Monday, November 21, 2016

komputer baru

disclaimer;
walaupun baru as in 'new' patutnya dieja 'baharu',
dan baru as in 'just' patutnya dieja 'baru',
i still feel a bit weird typing it as 'baharu' in my blog (kalau surat rasmi tak pe lah. ko fikir ini surat rasmi?? ekeke)

komputer baru it is :DD

ceritanya weekend hari tu ofis kami dah tamat kontrak PC yang lama.
so they all tukar yang baru.
hari ni isnin, ramai tak dapat log in, lambat log in, emel belum set up dan sebagainya.
menerawanglah kami tak tau nak buat apa sebab tak dapat bukak komputer. HAHA

mine was lagging and then hanged macam tu sampai tengah hari.

betapa pentingnya komputer ni, sampaikan kalau tak ada tu, kerja tak jalan.

but i managed to open it at last! after lunch hour. ekeke

sementara PC tak dapat bukak pagi tadi,
was spring cleaning my office room.
tetiba je bersih gile berkilau-kilau, wowwee *ok i'm just exaggerating the berkilau-kilau part. HAHA*
habis kubuang semua kertas-kertas yang dah tak pakai.
shredkan semua. bye bye kertas.
nanti hantar pergi recycle, ye. jyeah.

ok later!

Saturday, November 19, 2016

macaroni bakar malaysian style

when it comes to baked macaroni/macaroni bakar,
sy lebih sukakan yang malaysian style.
western style yang ada perisa sos bolognese sy tak suka sangat untuk macaroni bakar.

dah lama tak bakar macaroni.
so hari tu ada la buat sebekas. hihi






MACARONI BAKAR.

bahan-bahan:

  • 200 gram ayam cincang
  • 1/2 bawang besar (potong dadu)
  • 2 bawang putih (cincang halus)
  • 1 tangkai cili merah (cincang halus) - nak pedas boleh pakai 2 atau 3, or cili padi.
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 cawan macaroni
  • 100 gram cheese - mozarella/cheddar/mix cheese (parut)
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng (hiasan/bau wangi)
  • minyak untuk menumis


bahan-bahan untuk kastard:

  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3/4 cawan susu segar
  • garam sikit - ada orang tak pakai. sy letak untuk lebih sedap
  • lada sulah (optional)



cara penyediaan:


  1. rebus macaroni hingga lembut. angkat dan toskan. put aside.
  2. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. masukkan serbuk kari.  tunggu naik minyak. then tambah air kalau kering.
  4. masukkan isi ayam cincang dan gaul sebati.
  5. masukkan cili dan garam. (asingkan sedikit tumisan ayam ni untuk topping)
  6. masukkan macaroni dan gaul rata.
  7. tuang campuran ke dalam bekas. sy guna acuan non-stick bersaiz 9 inci. -kalau pakai bekas biasa, mungkin akan melekat. so better alas dengan kertas timah atau guna bekas acuan timah pakai buang yang biasa digunakan untuk jual kek tu.
  8. taburkan tumisan ayam yang diasingkan tadi bersama cheese di atas permukaan.

cara penyediaan kastard:
  1. bancuh tepung gandum dengan susu.
  2. masukkan telur. kacau rata.
  3. masukkan garam dan lada sulah.
  4. tapis aduanan kastard terus ke bekas macaroni tadi.
  5. bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
  6. tabur bawang goreng. bakar lagi sekejap. dalam 10 minit.
SIAP! xD






jemput makan!



close up

backdated : ikea time!

perkara yang mengerikan adalah sorang demi sorang meninggalkan dunia blog.
i know blogging takes our time;
nak upload gambar, nak kecikkan gambar, nak karang entry.
berbanding dengan instagram or fb.. tap tap tap.. terus siap 1 post!
nak masukkan video pun cepat.
BUT I LOVE TO READ BLOGS.
so kudos kepada yang masih berblogging. you made my day :)

sy pun sedaya upaya cuba mengekalkan hobi berblogging ni.
selagi blogger ni tak tutup, insyaAllah la sy cuba keep up.
walaupun busy sikit, tak dapat nak update selalu.
nampak tak betapa setianya sy ni *ekeke puji diri sendiri* :D


ni cerita lepas.. macam biasa.
baru sempat nak tepek gambar.

last week kitorang pergi ikea.
konon nak belanja husband meatballs ikea.
lepas tu sampai sana.. sy tak bawak purse! hahaha. nenek betullah, purse pun lupa :P
jadi, beli meatballs pakai duit orang yang bawak duit lah *note: husband sy. hahaa*

anaqi boring duduk dalam carseat.
menggeliat geliut dia nak melepaskan diri.
tak bawak mainan pulak tu.
so bagi dia biskut untuk makan.. baru diam.

tengok tu tengok tu! hahaa



ni muka kekenyangan lepas makan 2 keping biskut coklat heinz. mata dah layu tunggu masa je tu nak pergi planet pluto :P

then sampai ikea.
pergi makan dulu.
lepas makan baru jalan-jalan kat dalam.

them three.



anaqi yang 24 jam makan.

anaqi ni serius suka makan.
kalau tak dapat makanan, dia bising ye.
kat taska pun cikgu cakap dia macam tu.
nak makaaan je.
tapi membuang sama banyak dengan yang makan. hahaha
tak jadi chubby la macam ni. jadi slim melim je.


our usual meal.

harga meatballs tu lebih kurang RM1 seketul.
so kalau beli 15 ketul in a plate, dapat dengan mesh potatoes and jem, harga RM15.
tapi kalau beli 5 ketul je in a plate.. harga RM6.90.
kepak ayam 5 ketul berharga RM12.
air kosong dalam botol pulak RM1.



bapa mithali, rajin suap anaqi makan.

kat rumah pun selalu babahnya suapkan.
kadang-kadang je sy suap. sebab sy sibuk masak kat dapur. kihkih


yang ni dah pandai suap sendiri. jemput makanlah ye.

tapi kadang datang manja dia,
ariana pun akan minta kita suapkan dia.








myself at ikea cafe.


lepas tu masuk jalan-jalan dalam ikea.
dah nak krismas kan.
so pokok krismas banyaklah kat situ.






tiap kali datang,
tiap kali singgah kat 'dapur' ni.
dapur idaman kami hahaha.
kecik je kan. comelness.



lampu berbentuk hadiah.. sempena dah nak krismas.

window shopping je.. tak beli apa-apa.
balik tu tak singgah beli ais krim dengan karipap ikea pun,
sebab tengok kaunter kecik yang biasa jual tu tutup..
semua beratur kat kaunter besar yang jual makanan lain.
so jadi panjang la barisan.
malas la nak beratur panjang semata-mata beli karipap.
next time may be.

sekian.
habis dah cerita kat ikea. xD

Friday, November 18, 2016

catnation

hai hai!

sy baru balik dari kuching, sarawak semalam.
ada meeting sehari.
had a good feeling sebab dah lama kot tak pergi sarawak *walaupun kali ni pergi atas dasar kerja*
tapi pergi for work pun tetap seronok sebab pergi seorang diri.
ye sy suka je jalan sorang-sorang.
boleh set nak duduk hotel mana, nak pergi mana.. masa pun ikut masa sendiri. buahaha

this time pergi dan menginap 1 malam je.
so pergi rabu petang, khamis dah balik putrajaya.
tak de lah budak-budak kat rumah tu kena tinggal lama sangat.

i was thinking of getting an ERL to airport.
sebelum tu, masuk ofis pagi, settle kerja, then balik rumah ambik beg, call teksi, pergi sentral.
sy suka naik ERL sebab laju and lagi cepat daripada naik kereta ofis/teksi ke airport.


there i was at klia2.

naik air asia.
flight pun pick sendiri.
sebabnya MAS punya flight dari kuching balik ke KL awal sangat.
takut tak sempat nak kejar lepas meeting.
yang ada air asia.
so air asia it was.
seronok jugak sebab AA flight kan ada hidangan untuk pemegang waran kapal terbang kihkih.
i could get a hot seat (seat depan sekali), no need to queue with others and i could get a free meal.
good enough.
cumanya ko kena menapak la sikit kat klia2 tu.
so sy memang bawak beg dan barang seminimumnya.
dan ambik TROLI.
walaupun begitu, beg untuk breastpump semua memang kena bawak.
bendalah tu beratlah sikit sebab ada ice pack dengan mesin pump tu kan.
tak pe, tak pe. apa ada hal.
kita hangkut semua. :DD


me at my seat.
memang kita akan dapat masuk dulu sebelum orang lain.
tengok, seats lain kosong kan.
depa tengah beratur kat luar nak masuk.

time flight ke kuching ni,
ada sorang stewardess flight ni.. pinggang dia kerengga gile!
seriously! sy macam kagum-kagum jugaklah.
terus teringat life barbie ok.
tak pernah tengok pinggang sekecil itu.. even from a stewardess.
ni tengok depan mata. so. oh wow. :)


pemegang tiket waran memang akan dapat 1 meal dengan snack box macam ni.

masa awal-awal dulu,
kita boleh pilih nak meal apa.
tapi rasanya sekarang tak boleh.
diorang akan set untuk pemegang tiket waran.
kiranya surprise surprise lah.
so this time dapat nasi dagang with chicken curry.
check buku menu, pun banyak menu baharu.
sebelum ni sy teringat yang pernah dapat green curry.
oh sy tak suka green curry tu. nasib baik dah tak de dalam menu. mah haha


this is how the nasi dagang looked like.

rasanya oklah. sedap.
cuma dalam kepala ni dah set kalau nasi dagang tu, biasanya dengan gulai nasi dagang la kan, preferably ikan tongkol HAHA
yang ni dapat chicken curry.
chicken curry pun chicken curry lah.
dah orang bagi free. makanlah engkau di situ. :D

sampai kuching around 4.30pm kot macam tu.
petang tu hujan.
nak keluar berjalan kaki cari souvenir pun tak dapat.

sy stay kat hotel waterfront.
hotel baharu ni.
interconnected dengan plaza merdeka mall.
sy memang saja pilih hotel ni sebab nak try hotel baharu and sebab ada mall.
senang apa-apa boleh turun pergi mall. hihi


bilik sy. agak besar jugak.

bilik macam ni berharga RM230 untuk satu malam.
harga yang berpatutan dengan kemudahan yang banyak.
so far memang selesa la biliknya.


ada tv flat screen yang besar jugak di situ.

channel tv tu banyak,
cumanya banyaknya bukan channel pilihan sy la.
i was looking for a movie channel.. HBO ke cinemax ke apa kan.
alang-alang kot ada vision four, channel movie kegemaran hotels semalaysia. hahaha
tapi tak de.
dia banyak selection untuk channel chinese.
mungkin sebab di sarawak ramai sarawakian dan chinese. kot.
ada la channel movie, tapinya channel RED by HBO.
RED ni pan asian movie channel.
sy tengok asyik menayang korean movies je. haha
then ada la 1 channel lagi sy tak ingat nama dia.. lotus ke apa.
itu ada tayang english movies dengan subtitle chinese.
tu je la.
tv biasa cuma ada tv9 dan 8tv.
surprisingly tv1, tv2 dan tv3 tak ada.
dah la petang tu ai nak tengok drama '7 hari mencintaiku' kan. bahaha
kenalah tengok streaming kat smartphone.

nasib baik ada wifi free ;)


by the window. city view from the window.



bilik air dia juga agak besar.



toiletries dan keperluan diri. cantik, macam kat spa.



since hotel baharu, design toilet pun baharu jugak. xD



haa nasib baik ada minibar!

minibar = peti sejuk kecik.
masa sy browse cari hotel kat kuching, memang nak hotel yang ada peti sejuk.
sebab senang untuk simpan stok susu.
it's quite a challenge for a breastfeeding mother to go outstation.
pada sy, 2 hari 1 malam bolehlah.
tapi kalau berhari-hari, kat mana ko nak simpan stok susu?
nak bawak box?
dah box nak simpan kat mana pulak?
nak bawak naik flight lagi.
memang mencabar sikit.
plus kat hotel bukan ada freezer yang sejuk beku tu.
dia peti biasa je.
so tak boleh simpan lama-lama.


controller dia semua digital. tekan kat sini je.



carpet. dah sama kaler dengan stoking ni dah kenapaaa :D



internet untuk laptop juga adalah free. tapi sy tak bawak ultrabook pun. jimat berat. lolx



hotel waterfront juga sangat generous dengan plug.

pernah tak ko stress out sebab hotel yang ko duduki hanya ada 1 plug saja??
plug tu la yang buat charge phone,
lepas tu kalau nak pakai iron,
ko kena cabut pulak charger phone, tukar dengan iron.
kadang plug entah kat mana, jauh gile dari katil.
nak charge phone 1 malam, pagi esok masa ko bangun nak tutup alarm,
terkumat-kamit pergi berjalan turun katil nak ke arah plug yang tengah charge telefon!
tu belum hotel kedekut yang hanya ada 1 plug.. iaitu plug yang digunakan untuk tv! HAHA
nak charge telefon, tak boleh tengok tv. haruuuu *ye sy pernah tidur kat hotel macam tu rofl*
tak convenient kan.
tapi hotel ni memang gile banyak plugs. semua berfungsi.
yang kat tv ni ada 4.
kat tepi katil ada 2.
syukorrrrr :P


bedding.

bantal empuk. ok la.
walaupun tak sesuper empuk bantal marriot, but still!
untuk bantal, hotel waterfront ni generous jugak.
1 katil ada 4 bantal besar, plus kusyen panjang kecik.
kat couch ada lagi 1 kusyen.

so lepas check in hotel,
lepas solat semua, sy turun ke mall nak cari kedai souvenir.
yes jumpa kedai souvenir.
nasib baik tak mahal.
so beli la sikit.
and tapau makanan sekali.
mula-mula ingat nak order in-dining room service,
tapi tengok nasi gorengnya tak ada sate atau ayam goreng *bahaha* terus cancel.
teringat secret recipe ada nasi goreng thai yang sedap.. sebab ada udang besar.
so lepas beli souvenir tu terus cari secret recipe ;P

mesti orang cakap, weh ko pergi kuching jauh-jauh,
pi la makan laksa sarawak ke, mee kolok ke.
celah mana nak cari laksa sarawak hujan-hujan rembang petang ni.. hihi
tapi tak terkilan pun sebab ni kali ketiga sy kat sarawak.
so dah pernah rasa la laksa sarawak dengan mee kolok tu.
hotel tu ada jual laksa sarawak.. RM30+ kot harga dia.
tapi tekak tak terasa nak makan laksa sarawak.
tekak mengada-ngada nak makan nasi goreng thai. lolx


sebab tapau, tomyam dapat sikit je dalam bekas kecik. boo hoo!

so malam tu duduk diam-diam dalam bilik hotel.
tengok movie, surf internet, tidur. hahaha
ye lah esok pagi nak bangun pergi meeting kan.
lepak-lepak je la.
tak pe tak pergi jalan pun sebab sebelum ni dah pernah pergi jalan kat sarawak.
ni datang kerja je. tak sempat nak berjalan jauh.


me, the next morning.

ni awal pagi sebelum pergi breakfast.
sarawak kan matahari cepat naik.
pukul 7 pun dah terang gemilang.
pagi tu sy turun kejap breakfast.

dah siap cop tempat dengan gelas air jus oren.
then pergi ambik makanan.
sampai-sampai meja, tetiba ada mat salleh nama paul duduk kat situ.
rupanya sebab kengkawan dia duduk kat meja berempat di sebelah meja sy.
so mungkin dia tak de seat, dia pun duduk kat meja sy.
ok fine duduklah.
said good morning to him, vice versa sekadar bersopan-santun haha *walaupun tak kenal*
then sambung makan.
lepas tu ada sorang lagi kawan paul datang.. chinese man ke philippine ke tak sure.
dia cakap nak tumpang duduk jugak.
adoila korang ni tak bagi ai duduk makan sorang-sorang relax-relax lolx.
ok duduklah.

lepas makan tu, sy pi ambik gambar kat luar.
sebab nampak bangunan DUN yang famous amos tu.
snap 1 kali.




teriknyaaa wuhui! :P



boleh nampak sungai kat sini. lawaaa.

lepas tu minta hotel panggilkan teksi.
naik teksi dengan sorang pemandu teksi yang bernama mr. goh.
dia agak friendly, rupanya pemandu pelancong jugak.
sambil drive ke tempat meeting, sambil dia dok bercerita pasal kuching dan bangunan-bangunan di kuching.
kira macam naik bas tour je rasanya hahaha.
then dia kata habis meeting boleh call dia, nanti dia datang ambik.
orait boleh je.
so sy pergi meeting kejap.

meeting.



lepas meeting, lawatan.

so habis meeting tu tak sempat makan pun.
call mr goh datang ambik.
nak terus ke airport.
sebelum tu, on the way to airport tu minta dia bawakan ke kedai souvenir.
nak beli souvenir lagi.
and kawan-kawan ada mengirim sikit.

dia bawa ke 1 kedai 2 tingkat yang memang macam-macam ada kat sini.
lada hitam, pes laksa, keychain, magnet, baju, cenderahati, macam-macamlah.
boleh accept credit card and debit card jugak.
sy lupa tangkap gambar tempatnya,
tapi yang nak ke kedai souvenir on the way to airport boleh try ke sana;

kedai nama SINPIAO.
di taman hui sing.
landmark, stesen minyak petronas.
nampak stesen minyak, masuk straight ke dalam di jalan sebelah kanan petronas tu.
straight je sampai nampak bangunan 2 tingkat di belah kiri korang.

ada kawan kirim ikan pekasam.
kedai tu tak jual.
alhamdulillah jumpa ikan pekasam kat airport.
so kalau tak sempat membeli souvenir, kat airport ada.
ikan pekasam, kek lapis, baju, keychain semua ada.
harga tak mahal pun walaupun kat airport.

said bye to mr goh.
kalau korang di kuching dan memerlukan perkhidmatan teksi, boleh la call mr goh ni:

mr. ric goh - teksi di kuching, sarawak
016-8899345

tunggu flight di airport kuching. flight delay setengah jam macam tu.

tu je la beg yang sy bawak.
nasib baik muat barang-barangnya.

lepas tu balik ke klia2, ambik ERL to putrajaya sentral.
call husband minta ambikkan lepas dia balik dari ofis.
then fetched the kids at taska.
hujan-hujan lebat petang tu.

what a day. hihi

Monday, November 14, 2016

supermoon

credits: google image

supermoon adalah kejadian bulan berada paling dekat dengan bumi.
you can see it 14% closer and 30% brighter.
ramai jugak yang tau, malam ni adalah time bulan paaaling dekat.
lepas tu, kalau nak tengok lagi, korang boleh tengok kejadian yang sama dalam tempoh 18 tahun akan datang *kalau panjang umur dan langit tak berawan macam malam ni.. ahaks!*

ye, malam ini di putrajaya sangat berawan,
bukan saja menyebabkan sy tidak nampak supermoon,
malah mini moon sekalipun tidak kelihatan. haha #lawakhambar :DD



so sempena supermoon ni,
you can get the feeling by watching 'love, supermoon' movie.
secara kebetulan sy baru tengok baru-baru ni.
ceritanya agak kelakar, about love and fate.
movienya adalah ringan tapi a feel good movie.
kalau nak movie berat-berat, ko tengoklah cerita macam 'sinking of japan' ke, baru tau erti berat dan penyesalan.. wah haha *serius, sakit kepala sy tengok cerita tu.. lolx*



selamat bersupermoon!

Friday, November 11, 2016

pantang no more!



dah bulan november kan..
maknanya pantang ais dan laksa setahun sy dah berakhir! wee hoo.

first one hari tu sy 'berbuka pantang' dengan minum coconut shake kat foodcourt alamanda.
then makan pula assam laksa kat ah cheng laksa, ioi city mall.
tak plan pun nak makan laksa ni,
asalnya sebab restoran suki-ya kat alamanda dah tutup,
pergi la kat suki-ya ioi.
rupanya suki-ya situ tak de steamboat! *kuciwa*
then nampak kedai ah cheng.
so let's makan laksa! gitu :DD

i believe pantang-memantang ni ada la sebab-sebab dia.
walaupun ada je orang yang tak follow pantang, ikut individu la nak macam mana.
pada sy berpantang makan selepas deliver baby ni adalah untuk jaga dalaman badan, biar tak sakit-sakit sangat tua esok *kalau panjang umur*.
sy pun sangat jarang minum ais sekarang.
may be pantang ais setahun tu pun banyak membantu.
may be sebab bfeeding jugak.
may be sebab dah terbiasa pun ye.
yang suka minum ais, ikutlah kalau nak minum.
tapi semakin berusia badan ni, banyak minum ais, nanti esok-esok *or mungkin sekarang pun boleh* akan senang sakit sendi.
untuk ladies, pun tak elok minum ais. not good for peranakan katanya.
ni untuk yang nak conceive la.
sebab persekitaran uterus yang sejuk, susah nak conceive.
tapi tak tentu jugak kan, depends on badan orang tu macam mana.

cuma kalau dah masuk 30s, memang kena start jaga makan minum.
yang sy tak boleh nak tolak adalah makan seafood dengan makanan bergoreng hahaha.
memang la tak elok. tapi nakkk je makan.
seafood tu kadang-kadang la.
bila dah keluar zits tu baru nak insaf sementara.
lepas tu makan balik. lolx

lagi satu, carbonated drinks.
pada sy, kalau ko dah masuk umur 30s tu, tobat-tobat la minum minuman berkarbonat.
kalau badan muda belia tak pe lagi, ada la kekuatan nak buang toksik tu.
walaupun obviously orang muda pun tak elok minum. tapi layankan tekak. haha
(ni bukan cerita sy, sy tak minum carbonated)

eh oklah ada benda nak buat.

later!

(habis macam tu je! hahaha)

yang penting pantang ais and laksa dah habis! jyeah!

friyay!

hoyeah it's friday! *or friyay as some say. hihi*

sorrylah lama pulak abandon blog ni.
time nak update tu, kemalasan menjelma.
ataupun sebab tengah seronok tengok movie, tu yang malas nak update.

the kids were alright.
ariana went well with the potty training.
i managed to buy her a small telekung *finally! after ages!*
anaqi berjaya ambik chicken pox's vaccine umur setahun (ariana dulu tak sempat nak ambik dah kena chicken pox. hihi)
anaqi taklah berjalan secara steady lagi, tapi ada la 2-3 steps ahead tu.
dia ni seorang yang agak kelakar sikit.
word yang dia selalu sebut adalah "ehh!" "ehh!" HAHA
ko kena dengar dia kata eh ehh tu memang macam kelakar lah.
lepas tu kalau dia tak dapat sesuatu benda tu, kemain obvious dia tunjuk devastation HAHAA
contohnya tak dapat capai barang ke apa kan. nanti dia bising-bising.
kalau tangan tersangkut dalam towel pun punyalah cemas dia macam towel tu dah sedut tangan dia. hahaha


time ni ariana tengah suap anaqi makan calciyum.



budak kuat makan tapi badan maintain (kanan) LOL!


cerita lain.
hari ni 11.11, 'jualan murah' online adalah berleluasa.
so pergilah kat lazada.
tengok ada flash sale.
flash sale ni adalah dia akan keluarkan 4 item baru setiap jam, and harga boleh tahan murah la.
contoh tadi ada milo 1kg 2pek, harga dalam RM20.90 ke macam tu.
pressure cooker phillips yang harga RM599 pun jadi RM299.
benda-benda macam tu memang laku and cepat habis.
sy dok beli barang maybelline je.. sebab memang murah diskaun 50%.
kalau check harga kat website lain pun, memang betul yang kat lazada ni half price.
ko beli lipstick dapat harga belas-belas ringgit je. jimat banyak tu.
sy suka beli lipstick maybelline sebab tak melekat, senang ko nak basuh untuk solat ke apa.
ada orang suka make-up yang tahan lama berjam-jam kan.
tapi nak membersihkannya tu leceh la nak pakai make-up remover lah apa.
then kalau nak bersihkan, kena check betul-betul sama ada dah bersih atau belum.
kalau tak nanti ambik wuduk, bawa ke solat, tak sah.
tak lah, sebab teringat hari tu ada tengok video prof muhaya.
dia kan ada klinik mata yang buat lasik tu.
dia cakap masa check mata patient (biasanya ada mesin check mata tu kot.. yang boleh nampak mata secara super dekat)
dia nampaklah bekas-bekas mascara kat mata patient dia.. tak bersih betul.
so benda-benda yang nampak simple macam tu pun boleh menghalang air daripada kena kat kulit.. boleh jadi tak sah solat.
sy pun teringat kalau kita pi surau awam.. macam kat mall ke, R&R ke..
if pakai telekung yang ada kat situ,
kan kadang ada bekas bedak coklat-coklat.. or mascara hitam terpalit kat telekung. tak tau la siapa punya.. yang pakai sebelum-sebelum ni.
maknanya make-up tak bersih betul-betul.
a reminder to everyone to make sure we are clean when we perform ablution (wuduk).
eh jauh pulak daripada cerita sale bawak ke cerita berwuduk haha.
tapi betullah tu.
make up, make up jugak. tapi time nak bersihkan muka, make sure betul-betul bersih.

oklah nanti sambung lagi.

siapa-siapa yang nak bershopping tu, sempat lagi before today ends.
tapi berbelanjalah dengan bijak.
tak semua barang yang diclaim as murah dalam sale tu; murah.
ada lah yang betul-betul murah,
tapi kadang ada yang harga sama atau lebih kurang sama je dengan harga pada hari-hari biasa.
so kena rajin-rajin compare.

okie dokie..
tata!

Friday, November 04, 2016

3 birthdays' makan-makan

throwback entry nama dia ni. haha

since bulan oktober lepas ada 3 orang yang sambut birthday;
i.e the husband, harith my bro & anaqi the son,
my mom pun ajak makan-makan masa deepavali hari tu.
asalnya nak makan tempat lain.
tapi disebabkan tengah deeparaya, so tempat tu banyak deepavali spread je lah.
so tukar tempat ke mana lagi kalau bukan.. serai! ekeke.

nahlah beberapa keping gambar yang terlibat :P

anaqi yang tertidur dalam kereta.

dia ni kan jenis yang kalau nak tidur tu terus je diam tak bergerak.
ohh rupanya tengah tidur! lolx


kitorang sampai kat serai dulu. snap gambar dengan husband.



harith, abah and anaqi.



ariana macam biasa, berkepit kat nenek dia.

ariana memang magnet dengan neneknya.. ekeke.
anaqi pulak nampak macam suka kat atuk dia.
oklah tu, adil dan saksama anak-anak ai :DDD


hidangan di atas meja. wee hoo!



faliq, tuah dan ain. tuah dah transform jadi muka faliq mini. hahah. kan! sama kan! :D

geram kat tuah ni.. dengan muka selamba dia.
dah la muka macam faliq mini. lolx


makan makannn.



bergambar dengan birthday boys of october.



macam ni kot kalau orang ada anak twins. tak menang tangan! anaqi and tuah.

anaqi lagi tua, tapi nampak sama besar je kan budak berdua ni.
yes anaqi memang selim melim.
kadang tengah merangkak atau berdiri pun boleh tertanggal seluar dia sebab pinggang slim. AHAHA

so happy birthday to those three.
november dah ni.
november tak ada birthdays dah kot.
kecuali birthday makcik sy semalam.
happy birthday, cik arah!! :)

ok tu je. bai!