Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, January 20, 2016

check up & injection vaksin 2 bulan anaqi

sebelum ni dah pergi check up anaqi 2 bulan kat SALAM specialist.
dengan ambik vaksin optional.
tapi sebab kes klinik/hospital swasta tak ada stok vaksin tertentu,
untuk vaksin yang compulsory kita ambik kat KK (klinik kesihatan).

maka semalam pergilah kitorang ke KK presint 18.
dekat je dengan rumah haha.
appointment pukul 11 pagi, habis around 1pm.
nurse pun cakap ramai orang hari tu.

ariana pulak lepas makan dengan babah dia,
dihantar ke taska setelah sekian lama tak pergi taska sebab dok rumah dengan ai. hihi

since dah ambik vaksin yang wajib kat KK,
kitorang continue je la check up kat sana untuk next appointments.
yang kat swasta kita just datang untuk ambik vaksin optional. jimat pitih kami. lolx

*pitih = duit

anaqi menunggu dengan penuh berhemah. haha

kalau kat KK ni dia check detail sikit la.
siap ambik ukur lilit kepala,
nak timbang pun bukak baju seluar semua.
nak jab (cucuk), kita as ibu yang kena pegangkan baby.
kalau kat swasta baringkan je pastu ada nurse pegang.
nurses kat KK semua baik-baik. mesra pelanggan sangat.

anaqi pulak alhamdulillah kat luar tak de meragam ke apa.
elok je duduk dalam stroller.
kalau angkat dukung, siap tertidur lagi.
time jab pun menangis sesaat je lepas tu diam.
gile behave.
tapi ariana dulu time kena jab lagi la.
langsung tak menangis.
sebab peha dia 'kusyen' sangat kot. hahaha. gebu kot :P

kat KK pun disediakan nursing room atau bilik menyusu.
beraircond ada sofa semua.
sangat selesa ok.
serius kat putrajaya ni kalau pergi klinik or hospital, dah macam pergi swasta.
facilities semua tip top la.
layanan pun baguih. haha

anaqi. ye muka dia lebih ke arah muka sy (versi nak tembam. lolx)

yang kelakar tu
baik mak-mak yang datang,
mahupun nurse yang check anaqi..
semua tanya ni baby girl ke.
awatnya tak cukup maskulin ke muka dia. kakaka
depa cakap sebab kening dia lawa terbentuk and bulu mata panjang.
oo lagu tu ka. :D

oh hai, anaqi!

ok next check up tunggu 3 bulan pulak.
jab yang ni tak de demam apa.
nurse pun kata tak demam. so tak de bagi ubat.

till then! :)

0 comments: