T)


anaqi peluk teddy bear. ariana godek apa kat belakang tu.



family photo satu!

kitorang cari L-shape sofa.
kalau boleh yang tak besar sangat.
sebab rumah kecik saja dan biarlah minimalis.
husband la tu nak minimalis.
ai ni sepahlis. kikiki


hipster cushions.



dok buai laju-laju kat kedai. siap pakej nyanyi. hahaha



tengok lampu-lampu bergantungan cantik.

lampu gini sesuai untuk ruang makan.
dan rancang nak beli lampu LED.
supaya lebih eco-friendly.. jimat tenaga juga.
LED costly la sikit, tapi tak panas.


lepas tu beli snek kat kedai sotong goreng ni. sy ambik cendawan goreng. sedaplah pulak.



last-last balik rumah.. tertidur kepenatan. anaqi tidur, ariana bangun. tukar shift.

No comments: