Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, February 15, 2017

culinary pleasure international restaurant, cyberjaya



jumaat lepas masa anniv kitorang berdua gorgeous people ni *HAHA*,
sy pun google la mana tempat makan best kat area-area berhampiran putrajaya.
kalau tak, biasanya ke tempat makan biasa je.
tak serai cyber, sharin low bangi. tak sharin low bangi, serai cyber. back and forth. lolx

then i stumbled upon this restoran kat cyberjaya..
no. 1 in dessert kat cyber.. dalam tripadvisor tak silapnya.
culinary pleasure. tengok gambar makanan macam menarik je.
so let's kita.


kitorang gerak lepas maghrib and lepas pangako sa'yo. bahaha
pangako sa'yo tak boleh tinggal tu :P


sempatlah snap sekeping gambar berempat. walaupun dengan anaqi kepala bergoyang. haha


sy tak berapa tau location kat cyber ni.
tapi restoran ni kat area yang banyak kedai-kedai makan arab.
google mapkan aje.
tapi macam sunyi la kawasan tu. orang tak ramai.
ko tau la cyber.. siang-siang je ada orang; pekerja mostly. and students.
malam dah serupa bandar mati.. yang kalau cerita cowboy, ada tumbleweed pusing-pusing atas jalan ditiup angin.
haha tak tau translation dalam BM.. nanti google la apa tumbleweed tu :'D

ahha budak manja seorang ni.. nak duduk sendiri la kot time ni.. kemain menangis lagi.

anaqi ni dok suka menggeliat-geliut.
semua benda nak capai and nak panjat.
tak nak dok dah kat kerusi baby tu.. punyalah cantik kerusinya kan.
kalau kita pegang pun belum tentu nak diam.
maknanya apakah.
maknanya dia dah pandai ada choice sendiri. amboi sangat budak kecik ni :P


bagi jelly, duduk kat kerusi orang dewasa baru nak diam. haha

so kitorang mama and babah gilir-gilir la jaganya.
kejap anaqi dok sini, kejap anaqi dok sana.
beginilah sambutan anniv bila masuk tahun kelima ye, tuan puan. hahaha

tengah tunggu makanan sampai.

kitorang tak order banyak pun.
husband ambik nasi arab lamb.. sy ambik chicken fajita dengan roti tortilla.
lepas tu try jugak ais krim durian musang king satu scoop.
kang order banyak-banyak makan berdua, tak habis jugaknya.
budak-budak berdua ni tumpang-tumpang makanan kitorang je biasanya.


dua-dua ambik jus; tembikai dan mangga.

jus buah dia memang pekat gileee.
kira jus pure la.
lagi satu daripada pembacaan dan explanation pekerja restoran,
restoran ni menyajikan hidangan yang organik sahaja..
means tanpa ajinomoto, MSG dan yang sewaktu dengannya.
bagus betul.
memang dah lama sy cari restoran macam ni.
kalau tak tu, sebeban aji dimasuknya dalam masakan. nak bagi sedap kot.
sebenarnya masakan tu boleh je jadi sedap tanpa aji.
gunakan bahan-bahan yang betul.. sedaplah insyaAllah.


bapa mithali sedang menyuapkan jelly kepada anakanda tercinta. heheh



ariana and i.


lepas tu sampailah makanan yang kitorang order..



chicken fajita sy dimasukkan dalam hot plate yang apinya menjulang sendiri *ok i exaggerate bab menjulang tu.. haha*
tapi lama-lama api tu padam la.
kalau suka garing-garing, kacau ayam tu kat tengah.
kalau tak suka garing, letak ayam ke tepi.


chicken fajita.

sebenarnya ada macam-macam hot plate ni.
beef, lamb, seafood.. semua ada.
memang tempting tengokkan gambar yang ada udang tu.
tapi apakan daya.
ko tak nampak zits bermaharajalela kat muka ni.
so berpantanglah seafood sebulan dua.
bila dah ok tu, baru kita boleh makan seafood balik.. hahaha.
tapi one thing yang kitorang suka;
bawang dia manis sungguh. manis bawang la bukan manis gula tu.
sy kalau jumpa bawang madu kat pasar, memang terus beli.
la ni je dah lama tak jumpa.
so kemanisan bawang dia macam bawang madu la.
oh i-miss-bawang-madu!


tortilla dia letak dalam bakul ni. 3 keping je dapat. kongsi dengan ariana-anaqi.



nasi arab lamb, husband punya. lamb dia lembut sungguh.

cumanya husband cakap nasi super banyak,
so dia rasa lamb dia tak mencukupi.
in the end, dia ambik sikit chicken fajita sy. lolx


ais krim durian musang king.

ais krim diorang buat sendiri tak silap sy.
memang rasa la duriannya.
husband kata macam rasa serawa durian. yang sejuk :D

tapi restoran ni memang banyak desserts..
dalam menu nampak cambest je semua.
creme brulee pun ada.
so peminat desserts semua bolehlah datang sini try.


macam mana nak jadi model ais krim ni cenggini punya semangat muka makan ais krim. hahaha



anaqi tengah nak memanjat kerusi kot time ni.

so habislah makan semua.
licin kot. lolx (kecuali nasi husband ada tinggal sikit sebab portion nasi yang banyak tadi)
harga ok je; tak murah sangat, tapi tak jugak mahal.
harga standardlah kalau ikutkan restoran di area cyber ni.
yang kitorang makan semua tadi tu.. dalam RM70++.

boleh mengulang datang lagi.. sebab sedap. haha

ok till then! :)

0 comments: