Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, January 10, 2017

tak nak baliklah pulak!

haha ye, betul tu.
mula-mula sehari dua masuk taska baru,
amboi sangat pagi-pagi tak nak masuk taska *arianalah tu*
siap berdiri depan taska tak nak masuk ye.
nasib baik orang tuamu *me!* ini dah siap punch card.

sekarang bila dah pergi taska,
time ambik balik tu tak nak balik pulak!
sy tabahhhhhhhh lahhhh. lolx
siap main dulu sana sini.
subahat dua orang ni; dua-dua pakat main tak nak balik.
kena pujuk kakaknya dulu, baru dua-dua boleh balik.
sebab si anaqi ni boleh didukung.
dah kalau ariana.. macam mana nak dukung?? haha

duo tak nak balik rumah.

dua-dua ni walaupun satu taska,
tapi kelas lain-lain.
anaqi kelas toddler 2 tahun, ariana 4 tahun.
walaupun dua-dua belum sampai lagi birthdaynya.. lama lagi.
so each one ada group whatsapp kelas.
from time to time ada lah cikgu-cikgunya *they call it 'auntie' there* update aktiviti anak-anak.
macam hari ni, aktiviti yang dibuat oleh anaqi menaqi:

kemain celup jari tu ye. bahaha



art attack! haila, lama tak tengok art attack. rindu la pulak.

ni pun baru dapat 'assignment' untuk dibuat kat rumah.. aktiviti parents and kid.
untuk kelas ariana pulak.. kena buat family tree.
guna bahan-bahan terbuang.
wani e sukalah benda-benda macam ni.. mah haha.
kena submit before 31 jan ni.
nantilah ai is cari idea kat pinterest ke cam ne.
kita buat artsy artsy sikit (kalau rajin). lolx

sekian sahaja.

0 comments: