Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, February 15, 2016

satu family makan di seoul garden, ioi city mall

hai hai!

bersiaran lagi dari telefon.
sebab masa ni je lah sempat nak post entry.
jadi mungkin cerita tak panjang mana sebab malas nak menaip.. kihkih

sabtu lepas kitorang lunch kat seoul garden.
yoshh seoul garden AGAIN sebab sy suka makan steamboat & grill.
boleh ambik apa yang kita nak makan banyak mana pun.
boleh makan sampai seluar dah tak muat (eh ye ke??)

selebihnya silakan tengok gambar. hahah

masa ni kat parkson dengan anaqi. cari hadiah birthday MIL & FIL.

sy syak telefon sy ni kamera dia ada auto beautificationlah.
tetiba kulit licin.. apahal?? lolx
(ni bukan humble brag, ni memang betul2 telefon ni dia auto clearkan zits ko. tak payah pakai 360 pun. haha!)

kat parkson tu anaqi u'uk ok.
dengan muka selambanya :'DDD
so pergi tukar kat toilet parkson.
lepas tu ariana datang.
seronok dia tengok ada toilet kecik saiz dia kat situ.
dan dan nak cuba đŸ˜‚

comel kot yang di kiri tu!!

nak cuba kenapa ntah.
awak tu bukannya membuang pakai toilet.
pampers masih di hati. haha
but seriously memang kagum, sebijik macam toilet biasa but in a mini size.
ariana suka la sebab boleh flush semua.

semua ni my favourites :D

gambar kat seoul garden pulak :

ariana and i. ramai jugak orang time tu.

kitorang datang dalam tengah hari pukul 12.
ada lagi la meja.
kalau pukul 1 dah start penuh.

kadang suka datang check out anaqi tengah buat apa.

nasib baik anaqi elok je duduk dalam tu.
mula-mula tu tidur dari rumah.
tengah makan tu tetiba bangun.
kebil-kebil je dia.

ariana ni sayang betul kat adik dia.
yang tu nantilah cerita.
sambung cerita makan. xD

us. dua2 muka flawless hasil kamera auto beautification. ahahah



tempat membakar dan merebus. kitorang ambik kuah thai tomyam tak pedas.

sy tengah musim BF anaqi,
jadi ada jugak la makanan minuman yang kena pantang.
macam makanan pedas, pedas sangat pun tak boleh makan.
dan kena makan banyak makanan berkhasiat.
sebab tu suka steamboat.
sebab boleh rebus sayur banyak-banyak.
i love veggies ahaha.

tiada gambar veggies di sini (kecuali cendawan bakar tu. yang lain semua dah masuk perut) :D

cendawan bakar adalah sangat sedap ok!!
rasanya.. tak dapat dibayangkan dengan kata-kata!

lagi sayur yang dibakar adalah terung.
pun sedap!
brokoli.. takes time to grill sebab besar & keras kot.

yang hijau-hijau lain semua rebus.
seafood langsung tak ambik.
kecuali husband la.
last2 dia ambik udang sebab terpesona dengan saiznya yang besar walhal dah kenyang. lolx
so lepas dia rebus udang tu, sy tak rebus apa2 dah sebab dah siap bakar and rebus semua makanan sy.
so selamatlah daripada kena hirup sup tomyam rebusan udang :B



lain kali boleh pergi lagi.
yumminess!!

2 comments:

Daddy Ziyyad says:
at: February 17, 2016 at 8:22 PM said...

Ok,menarik makanan kat Seoul Garden tu...boleh la saya try...selalu lalu aja,tak pernah cuba, nak makan apa pun tak tahu...hahahaha..

toilet mini tu mmg unik kan,saya pun jumpa kat parkson di shah alam ni

syira says:
at: March 1, 2016 at 11:09 AM said...

teringat pulak daging kopi seoul garden, sedap!